Saturday, July 25, 2009

Kenapa TAJDID?

OLEH KERANA RAMAI YANG MASIH TIDAK FAHAM MENGENAI TAJDID, MAKA PENULIS AKAN MENULIS SEMULA DENGAN PEMAHAMAN YANG LEBIH MUDAH. HARAP MAKLUM.























Ramai orang bercakap mengenai tajdid, perkataan itu juga sering kali dikaitkan dengan penulis. Namun penulis tidak pasti, yang memanggil penulis dengan gelaran itu faham atau tidak maksud sebenar perkataan itu. Maka itu, penulis coretkan sedikit info moga makalah pendek ini bermanfaat.

Maksud TAJDID

Tajdid berakar umbi daripada sebuah hadis riwayat Abu Hurairah radhiallahu ‘anh, dimana Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: ‘Sesungguhnya Allah membangkitkan bagi umat ini pada awal setiap seratus tahun orang yang mentajdidkan bagi (umat)nya, agamanya.’Hadis yang ringkas ini memiliki tujuan dan maksud yang luas. Syaikh Yusuf al-Qaradhawi hafizhahullah, dalam mengupas hadis di atas, menyebut tujuannya sebagai: “Hadis ini bertujuan membangkitkan rasa optimis pada jiwa kaum muslimin, bahawa agamanya tidak akan pernah mati, bahawa dalam setiap masa tertentu Allah akan mengutuskan orang yang mentajdidkan agama-Nya dan menghidupkan syari’at-Nya.” (ruj: Cabaran di Era Globalisasi Masa Kini, Kapten Hafiz Firdaus)

Tokoh MUJADDID

Sepanjang sejarah, tokoh-tokoh atau gerakan tajdid muncul melaksanakan berbagai usaha dan menghadapi berbagai cabaran. Berbagai-bagai bidang tajdid dilakukan demi kebaikan umat. Khalifah ‘Umar bin ‘Abd al-‘Aziz ialah tokoh tajdid (mujaddid) yang disepakati umat. Kemudian muncul berbagai tokoh lain yang dianggap mujaddid; seperti al-Imam al-Syafi’i (meninggal 204H), al-Imam Ibn Taimiyyah (meninggal 728H) dan lain-lain. (ruj: Tajdid Satu Keperluan Umat, Dr Mohd Asri Zainul Abidin)

Contoh TAJDID

Antara contoh pembaharuan ialah ketika pemerintahan Bani Umaiyah semakin terpesong daripada Islam; maka kedatangan Umar Abdul Aziz adalah membawa satu bentuk tajdid yang besar dari segi politik. Dia membawa semula Islam asal seperti pada zaman Khulafa al-Rasyidin atau seperti zaman Umar al-Khattab daripada segi pentadbiran, politik, ekonomi dan lainnya. Dalam konteks kita; apabila penjajahan Barat bermula dengan Perjanjian Pangkor pada 1874, maka bermulalah penjajahan asing ke dalam masyarakat Islam di Malaysia. Sehingga undang-undang Islam bertukar kepada undang-undang sekular Barat. Ekoran daripada itu, kefahaman masyarakat juga menjadi ‘lebih sekular.’ Dan ia berlaku secara besar-besaran di dalam pentadbiran, pemikiran atau politik. (ruj: Orang Melayu perlukan tajdid, wawancara bersama Profesor Madya Dr Mohamad Kamil Abdul Majid)

PERSOALAN:

Apa kaitan penulis dengan Tajdid?

Penulis merupakan penyokong kepada idea pembaharuan. Namun harus barang diingat, penulis bukan seorang mujaddid.

Mengapa perlu kepada Tajdid?

Ada dua alasan yang penulis fikirkan perlu. Pertama, Imej asal islam perlu kembali kepada wajah asalnya. Salah faham terhadap islam begitu banyak, usaha pembaikpulih harus dilakukan. Kedua, pemikiran lapok dan konservatif yang memenjarakan umat islam dalam kukunnya telah menghalang islam daripada menonjol menjadi agama yang progresif dan membangun agar selari dalam dunia yang serba moden ini.

Tajdid apa diblog ini?

Tajdid fikir. Satu usaha ke arah membuatkan pembaca blog untuk berfikir, bukan untuk menerima secara literal penulisan semata.

Jika ada sebarang persoalan tentang isu Tajdid dan blog ini, harap bertanya. Usah mentertawakan dan menyindir atas perkara yang kita tidak faham!

*serius siot apa yang aku nulis nie.. haha.. makin ramai bmcd yg dah berblog.. giler ah ding dong!

Thursday, July 23, 2009

UTeM diserang misteri??

Masa aku tengah li kat rawang, aku diberitahu oleh membe aku yang ada kisah2 misteri yg dah berlaku kat Kampus Induk UTeM DT.. dgr cite ade 2 org staff UTeM yang meninggal dunia d'sebabkan benda nie.. aku pun la.. la.. jela, xda nak percaya sgt.. tapi bila aku masuk dalam forum fs utem, aku tgk ramai gak student utem yg tau benda yg sama.. tapi ade byk versi la, mana punya perawi da.. tsiqah ke idak xtau le..

baru2 nie gak, iaitu masa seminggu awal sebelum masuk u.. aku dah balik utem, kononnya nak pegi chop tajuk PSM awal la.. aku pun g la kat bangunan tumpangan FKM kat fakulti FTMK.. bangunan 2 baru siap.. tapi masih ada last2 minit touching oleh indon2 yg keje wat bangunan 2.. tapi apa yg menarik perhatian aku, ada banyak tampal kertas2 pelik kat bilik lect kat bangunan 2.. buleh dikatakan setiap bilik lect ada tampal kertas 2.. kat kertas 2 ada nulis byk ayat bassmalah.. pas2 ada tulis arahan n siap ada sign seseorg yg tinggi kedudukan dia kat dlm utem.. aku pun agak terkulat2 tgk benda nie.. korg yg nak tau kertas 2 leh klik kat gambar bawah nie, saksikan sendiri..

aku sebenarnya tertanya2 apa hukum wat benda nie.. dose ke.. buleh ke.. tapi pada andaian awal aku, aku xsetuju la dgn benda2 nie.. lawak pun ada kalo dipk2kan secara logik.. namun untuk mendapatkan kepastian yg lebih, aku dah ajukan soklan nie pada org2 yg tinggi ilmunya dlm bidang agama.. jawapan beliau buleh dibaca kat bawah nie...

SOALAN:

salam ustaz..

saya ada kemuskilan.. di sebuah fakulti di universiti saya ada tertampal dengan banyak kertas2 yang tertulis sesuatu diatasnya.. dipercayai tujuan kertas itu ditampal utk menghindari gangguan mahluk halus @ jin kerana terdapat dakwaan berlakunya gangguan di kawasan tersebut.. diatas kertas itu tertulis ayat bismillah dgn byk dan tertulis juga satu arahan menyuruh penghuni asal keluar kerana tempat itu akan diduduki..

1. apakah kertas itu boleh dianggap sebagai tangkal?

2. apakah hukumnya menurut islam? haram @ dibenarkan sebagai salah satu kaedah menghalau mahluk halus?

sekian, wassalam..

JAWAPAN:

Pertamanya: Saya merasa lucu dengan perbuatan tersebut. Terbayang ia bagaikan filem pontianak atau hantu di raja China dari Hong Kong. Barangkali orang yang melakukannya terpengaruh dek terlampau banyak menyaksikan filem-filem sebegitu.

Kedua: Jika kertas-kertas itu tujuannya sebagai pemberitahuan kepada jin-jin yang ada di situ, maka ia adalah kerja sia-sia kerana tidak dapat dipastikan samada mereka dapat membaca dan memahaminya. Siapakah ang dapat memastikan jin-jin itu boleh membaca, memahami seterusnya mengikut arahan dalam kertas makluman itu?

Ketiga: Satu lagi kemungkinan ialah kertas-kertas itu adalah sejenis tangkal. Jika ia adalah tangkal maka amaran dan ancaman terhadap perbuatan menggantung tangkal adalah sangat berat. Antaranya ialah sabda Rasulullah SAW:
مَنْ عَلَّقَ تَمِيمَةً فَقَدْ أَشْرَكَ
Maksudnya: Barangsiapa menggantung tangkal, maka dia telah syirik.
(HR Ahmad dan al-Hakim dengan sanad yang kuat dan disahihkan oleh al-Albani)

Oleh demikian, meninggalkan perbuatan berisiko tinggi seperti itu adalah sangat dituntut.

Wallahu a'lam,
Ustaz Rasyid bin Idris
Presiden Institut Al-Qayyim





*maklumat lanjut tentang Institut Al-Qayyim boleh didapati di sini: link

Sunday, July 19, 2009

Wafa Sultan: Tuduhan melampau pada dunia Islam!!



"I have decided to fight Islam; please pay attention to my statement; to fight Islam, not the political Islam, not the militant Islam, not the radical Islam, not the Wahhabi Islam, but Islam itself...Islam has never been misunderstood, Islam is the problem....(Muslims) have to realize that they have only two choices: to change or to be crushed."
link

ANTARA TUDUHAN:




JAWAPAN Dr Al-QARDHAWI:

Thursday, July 16, 2009

Manik Urai: PAS telah tewas!


Mungkin ramai yg terkejut bila PAS menang dgn cuma 65 undi majoriti.. tapi bagi aku, 'ia seperti yang aku jangkakan...' sebelum pilihanraya kecil 2 berlangsung, aku memang ada berharap PAS akan tewas kepada UMNO.. Mungkin ada yg xsetuju dgn apa yg aku harapkan nie.. tapi aku lebih melihat dalam satu kaca perspektif yg lebih luas, antara alasan aku:

1. PAS dan Pakatan Rakyat merasa terlalu selesa dalam pilihanraya kecil sebelum nie.. bagi aku, parti yang berada dlm keadaan selesa terlalu lama adalah suatu iklim politik yg tidak sihat.. graf sokongan undi perlu ada turun dan naik.. jika selalu naik, takut lupa macam mana rasa sakitnya bila kita terjatuh...

2. Konflik dalaman PAS yang terjadi sebelum nie telah membuka lebih banyak kritikan secara terbuka terhadap kepimpinan PAS.. PAS harus sedar, setiap inchi gerak kerjanya sedang dinilai oleh rakyat.. ini mungkin satu petanda dari rakyat kepada kepimpinan tertinggi PAS untuk sentiasa menjaga perpaduan dalam kepimpinannya.. berbeza tidak menjadi masalah dalam kepimpinan parti, namun harus ada etikanya..

3. Modal ceramah dan isu yang dibawa oleh PAS acapkali berteraskan keburukkan UMNO & BN.. PAS dan PR khasnya perlu membina 1 landasan baru, seharusnya yg mnjadi modal berkempen adalah isu2 yang bertemakan pembangunan kawasan.. bukan hnya isu yg menyatakan UMNO tidak islamik, UMNO tolak hudud n bla.. bla.. bla.. dunia islam bukan hanya berteraskan 2 perkara tu shj.. pembangunan juga satu nilai yg utama dalam islam!
*mengkritik kerajaan bukan bermakna aku penyokong PR.. memuji PR bukan bermakna aku penentang BN.. aku seorg yg non-partisan....

Thursday, July 9, 2009

Pandai bercakap...

“Masalahnya kita hanya bercakap, sementara zionis sedang bekerja. Mereka terus membuat perancangan, sementara kita tidak ada kerja. Mereka terorganisasi, sementara kita bercerai berai. Mereka sentiasa bersatu sementara kita bercakaran sesama sendiri.”
(Dr Yusuf Al-Qardhawi, Persidangan Institusi Al-Quds ke-5, Aljir Al-Algeria)

Friday, July 3, 2009

RFC - Radix Fried Chicken



*nantikan kemunculannya di Pasar Raya Besar MYDIN MiTC.

Link Terpilih

Blog Widget by LinkWithin