Sunday, March 22, 2009

Am i getting better?







POLITIKUS 1: Survival UMNO


UMNO, sape yang tak kenal dengan parti nie.. Terkenal dengan slogan pejuang bangsa melayu.. parti yang aku anggap punyai sumbangan besar kepada bangsa melayu dan agama islam.. Tapi itu dulu la, semasa Malaysia masih lagi dalam tempoh pra-merdeka dan pasca-merdeka.. aku tgk UMNO sekarang sebuah parti yang masih mencari-cari seseuatu yang hilang.. hilang kepercayaan rakyat.. hilang nilai kepimpinan.. hilang kehormatan.. tapi aku taknak sentuh tentang isu 2 sekarang, aku nak komen pasal isu pemilihan UMNO yang diadakan minggu depan..

Bila Ali Rustam kena tindakan disiplin oleh lembaga disiplin UMNO, ramai yang terkujat.. calon paling favorite oleh perwakilan UMNO menurut satu kajian oleh satu badan (aku dah lupa namanya) akhirnya terkulai sebelum sempat pemilihan berlangsung.. penyokong ali rustam mula berteori tentang satu perancangan untuk menjatuhkan ali rustam bagi membolehkan calon lain menang tanpa menimbulkan banyak persaingan.. aku pun pada awalnya fikir macam tu jugak.. teori ni dikuatkan lagi dengan berita khairy jamaluddin (kj) yang juga didapati bersalah dibawah perkara yang sama iaitu 10.1 tata etika ahli UMNO namun kj agak lebih bernasib baik apabila dia hanya diberikan amaran.. tapi, pengerusi lembaga disiplin UMNO iaitu tan sri tengku ahmad rithauddean memberikan alasan yang masih aku boleh terima.. kesalahan yang sama namun hukuman yang berbeza, situasi yang sama berlaku dalam banyak kes dimahkamah..
Tapi ada beberapa persoalan rentetan dari peristiwa ni.. kenyataan najib yang masih lagi aku anggap mempertahankan ali rustam walaupun dia dah disahkan bersalah kerana terbabit dalam politik wang atau rasuah melalui 3 agennya.. aku tak fikir seorang yang terlibat dengan politik wang masih mempunyai tempat dalam system politik, apakah jaminan najib yang dia komited untuk membersihkan UMNO dari politik wang hanya satu lagi slogan yang bersifat retorik politik semata? Jika UMNO mahu dilihat terus relevan, ia harus jadi parti yang bersifat bertindak atas kapasiti mewakili rakyat. Tapi aku rasa, najib mungkin tak mahu mengambil sebarang risiko menyingkirkan mana-mana nama besar dalam UMNO sebelum peralihan kuasa.. mungkin dia tak mahu sebarang masalah datang dari dalam UMNO sendiri sebelum peralihan kuasa berlaku.. bukankah pak lah presiden UMNO? Betul.. tapi aku tak rasa dia masih lagi memegang fungsi itu buat masa sekarang..


Satu lagi persoalan menarik adalah tentang norza, ketua pemuda UMNO wilayah persekutuan yang diheret ke mahkamah atas dakwaan politik wang.. sehingga kini lembaga disiplin masih lagi berdiam diri tentang status norza sama ada dia layak bertanding MT UMNO atau tidak.. adakah kerana kes ini melibatkan mahkamah? Jika menurut ahli lembaga disiplin menyatakan ali rustam bersalah kerana terlibat dengan politik wang, maka selayaknya dia diheret ke mahkamah.. aku sokong benar dengan kenyataan dr Mahathir bahawa Ali rustam perlu meletak jawatan.. aku merasa agak kelakar melihat perumpamaan ali rustam apabila dia dikerumuni oleh ahli PAS, PKR dan DAP (menurut laporan tv3) diluar pejabatnya di Seri Negeri.. kata-kata ali rustam (lebih kurang membawa maksud)“lim guan eng kena penjara 2 tahun.. anwar Ibrahim kena penjara 6 tahun, tapi diorang tak persoalkan pun?” Apalah agaknya yang orang politik fikirkan? Terasa ceteknya pemikiran orang politik..


Aku merasakan gandingan najib-muhyidin akan mengambil alih tampuk tertinggi UMNO pada pemilihan ini.. namun secara peribadi, aku lebih gemarkan gandingan muhyidin-rais yatim.. muhyidin seorang yang low profile, tetapi berani.. rais yatim seorang intelektual dan petah berbicara.. tapi gandingan itu agak mustahil buat masa sekarang, tapi siapa tahu mungkin ini gandingan baru selepas najib.. itu pun jika UMNO masih lagi mampu untuk meneruskan survivalnya! Boleh ke? Ahli UMNO sekalian, lu PK la sendiri… Askm!
*aku harap tidak dilihat sedang berpolitik.. its just my view about this matters.. nothing personal..

Friday, March 13, 2009

Ayat2 cinta

"Orang yang bijaksana, menulis tentang ilmu. Orang cerdik menulis tentang peristiwa. Orang pandai menulis tentang ‘orang lain’. Hanya orang bodoh menulis tentang dirinya sendiri.”

http://genta-rasa.com/2009/01/28/murabi-atau-selebriti/

Friday, March 6, 2009

My 1st P80 action!



*sila click utk imej yg lagi mantop!

Li.. oh.. li.. (siri 4)



Nama saya Dil Bahadur. Saya Nepal mari. Sini kirja sudah 2 tahun lebih. Saya sudah kawen, Nepal sana isteri saya. Sini mari, saya mau kirja. Saya mau kasi isteri saya duit. Hari-hari saya kirja mau OT. Gaji saya kicik kalau tada OT. Basic saya empat latus libih. Tolak levi lagi, sikit gaji saya dapat. Kirja berat? Tara.. Saya berat ka.. ringan ka.. janji kirja, duit ada..



Mera nam, Mohammad Salimuddin bin Mohammad Samiruddin. I came from Bangladesh. I still can’t speak malay properly. I only know how to say haram. I’m a muslim. I already work in this company for almost half year, that why I still can’t speak malay. I already married. I have sons. They are still young.


Nama saya Keshab. Saya mari dari Nepal. Dulu saya ada mari ini Malaysia, kirja kilang kayu. 3 tahun saya kirja sini dulu. Saya suka panggil orang melayu abang, tadak kisah dia orang tua ka.. muda ka.. saya misti panggil abang. Saya sama itu Dil Bahadur, hari-hari saya mau OT. Satu hari OT 2 jam ka, 3 jam ka.. 5 ka.. saya pasti no problem. Saya baru kawin, anak juga sudah ada.. balik sini Malaysia, saya mau bagi isteri sama anak duit..


Nama saya Abdul Azim Roslan. Saya seorang pelajar di UTeM. Saya memiliki pelbagai cita-cita atau mungkin juga boleh saya sifatkan sebagai angan-angan. Saya ingin menjadi engineer selepas habis belajar. Tapi saya tidak suka bekerja dalam tekanan. Saya ingin menjadi usahawan francais makanan selepas 5 tahun bekerja. Tapi saya seorang yang kurang rajin. Saya juga ingin menjadi penulis yang dikenali. Tapi saya seorang yang malas berfikir.
*pemalasnya diriku..

Link Terpilih

Blog Widget by LinkWithin