Friday, June 26, 2009

Tenggelamkan Kerajaan Perpaduan, Timbulkan Perpaduan Islam

Akhirnya, perdebatan panjang mengenai pro dan kontra kerajaan perpaduan seperti yang diwar-war oleh PAS telah menemui titik noktahnya. Kenyataan bersama yang dikeluarkan oleh pemimpin tertinggi Pakatan Rakyat telah mengakhiri perdebatan panjang mengenai isu ini. Mursidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Aziz Nik Mat juga telah menarik balik kenyataan kerasnya terhadap Nasharudin Mat Isa berhubung gesaannya meminta Nasharudin keluar daripada PAS dan memasuki UMNO kerana menyokong kerajaan perpaduan. Walaupun hal ini dilihat selesai dari satu sudut, namun implikasinya telah menimbulkan reaksi yang pelbagai, positif dan juga negatif. Penulisan ini tidak menjurus kepada implikasi idea ini, namun membincangkan satu sudut ruang yang perlu dipenuhi segera oleh kepimpinan politikus yang berkehendakkan Islam.

Walaupun penulis secara peribadi menentang idea kerajaan perpaduan di antara PAS dan UMNO, namun itu bukan bermakna penulis menolak kesatuan ummah dikalangan politikus Islam di Malaysia. Penulis sering kali melihat ada kekeliruan pemikiran dikalangan rakyat, mereka beranggapan perpaduan Melayu dan Islam hanya mampu dibina apabila bersatunya parti-parti politik Melayu di bawah satu kerajaan. Benar, itu boleh menjadi salah satu bentuk ukuran kepada perpaduan dan kesepakatan. Namun jika dilihat dalam kaca mata yang lebih fleksibal, perpaduan dalam konteks politik tidak semestinya menjurus kepada kewujudan kerajaan di bawah satu payung pemerintahan. Ini kerana, tanggapan umum mendefinasikan perpaduan itu menjurus kepada kesamaan dan kesefahaman dalam banyak perkara, wal hal dalam politik kita memerlukan kerencaman dalam pemikiran, kekayaan dalam idea-idea pembangunan negara dan kepelbagaian dalam pembentukan nilai-nilai kenegaraan. Kita memerlukan segala perbezaan ini dalam lapangan politik, namun begitu kita masih boleh mencapai perpaduan dalam erti kata yang sebenar. Penulis melihat perpaduan yang sebenar di dalam politik adalah apabila politikus-politikus Melayu Islam mampu bersama mempertahankan prinsip dan etika yang menjadi asas kepada kekudusan Islam di Malaysia. Penubuhan kerajaan atas nama perpaduan masih belum tentu menjamin kesepakatan dalam mempertahankan Islam, indahnya perpaduan hanya pada nama namun belum tentu dalam tindakannya. Umat islam di Malaysia harus bijak dalam meletakkan keutamaan dalam setiap tindakannya, apakah pembentukan kerajaan perpaduan lebih utama daripada memberikan penekanan terhadap kesepakatan dikalangan politikus Islam mengenai perkara-perkara dasar yang wajib disepakati?

Ahli politik Melayu di Malaysia walaupun berbeza latar belakang politiknya, namun secara umumnya masing-masing berkongsi asas anutan budaya dan akidah yang sama. Asas inilah yang akan mengikat ke arah perpaduan Islam yang akan dibincangkan secara tuntas melalui penulisan ini. Perbincangan mengenai kerajaan perpaduan telah menimbulkan reaksi menyokong dan menentang, namun itu bukanlah satu kesilapan untuk memiliki pendapat yang berbeza dalam isu ini. Uniknya, perbincangan ke arah perpaduan Islam pula pastinya akan menjadi satu kewajaran untuk semua ahli politikus duduk semeja bagi menyahut seruan ini. Satu perkara yang perlu ditegaskan, terdapat perbezaan yang sangat jelas di antara perbincangan ke arah perpaduan Islam dan juga perbincang ke arah kerajaan perpaduan. Jika perbincangan kerajaan perpaduan objektifnya ke arah penubuhan kerajaan bersama di antara parti UMNO dan PAS, namun perbincangan perpaduan Islam lebih menjurus ke arah mencapai kata sepakat terhadap isu-isu yang membabitkan kepentingan umat Islam dan rakyat Malaysia secara umumnya tanpa perlu mewujudkan kerajaan bersama, apatah lagi meleburkan identiti politik masing-masing. Perbincangan ini juga tidak hanya melibatkan parti-parti Melayu seperti UMNO dan PAS, tetapi boleh disertai oleh semua parti yang bulat hati untuk memperjuangkan hak dan kepentingan umat Islam dan rakyat Malaysia. Mungkin ada yang merasa pelik, jika nama perpaduan Islam, mengapa perlu melibatkan parti yang bukan Islam? Islam adalah agama yang sangat syumul dan releven secara teori dan praktikal, oleh itu perpaduan Islam bukan hanya membabitkan umat Islam semata, ia juga membabitkan kepentingan bukan Islam.

Umat Islam di Malaysia kini dianggap lemah, sana sini masyarakat membincangkan hal ini. Kedengaran pelbagai teori punca masalah ini, antara yang kuat dicanang adalah kerana parti UMNO yang kini lemah dan sedang bergelut dengan suasana baru politik. Apa yang menjadi masalah umat islam di Malaysia kini bukan kerana lemahnya UMNO, bukan juga kerana kuatnya asakan DAP, tetapi kerana kita seringkali mengambil langkah mendiamkan diri dalam banyak hal. Kita kekurangan kesepakatan dan ketegasan dalam hal-hal yang membabitkan kepentingan umat Islam di Malaysia. Jika ada pun nada yang dilontarkan, ia lebih kepada lepasan emosional yang berlebihan. Hakikat iklim politik di Malaysia, ahli politik sering kali mengikat dirinya kepada politik kepartian secara keterlaluan hingga kadangkala dukacita ia melebihi ikatannya terhadap agama. Isu ini bukan satu bentuk mitos atau omongan kosong, namun satu hakikat yang perlu ditelan oleh semua khalayak. Apabila ahli politik secara keterlaluan taksub pada politik kepartiannya, segala bentuk fikir akan menjurus dalam konteks yang sempit. Apa sahaja isu yang akan dibawa atau dibincangkan, politikus jenis ini akan sentiasa meletakkan keutamaan pada keuntungan parti anutannya. Hal ini merupakan sifat kedangkalan berpolitik yang hanya akan merugikan umat Islam. Politikus yang matang dan bijak akan menilai setiap isu melangkaui batasan parti dan sentiasa meletakkan keutamaan Islam melebihi keuntungan peribadi dan parti. Kita kekurangan ahli politik Islam seperti ini yang mana mempunyai daya tajdid dalam pemikirannya. Pemikiran politik lama yang beku dan rigid sudah tidak releven pada zaman ini, ia sudah ada pada satu tahap yang mana tidak bergerak. Tanpa daya tajdid dalam pemikiran ahli politik Islam kini, maka sukar untuk merealisasikan perpaduan Islam dikalangan politikus sekalian.

Mungkin akan timbul masalah persepsi dan prejudis pada peringkat awal pelaksanaan perbincangan perpaduan Islam. Antara masalah yang mungkin akan timbul seperti sikap kurang senang masyarakat bukan Islam, kekangan dari dalam parti politik itu sendiri dan juga masalah peribadi sesama pemimpin tertinggi parti-parti berkenaan. Masalah sikap kurang senang masyarakat bukan Islam boleh diatasi dengan menjelaskan kepada mereka apa sebenarnya hala tuju perbincangan itu dan bagaimana mereka boleh memainkan peranan ke arah perpaduan Islam. Seperti yang dinyatakan dari awal, perbincangan ini juga perlu melibatkan mereka. Perbincangan ini juga satu kesempatan terbaik baik politikus Islam menjelaskan wajah sebenar Islam tanpa perlu berlapik atas wajah parti politik yang diwakilinya. Medan perbincangan sihat seperti ini akan mewujudkan kesefahaman bukan sahaja dikalangan politikus Islam, bahkan dengan ahli politik bukan Islam. Kekangan dalaman parti politik terlibat merupakan halangan yang bersifat berkepentingan. Mungkin ada dikalangan pemimpin parti politik terbabit yang merasa kurang senang dengan sebarang perbincangan bersama musuh tradisi parti politiknya. Mereka merasakan parti politik yang dianutinya umpama bayangan agama yang suci dan tidak perlu sebarang perbincangan dengan pihak luar. Sikap taksub kepartian ini merupakan satu bentuk kegilaan dalam berpolitik yang hanya akan menenggelamkan dirinya bersama dengan parti anutannya itu. Masalah peribadi sesama ahli politik, yang mana mungkin ada dendam sesama mereka menyukarkan pelaksanaan perbincangan ini. Sebagai seorang Islam, pastinya mereka sedar tentang betapa Islam menyeru umatnya bersikap pemaaf sesama mereka. Walau apa pun dendam dan kebencian mereka, agama menyuruh mereka bersama atas nama Islam. Agama dan negara merupakan keutamaan yang tertinggi dalam jiwa setiap ahli politik Islam. Jika mereka gagal meletakkan keutamaan ini, maka tidak keterlaluan jika mereka boleh dilabelkan sebagai ahli politik yang gagal!

Objektif perbincangan perpaduan Islam ini harus jelas, mencari kesepakatan dikalangan ahli politik mengenai prinsip dan dasar yang wajib dipertahankan sesama mereka walaupun mempunyai ideologi politik yang berbeza. Dalam kesepakatan itu, masih lagi memelihara kepentingan masyarakat Malaysia yang berbilang bangsa tanpa meminggirkan mana-mana pihak. Segala inisiatif yang baik dan membantu membina kestabilan negara, perlu disambut dengan bersungguh dan serius. Usahlah kita terlalu sibuk berdebat panjang tentang betapa berbezanya sesama kita, mari kita berlapang dada mencari titik persamaan yang wajar dikongsi bersama!

Oleh: ajim

http://www.ajimtajdid.blogspot.com

18 PX: Aksi Terlampau!

Tajuk untk entry nie agak kontroversi, kalo silap gaya.. mau aku leh kena tahan ISA.. haha.. sebenarnya, aku ade pengalaman menyaksikan aksi2 terlampau org2 mesia ketika dlm perjalann blk dari Melaka ke muar.. baru2 nie gak, aku g Melaka sbb nak cari umah sewa..

Ok, lets the story begins.. mase aku blk ke muo, cuaca agak suam2 kuku.. nak kate ujan, xla sgt.. gerimis2 cam 2 je.. tapi aku still redah je.. tapi bila dah nak sampai serom, tibe2 ujan lebat plak.. tambah moto aku 2 xleh pecut laju, so aku menumpang kasih kat satu kedai melayu tepi jalan.. aku pun dok kat c2 tanpa order pape, pakcik 2 xdtg mintak order pun.. uhuhu.. kat sebelah meja aku 2 ade budak2 bujang dok, ade gak 2-3 org dewasa.. entah ape diorg sembang, aku xamik pot.. kat c2 byk gak lori2 antu yg parking, aku rase mmg pot kat c2 kot parking lori2 antu.. tatkala aku tengah layan blues tggu ujan berenti, tetiba ade satu lori antu parking dekat2 kedai 2.. aku pun dok perhati je, pemandunye sorang cine.. dia berlari2 anak dtg kedai 2, sambil ckp sesuatu kat bdk2 meja sebelah aku.. tapi entah ape yg die ckp, aku xpaham.. tapi ade respons bls dari seorg laki melayu dewasa yang agak menyejutkan aku..

‘Woi Seng (bkn name sebenar), ko dtg sini buat bising.. ko dah la sorg je cina kat sini.. nak order, buat care nak order.. aku potong kepala ko, gantung kat atas pokok kang.. ko cina sorg je kat cni..’

Terkulat-kulat aku dgr apa yg pak cik 2 cakap.. walaupun apa yg aku nulis xda la exactly same, tapi lebih kuang cam2.. aku terus tgk apek cine 2, dia still senyum tanpa ade reaksi balas yg negative.. aku agak pelik, camne pakcik 2 leh kuarkan ayat2 cinta yg sgt racist.. leh kena ISA pakcik nie, pk aku.. tapi lama2 aku tgk, rupanya diorg agak rapat.. diorg sembang2 sambil senyum n bergurau.. maka aku mula wat kesimpulan sendiri, kata2 sebenarnya gurauan antara diorg.. walaupn agak kasar, namun bg diorg myb 2 something yg usual..

MONOLOG:

Jarang kite nak tgk org melayu n cina leh gurau sampai cam2.. situasi 2, kalau silap gaya.. leh jadi 2nd 13 mei.. namun, dlm satu sudut yg lain.. benda nie leh jadi conth, bhw social relation between races kat mesia nie bleh improve sampai jadi tahap cam2.. kat tahap sampai mana identity kaum 2 dah leh jadi bahan gurauan sesame mereka..

*sorry jika entry nie xseperti apa yg korg pk kan.. hahaa… lets improve our hubungan with other races!

Saturday, June 20, 2009

KERAJAAN PERPADUAN: Untung UMNO timbul, untung PAS tenggelam..

Ada beberapa perkara yang membuatkan penulis memerah kepala apabila memikirkan pergolakan dalaman kepimpinan dalam parti PAS ketika ini. Penulis tidak akan menulis secara penjang lebar, namun cukup sekadar melepaskan perasaan yang lama membuku dan bernanah mengenai isu kerajaan perpaduan hasil lontaran idea pimpinan tertinggi PAS.

Penulis secara peribadi amat tidak bersetuju dengan idea kerajaan perpaduan ini, sandaran penulis berdasarkan beberapa hujah dan logik politik. Semua sedia maklum tentang parti PAS dan UMNO pernah berkerjasama dalam tahun 1970-an, namun kerjasama itu hanya mampu bertahan hanya beberapa tahun sahaja. Pelbagai alasan dan sebab diberikan oleh kedua-dua parti, namun yang pasti PAS berada dalam kedudukan yang tidak baik ketika itu. Jika ada yang beranggapan penulis tidak bersetuju hanya kerana PAS patut belajar dari sejarah lalu, penulis tidak berfikir sebegitu. Sejarah hanya sebagai satu bentuk iktibar untuk dipelajari, namun untuk menyamakan sejarah dulu dan apa yang berlaku kini, ia merupakan satu tindakan yang kurang bijak. Masa telah berlalu dan kepimpinan dalam UMNO sendiri telah banyak berubah. Hujah menolak kerajaan perpaduan hanya beralasan takut sejarah akan berulang, merupakan satu bentuk kesilapan dalam pemikiran.

Penulis menolak kerajaan perpaduan ini kerana beberapa sebab, antaranya:

1. PAS dan UMNO harus sedar, kedua parti ini merupakan satu bentuk cerminan yang mana saling melengkapi. Jika kerajaan perpaduan ini terlaksana, apakah ada parti pembangkang lain yang memiliki persamaan asas seperti UMNO dan PAS? PAS merupakan satu parti yang sangat kritikal terhadap isu-isu yang membabitkan kepentingan umat Islam. Setiap tindak laku pimpinan UMNO, pastinya mendapat reaksi segera daripada pimpinan PAS. Ini mewujudkan satu bentuk tradisi politik yang sihat dikalangan warga Melayu Islam di Malaysia.

2. Jika ada yang berhujah, kerajaan perpaduan ini penting kerana bangsa Melayu kini diambang perpecahan, maka penulis menganggap ini satu kesilapan besar dalam pemikiran politik Melayu. Apakah bersatunya Melayu itu hanya diukur apabila parti UMNO mendapat kedudukan selesa dalam bentuk sokongan daripada rakyat? Jika UMNO lemah, maka lemah jugalah kesatuan dikalangan bangsa Melayu? Jika tradisi pemikiran ini berterusan dikalangan pimpinan Melayu, maka impian PAS untuk menggantikan UMNO sebagai parti yang dominan hanya akan tinggal mimpi sahaja. Masakan tidak, jika setiap kali UMNO terkulat-kulat mencari sokongan rakyat, maka PAS bermurah hati menghulurkan tangan membantu menguatkannya. Walhal, perkara yang sebaliknya tidak pernah berlaku dalam tabiat sejarah politik di antara keduanya.

3. PAS sewajarnya memberikan tumpuan dalam menguatkan kehadirannya sebagai rakan terpenting dalam Pakatan Rakyat (PR). Apa yang berlaku kini, PAS umpama tempelan kecil yang sering kali tenggelam dalam asakan ganas kedua rakannya iaitu parti DAP dan juga PKR. Jika PAS memiliki visi untuk menjadi wakil Perdana Menteri dalam barisan pemerintah selepas Pilihan Raya Umum ke-13 nanti, maka maka ia harus bersiap siaga memperkukuhkan jaringan politiknya di kawasan Malaysia Timur iaitu Sabah dan Sarawak. Jika sikap PAS masih ditakuk lama, maka bersedialah untuk menjadi parti yang hanya menang terlopong diatas peluang yang diciptakannya sendiri!

Benar, kini terdapat beberapa asakkan yang mencabar kedudukan Islam dan orang Melayu. Namun asakkan itu hanya berbentuk sementara, pendirian parti pemerintah harus konsisten dan tegas agar apa yang dipersetujui 50 tahun lepas akan terus dipegang dan dijunjung. Jika kerjasama di antara UMNO dan PAS dalam bentuk kesefahaman ini, pastinya ia tiada membawa sebarang masalah atau bantahan. Namun, jika kerjasama dalam bentuk kerajaan perpaduan atau gabungan, penulis tidak menganggap ia sebagai satu tindakan yang bijak, apatah lagi terpuji!

Oleh: ajim

http://www.ajimtajdid.blogspot.com

*Sekadar melepaskan emosi pandangan, namun hanya cebisan.. masih dirantai selama setahun lagi oleh AUKU!!

Tuesday, June 16, 2009

Aku demam...


*demam ape? demam durian.. haha..

BARRY SOETORO: Lelaki Luar Biasa

Apabila nama ini disebutkan, pasti ada yang terpinga-pinga memikirkan siapakah pemilik nama ini. Persoalan ini akan terjawab jika pembaca menelusuri penuh artikel pendek ini sehingga ke akhir nota. Nama ini telah didaftarkan disebuah pusat pendidikan di kawasan Menteng Dalam,Tebet, Jakarta. Siapa sangka, kanak-kanak yang sering menjadi mangsa ejekan rakan-rakannya ketika kecil disebabkan sifat fizikalnya yang berbeza, kini menjadi antara manusia paling berkuasa dalam sejarah dunia moden ketika ini. Beliau telah lahir di Queen’s Medical Centre, Honolulu, Hawai pada 4 Ogos 1961. Keluarganya mempunyai pertalian genetik yang agak unik di mana ibunya seorang berketurunan suku Cherokee, berasal dari Kansas, Amerika Syarikat, manakala ayahnya seorang lelaki Kenya yang mana merupakan pelajar lulusan ekonomi di sebuah universiti terkemuka di dunia iaitu Universiti Harvard. Barry Soetoro juga secara peribadi merupakan bekas pelajar lepasan Universiti Harvard dalam bidang undang-undang. Penulisan ini tidak berfokus mengenai luar biasa dari sudut biografi, namun pemikiran dan sikap yang ditonjolkan oleh Barry Soetoro.


Antara pemikiran luar biasa Barry adalah sikapnya terhadap isu perang di Iraq. Beliau mempunyai pendirian yang sangat konsisten dalam menentang peperangan di Iraq yang mana beliau kerap kali mengkritik secara terbuka dasar George W Bush ketika melancarkan perang terhadap Iraq. Beberapa siri ucapannya telah mencerminkan sikapnya yang tidak bersetuju menggunakan peperangan terhadap Iraq atas nama penghapusan rangkaian pengganas. Tatkala rakan pesaingnya beranggapan pendirian yang diambilnya itu akan mematikan langkah politiknya, beliau masih terus konsisten terhadap pendiriannya itu. Memetik kata-kata Barry mengenai perang di Iraq, ‘Saya rasa keutamaan kita adalah menyelesaikan peperangan di Afghanistan. Saya mahu menentang peperangan Iraq yang saya panggil peperangan yang dilakukan tanpa berfikir panjang. Saya bimbang peperangan ini memakan masa yang lama, belanja yang tinggi dan kesan yang tidak pasti.’ Telahan ini telah terbukti apabila hingga kini perang saudara antara puak sunni-syiah masih berlarutan dan tidak menunjukkan sebarang petanda keadaan di Iraq akan kembali aman bahkan sebaliknya yang berlaku. Ucapan Barry ketika di Forum Polisi Jawatankuasa Hal Ehwal Amerika Israel (AIPAC) pada 2 Mac 2007 menekankan bahawa pengunduran tentera Amerika Syarikat di Iraq adalah penyelesaian bagi isu ini. Beliau beranggapan pengunduran ketenteraan akan memberikan tekanan kepada pihak-pihak yang bertelagah dan menggalakkan kestabilan politik. Beberapa hari selepas menduduki kerusi selesa, beliau masih lagi konsisten terhadap pendiriannya berkaitan dengan perang di Iraq. Sikap beliau ini telah memberikan sedikit harapan kepada dunia Islam terhadap dirinya kerana beliau bersikap lebih rasional terhadap isu-isu yang membabitkan dunia Islam.

Hubungan Barry dengan dunia Islam sangat luar biasa, mungkin pengalaman bersekolah dan menetap selama beberapa tahun di Indonesia memberikan perspektif yang mesra terhadap Islam. Mungkin juga kerana tempias pengaruh faktor genetiknya. Lupakan sebentar mengenai teori sama ada beliau pernah menganut Islam atau pernah mengamalkan Islam seperti yang diutarakan oleh Daniel Pipes di FrontPagesMagazine, suatu yang pasti beliau kini menganut agama Kristian. Walaupun keanggotaannya dalam United Church of Christ iaitu sebuah gareja protestan yang liberal seolah-olah memperlihatkan beliau sebagai penganut yang taat, namun tidak keterlaluan jika dikatakan beliau sebenarnya dianggap sebagai seorang yang pluralis. Dalam sebuah kenyataan yang dipetik dari www.snopes.com, Barry mengatakan, ‘Saya belajar mengenai kesabaran,disiplin dan memperjuangkan apa yang hak daripada ibu saya. Ia mungkin dapat saya katakan sebagai agama moral. Ibu saya mengajarkan semua itu kepada saya tanpa menyatakan sebagai perintah agama........ Dalam kehidupan keluarga kami, Injil, Quran dan Bhagavad Gita memiliki kedudukan yang sama dengan buku-buku klasik falsafah Yunani, rujukan mengenai kesihatan dan mitologi Afrika..... Ibu menjelaskan agama adalah ekspresi daripada budaya manusia. Ia bukan satu-satunya sumber mata air tetapi hanya sati daripada banyak sumber dan tidak ada satu agama pun yang perlu dianggap terbaik....’ Kembali kepada akar wacana perenggan ini, hubungan Barry dan dunia Islam telah menghasilkan pelbagai harapan dari pelbagai pihak dan Malaysia sendiri tidak terkecuali. Perspektif berbeza Barry mengenai dunia Islam dicerminkan dalam sebuah surat yang ditulisnya mengenai Islam pada tahun 2008 ketika berada di Indonesia, memetik tulisannya itu, ‘Berdasarkan pengalaman peribadi, saya tahu sifat-sifat baik yang terdapat pada diri orang Islam, serta nilai-nilai yang mereka bawa ke Amerika. Ramai orang yang tidak mengenali orang Islam secara peribadi, menuduh agama Islam sebagai punca dan penyebab kekejaman yang dilakukan segelintir umat Islam. Namun, pengalaman mengajar saya yang tindakan itu adalah bodoh dan tidak bijak.’

Untuk menduduki kerusi selesa, pastinya ada syarat utama yang wajib dipatuhi. Hal ini turut berlaku pada Barry Saetoro, dalam banyak ucapannya acap kali beliau menekankan tentang betapa akrab dan teguhnya hubungan di antara Amerika dan Israel. Ucapan terbarunya ketika berada di Mesir sekali lagi membuktikan hal ini, memetik kata-katanya, ‘America's strong bonds with Israel are well known. This bond is unbreakable. It is based upon cultural and historical ties, and the recognition that the aspiration for a Jewish homeland is rooted in a tragic history that cannot be denied.’ Namun apa yang menjadikan Barry sebagai lelaki luar biasa adalah, walaupun penekanan diberikan terhadap hubungan di antara Israel dan Amerika, namun beliau tetap memberikan imbangan terhadap dunia Islam. Imbangan ini diterjemahkan melalui pengiktirafannya terhadap dunia intelektual Islam, ‘As a student of history, I also know civilization's debt to Islam. It was Islam – at places like al-Azhar University – that carried the light of learning through so many centuries, paving the way for Europe's Renaissance and Enlightenment. It was innovation in Muslim communities that developed the order of algebra; our magnetic compass and tools of navigation; our mastery of pens and printing; our understanding of how disease spreads and how it can be healed. Islamic culture has given us majestic arches and soaring spires; timeless poetry and cherished music; elegant calligraphy and places of peaceful contemplation. And throughout history, Islam has demonstrated through words and deeds the possibilities of religious tolerance and racial equality.’ Pihak Israel sudah terlebih dahulu mengambil sikap berhati-hati apabila melihat keseimbangan sikap yang ditunjukkan oleh Barry. Ini terbukti apabila serangan Israel ke atas penduduk Gaza segera dihentikan apabila Barry Soetoro mula menduduki kerusi selesa. Ini menunjukkan keyakinan dan kesombongan pihak Israel di Asia Barat ber’wahyu’kan sokongan daripada pihak yang berkerusi selesa di Amerika Syarikat. Terdapat juga pandangan tidak popular yang mendakwa Barry sebagai anti-Israel. Isu ini timbul kerana mentor spiritual Barry seperti yang didakwa media, iaitu Paderi Jeremiah Wright Jr terkenal sebagai seorang yang agak kritikal terhadap isu penjajahan bangsa Israel di Palestin. Perkembangan ini sebenarnya lebih kepada strategi politik oleh musuh Barry yang mana memainkan isu ini bagi memberikan gambaran buruk kepada pelobi-pelobi Yahudi di Amerika.

Sebagai lelaki luar biasa, amat rugi bagi umat Islam memandang Barry Soetoro bagai lelaki biasa atau seperti lelaki yang dijangka. Sikap beku segelintir umat Islam yang menganggap perkembangan ini tidak membawa sebarang erti kepada umat Islam amatlah dikesali. Benar Amerika adalah Amerika, namun dasar dan polisi pasti akan berubah. Banyak atau sedikit, biarkan ia di dalam ruang yang masih terbuka untuk diperdebatkan, namun ruang itu mesti diwujudkan. Sebarang perkembangan yang bersifat positif atau negatif perlu segera diberi perhatian, segala usaha membina masa depan yang baik perlu disambut dengan nada yang bersungguh. Sikap Dato’ Seri Mohd Najib yang menunjukkan kesediaan terhadap perkembangan positif yang ditunjukkan oleh Barry amatlah dialu-alukan. Namun begitu, sikap berhati-hati, kritis dan vokal masih perlu dikekalkan. Oh ya, jika pembaca masih samar mengenai siapa sebenarnya Barry Soetoro ini, maka info ini pastinya membantu. Beliau kini memegang jawatan Presiden Amerika Syarikat yang ke-44.

Rujukan & Petikan:
1. Obama: Antara Islam, Israel & Amerika, Taufik Rahman.
2. Bonus Dunia Islam: Perlantikan Obama dari kaca mata rakyat Malaysia, Salawati Harris.
3. Barack Obama's Cairo speech, Guardian.co.uk
4. Janji Obama dituntut bukan sekadar retorik, Prof Dr Zaini Ujang.

Oleh: ajim
http://www.ajimtajdid.blogspot.com

Saturday, June 13, 2009

2nd Formula Varsity UTeM 2008



*aku terlibat dalam penganjuran program nie.. bg aku, prog yg memang besh... video nie plak hasil koje aku yg bosan xda koje.. pape pun, just enjoy dis video!

Monday, June 8, 2009

Apa nak jadi bebudak skang nie….

Aku kagum sebenarnya dgn bebudak kg aku.. kagum giler la.. tatkala skang kicoh 1 mesia cite pasal cite mat rempit la (ape? Dah tukar samseng jalanan? Tukar nama leh jadi insap ke? Ah, mengarut!!).. tapi bebudak mude kg aku xterjebak, walaupun bukan semua la.. diorg tatkala ujung minggu sibuk duk lepak kat surau kg aku.. 

‘ketepak.. ketepuk.. dush2.. bang2.. ketepak.. ketepuk….’

Inilah bunyi yg diorg selalu hasilkn bile lepak kat area surau kg aku.. walaupun bunyi cam haram (leh improve ag, hahahaaa…) actually diorg menjebakkan diri dalam kump kompang kg.. ha.. misti korg yg baca ingat benda main kompang nie dah pupus, sebenarnya kat area kg cam tempat aku nie, benda nie still ada walaupun x seaktif zaman jepun dulu.. hahaa… 

Byk gak lagu yg diorg main, lagu oh Fatima la.. slamat pengantin baru.. gadis melayu.. n bla.. bla.. bla.. (lagu nasyid ade gak 2).. sebenarnya aku pun penah la try lepak ngn bebudak nie main kompang, tapi jiwa den xmasuk la.. sakit tgn main kompang nie ade la.. tapi bdk2 kecik yg main dok maintain macho, xsakit tgn ke dik? Hahaaa… 

Selain dari acara membuat bunyi bising diujung minggu, diorg nie ptg2 lepak kat court main sepak takraw.. fuh, mmg jiwa melayu la.. walaupun aku dah beratus kali diorg ajak main same, tapi den still xg main.. nape? Entah la, den sejak dari zaman jepun ag mmg xminat sukan.. haha.. walaupun diorg main xsepro atlit mesia (ala, ngn thai kalah gak), tapi still ok ag la kalo nak wat lipat2 nie.. lipat gunting ke.. lipat kertas ke.. lipat baju.. aku pun xpaham.. haha.. 

Kepada bebudak kg aku, syabas!! Nasib baek korg xjadi samseng jalanan (argh, poyo nye ayat nie).. atleast xda la korg mati katak atas jalan.. penat gak nak kutip sisa2 cebisan mayat korg kalo ekseden, nak gali kubur ag.. huhu…

*jeles aku pada diorg.. zaman remaja aku xcam 2.. aku byk dok lepak cc, kedai snooker.. arghhh, I’m so naive back there…

Saturday, June 6, 2009

Wahabi: Istilah Yang Ditakuti!

Penulis: Abdul Azim Roslan

Antara ketakutan dalam diri manusia adalah apabila dia diberikan suatu gelaran yang membawa maksud yang buruk dalam masyarakat, ‘Wahabi’ merupakan contoh gelaran yang ditakuti apabila seseorang itu berada di dalam lapangan agama. Masyarakat Islam di Malaysia secara umumnya memahami istilah Wahabi ini merujuk kepada segelintir golongan umat Islam yang mempunyai tafsiran dan pemahaman yang berbeza mengenai soal ibadat. Contohnya, apabila seseorang itu tidak membaca doa Qunut ketika solat subuh, maka dia akan dituduh sebagai penganut fahaman Wahabi. Begitu juga jika seseorang itu menolak mengadakan majlis kenduri arwah, maka dia juga akan dituduh sebagai Wahabi. Secara ringkasnya, apa sahaja pandangan atau pendapat yang melawan arus pemikiran perdana umat islam di Malaysia, maka berkemungkinan besar si pembawa idea atau pendapat itu akan digelarkan sebagai Wahabi. Persepsi ini merupakan satu stigma pemikiran yang yang telah lama mendominasi pemikiran tradisionalis umat Islam di Malaysia. Penulisan ringkas ini tidak menjuruskan benar atau salah fahaman ini, namun sekadar santapan ringkas agar ilmu dan pemahaman dapat diluaskan.


Gelaran Wahabi sebenarnya disandarkan kepada seorang tokoh agama yang bernama Muhammad Ibn Abdul Wahab. Di zamannya, Sheikh Muhammad Ibn Abdul Wahab merupakan seorang yang tegas dalam membersihkan akidah umat islam yang mana ketika itu dicemari dengan pelbagai unsur-unsur inovasi dalam agama seperti pemujaan kubur alim ulama’ dan pembinaan di atas kuburan. Kebanyakan tanggapan mendakwa fahaman ini mendukung idea dan perjuangan Sheikh Muhammad Ibn Abdul Wahab dalam membersihkan akidah umat Islam. Sewajarnya, jika gelaran wahabi ingin disandarkan kepada Sheikh ini, ia sepatutnya menggunakan gelaran ‘Muhammadiyyah’. Namun musuh-musuh Sheikh Muhammad Ibn Abdul Wahab sengaja menggunakan istilah Wahabi untuk mengaitkan diri Sheikh itu dengan fahaman Khawarij yang mendakwa orang Islam sebagai murtad jika melakukan dosa. Namun hal ini telah dinafikan olehnya dalam surat yang ditulis kepada penduduk Qassim, ‘saya tidak pandang mana-mana orang Islam sebagai kafir kerana dosa mereka, dan saya juga tidak mengeluarkannya dari agama Islam.’ (ruj: Sheikh Muhammad Ibn Abdul Wahab His Life & The Essence of His Call, Prof Sulaiman Ibn Abdurrahman Al-Huqaily, edisi terjemahan oleh Hamidun Abdullah untuk Institute As-Sunnah, Perlis) Sebenarnya, terdapat banyak tuduhan dan fitnah yang dilemparkan kepada tokoh ini sehingga menjadikan gelaran Wahabi sebagai satu istilah yang ditakuti, namun kebanyakkan tuduhan itu telah pun dijawab dengan ilmiah. Walaupun berlaku banyak fitnah terhadap dirinya, namun sumbangan besarnya dalam bidang akidah tetap dihargai oleh ramai ulama’ dunia seperti Dr Yusuf Al-Qardhawi, Sayyid Muhammad Rashid Ridha, Sheikh Ali Tantawi dan lain-lain ulama’ besar dunia. Memetik kata-kata Al-Qardhawi ‘Prioritas dalam da'wah Imam Muhammad bin Abd al-Wahhab di Jazirah Arabia ialah pada bidang aqidah, untuk menjaga dan melindungi tauhid dari berbagai bentuk kemusyrikan dan khurafat yang telah mencemari sumbernya dan membuat keruh kejernihannya. Dia menulis berbagai buku dan risalah, serta menyebarkan dan mempraktekkannya dalam rangka menghancurkan berbagai fenomena kemusyrikan.’ (ruj: Fiqh Aulawiyyat, Dr Yusuf Al-Qardhawi)

Realiti yang berlaku di dunia Islam, kebanyakkan pemikiran tradisionalis menganggap fahaman Wahabi ini sebagai unsur yang menyimpang di dalam Islam. Dukacita juga sebahagian dari mereka meletakkan fahaman ini sebagai terkeluar daripada Ahlul Sunnah Wal-Jamaah (ASWJ). Majoriti yang menjadi pemikir seperti ini hanyalah merupakan mangsa kepada keadaan yang telah membutakan mereka kepada kefahaman yang rigid. Mereka menganggap, apa sahaja yang bercanggah dengan nilai mazhab Syafie mengikut kefahaman mereka, nilai itu akan dianggap sebagai tertolak walaupun ia masih berlegar dalam ruang ASWJ. Oleh itu, sebarang usaha tajdid untuk memberikan satu sudut pandang yang berbeza terhadap Islam, maka kadangkala ia akan ditolak secara mentah dengan beralasan pandangan itu sebagai pegangan fahaman Wahabi. Al-Qardhawi mengulas mengenai isu takut kepada usaha tajdid, katanya ‘Inilah satu titik lemah dalam pergerakan Islam. Ia takut dari ijtihad, tidak senang pada pembaharuan (tajdid), tidak cenderung pada keterbukaan dan tidak menyenangi perkembangan dan perubahan.’ (ruj: Di Mana Punca Kelemahan Umat Islam Masa kini, Prof Dr Yusuf Al-Qardhawi)

Di Malaysia, golongan yang mendukung fahaman Wahabi ini lebih gemar jika ia digelarkan sebagai Salafi, Pro-tajdid atau pendukung Sunnah. Mereka ingin membawa satu kaca mata yang lebih besar terhadap fahaman ini dengan menekankan pemahaman Islam menurut manhaj para Salaf. Al-Salaf memiliki erti orang-orang yang mendahului dari bapak-bapakmu dan kaum kerabatmu yang mereka di atasmu dalam hal usia dan keutamaan..... Rasulullah, para sahabatnya dan orang-orang yang mengikuti mereka dengan baik, mereka adalah salaful ummah (pendahulu ummat), dan siapa saja yang menyeru kepada apa yang diserukan oleh Rasulullah SAW, para sahabatnya dan orang-orang yang mengikuti mereka dengan baik, mereka juga salaful ummah. Serta siapa saja yang menyeru kepada apa yang diserukan oleh Rasulullah SAW, para sahabatnya dan orang-orang yang mengikuti mereka dengan baik, maka mereka berada si atas manhaj as-Salaf ash-Sholih. (ruj: Studi Ringkas Tentang Manhaj Salaf, Sheikh Abdul Qadir Al-Arna’uth) Manhaj ini menurut mereka tidak membataskan pemikiran dengan lingkungan mazhab semata, tetapi keluasan pemikiran berpandungan Quran dan As-Sunnah yang soheh. Oleh sebab itu, masyarakat Islam tradisionalis menganggap mereka sebagai bermasalah apabila ada ibadah atau adat yang ditentang oleh pendukung fahaman ini kerana menurut mereka tidak menurut syariat Islam yang sebenar. Hal ini telah menyebabkan berlakulah pertempuran yang berlarutan sekian lama yang mungkin dikenali di Malaysia sebagai ‘kaum muda vs kaum tua’.

Namun begitu, fahaman Salafi di Malaysia masih boleh dibahagikan kepada tiga kumpulan menurut pengamatan Ustaz Zaharuddin. Kumpulan pertama ialah yang ekstrem lagi keras dan tegas, kedua pula yang Sederhana (moderate), manakala Ketiga iaitu yang lebih lembut dan toleran (Mild). (ruj: Ulasan, Komentar & Cadangan Berkenaan Kursus Latihan ESQ 165, Ustaz Zaharuddin Abdul Rahman) Mungkin pendekatan kumpulan pertama iaitu yang bersifat sedikit keras dan ekstrem telah menimbulkan rasa kurang senang dan terkejut masyarakat Islam di Malaysia yang mana rata-rata pemahamannya mengenai ilmu Islam hanyalah pada peringkat asas. Pendekatan bagi kumpulan dua dan tiga kelihatan agak berjaya apabila dapat mempengaruhi sebahagian besar golongan pelajar di universiti dan pekerja profesional. Perkembangan aliran Salaf ini mendapat tentangan agak hebat daripada golongan yang memegang kuasa agama apabila terdapat beberapa tokoh yang didakwa mendukung fahaman Wahabi dilarang memberikan ceramah dibeberapa buah negeri. Terdapat juga pelbagai forum yang dianjurkan oleh badan-badan tertentu yang mana bertujuan menerangkan tentang bahaya pemikiran Wahabi yang semakin menular di dalam Malaysia.
Isu wahabi sebenarnya merupakan masalah persepsi umat Islam yang mana telah digambarkan dengan pelbagai fakta yang dangkal dan tidak benar mengenai fahaman ini. Umat islam di Malaysia perlu diberikan ruang kepada pemikiran yang lebih luas terhadap Islam. Jika suatu pemikiran itu dangkal dan tidak benar, secara automatis pemikiran itu akan berkubur dan tidak mendapat tempat.

Masyarakat Islam semakin bijak dalam penilaian, berikan mereka ruang untuk menilai setiap hujah dan fakta mengenai agamanya. Perkara yang terpenting dalam hal ini, kita sewajarnya tidak sesekali mengeluarkan mereka daripada keluarga Islam ASWJ. ‘Oleh itu berbalik kepada isu Wahhabi, pendirian yang jelas perlu diambil, Wahhabiyyah sekali-kali bukan golongan yang terkeluar daripada Ahli Sunnah. Mengeluarkan mereka daripada Ahli Sunah bermakna kita juga terjebak ke lembah fanatik yang sama seperti sebahagian mereka.....’ (ruj: Isu Wahabiyyah: Menangani Secara Realiti, Jurnal Penyelidikan Islam bil 19 2006M, Mohd Aizam bin Mas’od, JAKIM)  

 

Friday, June 5, 2009

Subject: Sunset




*These pics taken by me at Tanjung Piai, Pontian..

Link Terpilih

Blog Widget by LinkWithin