Friday, November 21, 2008

terima kasih kawan...

Dulu masa aku sek rendah, aku teringin sangat nak abes blaja.. aku nak keje, nak pegang duit sendiri.. Aku dulu kira “loser” la.. Lansung xda pk masa depan.. Aku masa exam UPSR pun xda stdy, masuk dewan exam pun cool je.. rasa macam amik ujian separa.. hehe.. Tapi Alhamdulillah, aku masih dapat keputusan yg kira baik.. 3 A, 2 B.. Aku time 2 tak tau nilai nombor and huruf yang aku dapat 2..

Masuk je sek menengah, aku jumpa kawan2 baru.. Mostly bukan dari sek rendah aku dulu.. ramai kwn2 aku dari sek rendah dah masuk sek asrama.. Bila masuk je form 3, member2 aku sibuk nak amik borang mohon sek teknik.. aku pun terikut2 rentak diorg, aku pun beli borang dan hantar pada sek teknik yg aku mohon.. aku mohon sebab ikut2 kawan, aku xda niat pun nak masuk sek asrama.. Bila keputusan PMR keluar, aku dapat result yg agak baik, 5 A, 2 B dan 1 C.. Subject ape yg C? Aku xrasa xpayah lah bagitau.. Tiba2 aku dapat surat yg katakan aku diterima masuk ke sek teknik yang aku mohon.. Ramai gak kawan2 aku yang dapat sek teknik yang sama.. Tiba2 aku jadi excited utk msk sek teknik nie.. So, aku pun cakap kat family aku nak msk sek teknik..

Kalau sebelum ni, aku hanya berangan-angan nak abes blaja sampai tahap SPM je, kini aku bercita-cita plak nak blaja sampai kat politeknik buat sijil @ diploma.. Tapi aku rasa time 2 aku still loser.. Bila cikgu aku cakap Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) dah buka permohonan utk msk matrik.. Aku lansung xamik pusing.. MATRIKULASI? Gila aku nak masuk tempat.. Tempat bdk2 genius, 24jam ngadap buku.. Aku ni mana layak, dah la pemalas.. haha.. Tapi ada seorg kawan aku beria-ria suruh aku mohon masuk matrik.. Aku betul2 malas nak mohon.. Aku rasa ajaib la kalau aku dapat masuk matrik, tapi sebab kesian tgk membe aku 2 beria-ria suruh aku mohon.. Aku pun suruh dia mohonkan.. Aku hanya bagi dia duit suruh beli no PIN, pas2 urusan permohonan semua dia yg uruskan.. Aku pun abaikan jela benda 2..

Bila je keputusan permohonan masuk matrik keluar, aku terkejut beruk bila dapat tau aku diterima masuk.. Bila dah diterima masuk plak, aku terfikir cabaran dia plak.. Boleh ke aku survive dalam dunia 2? Akhirnya setelah aku pk masak2, aku pun terima tawaran masuk ke matrik.. (aku dah start matang sket kot, haha..) Akhirnya sampailah sekarang, aku masih lagi mengejar cita2 yang dulu aku xpernah pun bayangkan..

Bila aku fikir balik, aku tak akan sampai kat sini kalau xda kawan2 yg banyak mempengaruhi aku.. Aku rasa kalau aku xjumpa kawan2 aku yg mempengaruhi aku msk sek asrama & matrik.. Aku mungkin kerja sebagai pencacai jalanan je.. Aku xdapat nak balas jasa diorg, tapi apa yg boleh aku cakapkan sekarang hanya……

TERIMA KASIH KAWAN!

Sunday, November 16, 2008

Antara TAJDID dan POLITIK

Member2 aku sekarang suka bebenar melabelkan aku dengan dua benda ni, TAJDID dan juga POLITIK. Kdang2 rasa kelakar, apalah yg diorg suka sangat melabel aku dengan dua gelaran ni. Secara jujur, memang niat aku nak promosikan perkataan tajdid pada member2 aku. Walaupun bdk2 ni mula2 blur2 xfhm maksud tajdid, akhrnya diorg faham jugak walaupun faham dalam konteks yg umum. Apa yang diorg faham tajdid adalah baru/perubahan/reform. Okaylah 2, sekurang2nya diorg faham walaupun masih xjelas pada apa mesej yang cuba aku sampaikan melalui perkataan 2. Aku sebenarnya peyokong pada tajdid yang meliputi bidang agama dan politik (yg lain2 aku sokong gak, cuma yg utama 2 bidang ni la..) Arus TAJDID sekarang ni amat mendesak, kalau kita tidak melakukan tajdid, maka dikhuatiri umat islam akan terus tertinggal dan lari jauh dari agama islam yang asli tanpa ada campurtangan manusia. Imej umat islam jugak aku rasa perlu dilakukan perubahan, kadang2 aku tgk pengisiannya masa lesu je.. seolah-olah islam tu macam dah tak releven pada zaman moden ni. Padahal islam sangat progresif dan fleksible, cuma manusia ni seringkali pandang islam pada kacamata yg jumud. Imej islam sekarang yg tertonjol adalah seperti agama yg menghukum.. ini tak boleh.. ini haram.. Padahal dalam islam banyak yg tak haram, yg ditonjolkan benda2 yang haram je.. Oleh itu TAJDID penting untuk dilaksanakan dalam memperbaiki pemahaman org islam dalam agama mereka..



Apa yang aku buat sekarang, kdg2 member aku nak kaitkan dengan politik. Aku tgh dengar ceramah agama diorg kata aku tgh berpolitik, aku tgh baca paper diorg kata aku tgh berpolitik juga. Semua benda yang aku buat nak dipolitikan, nasib baik kalau aku masuk jamban diorg tak kata aku berpolitik gak.. haha.. Aku kadang2 tak faham, pemikiran kita ni sempit sangat. Takkanlah bila kita ni amik tahu perkembangan isu semasa kita dituduh seorg yg gila politik? C’mon la wei.. Kita bukannya budak sekolah menengah, takkan nak amik tau just sport and entertaiment je.. Isu semasa ni sesuatu yang penting untuk kita amik tau, benda2 macam ni lah yang mampu menjadikan kita mahasiswa yang mampu berfikir. Bukan sekadar amik tak kisah, kita ni bukan bangsa yang berjaya.. kita ni bangsa yang akan sentiasa “terancam”, tapi ancaman bukan dari anasir luar, tapi dari sikap diri kita sendiri! Sikap ni lah ancaman terbesar umat islam! (aku serius nie..)


Satu benda lagi, aku bukan penyokong Anwar Ibrahim (AI). Aku tak pernah pun mendaftar jadi mana2 ahli parti politik. Kalaulah aku defend AI dalam satu2 isu, tak bermakna aku akan sokong dia dalam semua benda.. Kalaulah benda tu fitnah dan tak betul tentang AI, takkanlah aku nak percaya? Mestilah aku defend AI.. Aku anggap diri aku ni berdiri atas fakta dan bukti, aku hanya akan menyebelahi mana2 pihak yg bercakap berdasarkan fakta dan bukti. Bukan sekadar cakap2 politik, sedap berbunyi.. habuk pun tarak.. Aku org yang tak ada prinsip? Tak setia pada yang satu? Orang politik dan orang agama itu bukannya maksum, so aku rasa tak perlu nak taksub pada mana2 individu atau parti mahupun jemaah.

**Posting paling serius dari aku.. haha..

Friday, November 14, 2008

Siapa penganti SS Mufti Perlis?


Akhir bulan ini, maka berakhirlah tugas SS Dr Mohd Asri Zainul Abidin (Dr MAZA) selaku Mufti Perlis. Hampir 2 tahun memang jawatan ini, pelbagai isu yang telah dibangkitkan oleh dr maza. ada yang digemari kawan, dan ada yang dibenci lawan. kini timbul plak persoalan, siapa yang bakal menggantikan tempat SS dr maza? menurut laporan akhbar online malaysiakini dan mstar, kerusi panas ini mungkin akan digantikan oleh sahabat dr maza sendiri iaitu Dr Azwira, pensyarah di UKM atau Dr Juanda Jaya, bekas naib Mufti Sarawak. apa2 pun, perkara ini masih belum diputuskan secara rasmi, ia terletak dibawah kuasa Raja Perlis.


menggantikan kerusi Mufti Perlis merupakan satu cabaran yang sgt hebat, ini kerana dr maza telah meletakan kerusi Mufti Perlis sebagai kerusi yang menjadi tumpuan masyarakat. masyarakat mula melihat peranan mufti lebih aktif, suara2 org agama mula kedengaran dalam memberikan pandangan agamanya dalam perlbagai isu. bukan hanya dalam konteks agama, tapi dalam juga konteks isu semasa spt politik dan juga ekonomi.

petang semalam aku berkesempatan melihat perbahasan diparlimen, maka aku telah mendengar perbahasan kurang “cerdik” oleh seorang YB yang menyatakan kebimbangan terhadap tulisan2 orang agama dan juga mufti dalam surat khabar. aku terfikir, kenapa begitu sempit pemikiran seorang YB yang tidak memahami tugas seorang ulama’? adakah dia fikir ulama’ hanya layak bercakap soal hukum shj? ini haram dan itu halal? hai YB berfikrah melayu tulen, sempitnya pemikiran YB.. jika aku pengundi ditempat anda, maka dukacita aku memilih YB sebagai pemimpin.


aku mengharapkan kerusi yang bakal terisi nanti akan diisi oleh tokoh agama yang sama fikrahnya dengan SS dr maza, berfikiran kritis dan matang. kita memerlukan seorang mufti yang berani bersuara, bukan hanya sekadar dikenali sebagai pembaca doa dimajlis2 yang dihadiri oleh “org besar”. maka rakyat pun tidak mengenali siapa mufti mereka. walaupun ada suara2 sumbang terhadap manhaj yang dipegang oleh dr maza, kita lupakan shj pandangan ini. selama ini kebanyakan mereka pun hanya pandai mengangguk, sukar sungguh utk menggelengkan kepala, apatah lagi bersuara..

lawati laman web SS Dr MAZA: http://www.drmaza.com

Link Terpilih

Blog Widget by LinkWithin