Monday, March 22, 2010

Friday, March 19, 2010

Asli yang tidak asli?




1. Selama ini penulis fikir, orang Asli di Malaysia dikategorikan sebagai masyarakat Bumiputera. Tetapi rupanya tidak, peruntukan perlembagaan tidak menyebut dan memperuntukkan hal ini. Apa yang diperuntukan diperlembagaan hanyalah terhad pada orang Melayu dan Bumiputera Sabah dan Sarawak. Sila rujuk disini: link

2. Orang Asli di Malaysia merupakan kelompok yang sangat miskin, mundur, dan kurang berpendidikan. Penulis terfikir, ketika perlembagaan digubal, bagaimana kelompok kecil ini boleh dipinggirkan. Walhal, mereka lebih layak daripada yang layak untuk menerima hak-hak istimewa ini.

Gambar oleh Malaysiakini

3. Tidak hairanlah orang Asli mula 'mengamuk' dengan mengadakan demonstrasi di Putrajaya baru-baru ini bagi menuntut hak-hak mereka seperti pemilikan tanah adat. Jumlah kehadiran mereka juga amat ramai, dianggarkan 2000 orang yang hadir di Putrajaya.

4. Ayuh orang Asli, minta dan desak hak yang sepatutnya menjadi milik anda!! Anda manusia asal dan asli dinegara ini!!

Thursday, March 18, 2010

DEB & Hubungan Etnik

Pada 10 Mac 2010 yang lalu, Jabatan Pengajian Islam dan Kemanusiaan, Pusat Bahasa dan Pembangunan Insan, Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) telah menganjurkan sebuah wacana ilmu yang bertemakan ‘Dasar Ekonomi Baru (DEB) Dan Implikasi Terhadap Hubungan Etnik Di Malaysia’. Wacana ini telah menjemput Prof. Datuk Dr Shamsul Amri Bin Baharuddin, Pengarah Institut Kajian Etnik (KITA) sebagai panel pembentang. Tema DEB ini telah dipilih berdasarkan keadaan sosio-politik semasa yang memungkinkan berlaku pelbagai perdebatan pro dan kontra terhadap perlaksanaan dasar itu dan implikasinya dari sudut yang jarang diterokai iaitu kesan pada hubungan sesama etnik di Malaysia. Artikel ini akan merumuskan sudut pandang dan idea yang telah dikemukan oleh tokoh akademik pada majlis ilmu itu. 


Prof. Datuk Dr Shamsul Amri memulakan penghujahan dengan menyatakan bahawa walaupun pada hakikatnya DEB telah lama tamat, namun semangat DEB masih tetap diteruskan dalam cakap-cakap politik, perbincangan semasa dan juga di dalam sembang lapangan maya. Semangat ini saban tahun dicanang dengan pelbagai agenda perjuangan, ada yang meyebut tentang soal Islam, Melayu, hak non-bumi dan sebagainya. Semua sedia maklum, penubuhan DEB ini bertujuan untuk membasmi kemiskinan dan juga menyusun semula masyarakat sejurus berlakunya peristiwa berdarah 13 Mei 1969. Untuk memahami kronologi kepada wujudnya DEB, maka perlu untuk kita kembali menyelak semula tirai sejarah negara Malaysia dalam konteks awal penubuhannya. Malaysia ketika awal merdeka, masih lagi sebuah negara yang muda tetapi perlu berhadapan dengan pelbagai cabaran utama seperti pembangunan ekonomi, pemerintahan dan kestabilan politik, hubungan antara kaum dan juga perang dingin antara blok komunis dan blok kapitalis. Beliau menambah, cabaran-cabaran besar ini membawa kepada wujudnya krisis-krisis seperti isu pembangunan ekonomi di kawasan bandar dan luar bandar. Ini kerana terdapat perbezaan ketara di antara pembangunan kawasan bandar dan luar bandar. Kawasan bandar yang dimonopoli oleh kaum Cina mendapat agihan pembangunan yang lebih baik dan tersusun berbanding dengan kawasan kampung dan pendalaman yang mana majoriti didiami oleh masyarakat Melayu dan India. Tampuk pemerintahan dan kestabilan politik ketika itu masih lagi mencari rentak, kuasa federalisme juga kelihatan masih belum cukup stabil. Krisis hubungan kaum ketika itu walaupun masih belum dikategorikan sebagai darurat, namun boleh disifatkan cukup membimbangkan. Masing-masing bertikam lidah tentang kepentingan kaum masing-masing. Situasi ini cukup menyamai dengan apa yang sedang berlaku dewasa ini di Malaysia. Bermula dari cabaran, kemudian krisis, akhirnya berlakulah peristiwa 13 Mei 1969 hasil gabungan pelbagai krisis dan diterjemahkan dalam satu konflik terbuka. Kelahiran DEB selepas konflik 13 Mei 1969 dilihat sebagai satu usaha penyelesaian untuk semua masalah yang dihadapi ketika itu. Dipertengahan hujah, Prof. Datuk Dr Shamsul Amri sempat menimbulkan persoalan, benarkah DEB merupakan ubat yang cukup mujarab bagi mengubati semua penyakit yang berlaku pada ketika itu?

Terdapat dua masalah besar yang dinyatakan oleh beliau mengenai kefahaman perpaduan sosial rakyat di Malaysia. Masalah pertama ialah mengenai penekanan yang keterlaluan terhadap satu-satu peristiwa konflik berdarah semata. Seolah-olah tiada langsung gambaran perpaduan dan kehidupan rakyat diperlihatkan sebagai senantiasa berkonflik. Gambaran ini selalu didoktrinisasikan melalui media massa yang menggambarkan betapa rakyat perlu dihantui dengan peristiwa silam dan ia kerapkali dimainkan dengan sikap sentimen tertentu. Realitinya, wujud kesepakatan sosial yang berterusan namun kadangkala bermasalah. Ini perkara tabiat didalam sebuah sistem bernegara terutamanya pada negara berbilang kaum dan agama seperti Malaysia. Masalah kedua pula bersangkut paut pada kesilapan meletakkan persamaan apabila menyatakan perpaduan sosial itu sama dengan perpaduan ekonomi. Sifat-sifat utama perpaduan gagal difahami dan tidak disentuh, antaranya elemen asimilasi, akomodasi, akulturasi dan amalgamasi. Sering kali kita beranggapan, jika pembahagian kek ekonomi seperti yang dirancang melalui DEB berhasil, maka secara automatik Malaysia mampu mencapai perpaduan bersifat nasional. Namun, hasilnya ia tidak seperti yang diharapkan. Perpaduan nasional telah ditafsirkan dengan fahaman sempit dan berubah menjadi satu bentuk pertandingan merebut hak milik ekonomi. Kesannya, kita lebih banyak bercakap mengenai soal ‘pertandingan’ ini berbanding matlamat utama untuk mewujudkan perpaduan yang akhirnya telah dikesampingkan. Dari perbincangan perpaduan nasional, isu ini menjalar menjadi ‘perebutan nasional’ antara kelompok etnik. Prof Datuk Dr Shamsul Amri menyatakan bahawa perebutan nasional ini wujud dalam pelbagai bentuk seperti inter-etnik, intra-etnik, inter-kelas, dan intra-kelas. Asakan ganas perebutan hak milik ekonomi bukan hanya menghasilkan konflik antara etnik, tetapi juga konflik dalaman etnik tertentu. Kegagalan pelaksanaan DEB acap kali didengari, namun isu yang lebih besar adalah kegagalan untuk kita memahamkan kepada khalayak mengenai apa itu perpaduan nasional sebenar. Ekonomi hanyalah wadah kepada satu usaha ke arah perpaduan, namun objektif dan matlamat harus jelas. Jangan pula perpaduan diperkudakan untuk memenangi pertandingan perebutan kek ekonomi.

Dipengakhiran hujah, beliau menyatakan dengan nada tegas dan sinis bahawa walaupun DEB telah lama tamat, namun masalah yang dicanang untuk bersama diselesaikan masih gagal menemui jalan solusi. Sehingga hari ini, masih ramai lagi yang menyimpan dendam dan sakit hati terhadap DEB. Antara bukti jelas fenomena ini ialah keputusan Pilihan Raya 2008. Keputusan ‘tsunami’ politik ketika itu hasil dari tindakan majoriti pengundi bukan Melayu dan sebagian besar pengundi Melayu yang menzahirkan rasa tidak puas hati terhadap pelbagai isu dan tanggapan bersangkut paut dengan DEB seperti isu bukan Melayu sebagai warganegara kelas kedua, rasuah, pembahagian kontrak, hubungan inter-etnik dan intra-etnik. Diakhir kalam, beliau menekankan peri penting anjakan paradigma yang melihat isu dari konflik kepada penyatuan dalam tindakan. Penyatuan tindakan ini penting dalam memberikan satu bentuk kesatuan dalam kepelbagaian dan bukan pula kesatuan dalam kesamarataan.


Selaku ahli akademik yang hidup, beliau telah menyampaikan syarahan mengenai isu itu pada dimensi yang baharu dan tampak begitu mengesankan sekali. Isi dan gaya penghujahan beliau yang tidak bias pada mana-mana pihak yang berkepentingan dan hanya menekankan soal fakta dan akademik harus dipuji. Sikap ini menandakan kematangan beliau sebagai ahli akademik yang cukup masak dalam arena perdebatan sosio-politik di Malaysia.  

oleh: ajim 

*Sebenarnya artikel ini merupakan tugasan didalam subjek Hubungan Etnik. Tetapi dikirim didalam blog ini sekadar perkongsian bersama.

Tuesday, March 16, 2010

Nilai 1 Undi


1. Orang Melayu dikatakan memiliki jumlah peratusan yang tertinggi sebagai pengundi layak tetapi belum mendaftar dengan Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia (SPR). Sila lihat statistik ini:

Peratusan orang Melayu yang layak untuk menjadi pengundi tetapi masih belum mendaftar adalah dalam lingkungan 43 pratus berbanding kaum Cina 31.87 peratus manakala orang India pula 9.59 peratus dan bumiputera Sabah dan Sarawak masing-masing 5.29 dan 5.85 peratus), Orang Asli (0.70 peratus dan lain-lain (3.25 peratus). link
2. Orang Melayu mungkin tak kisah kalau negara ini satu hari nanti ditadbir oleh orang bukan Islam. Buka internet main facebook mungkin lebih menyeronokkan daripada pergi mendaftar sebagai pengundi.

3. Tambahan lagi, orang Melayu suka cakap perkara ini, 'Ala, aku sorang je yang tak daftar.. tak undi.. takkan ada effect apa-apa pun..' Bila bercakap tanpa ilmu, berbicara tanpa jiwa, lahirlah ayat-ayat dangkal. Apa yang orang Melayu perlu tahu, anda sebenarnya perasan yang seolah-olah hanya anda seorang sahaja didalam dunia ini yang tidak mendaftar sebagai pengundi. Hakikatnya, perasaan 'suci' anda ini dikongsi oleh jutaan manusia bernama MELAYU.

3. Kalau masih terus tak mahu daftar dan mengundi untuk PRU akan datang tidak mengapa. InsyaAllah, kita akan ada YAB Perdana Menteri baru yang sembahyang di Tokong atau Kuil.

Monday, March 8, 2010

PR: Bodoh, Angkuh dan Sombong


Pakatan Rakyat (PR) sedang mengulangi kesilapan yang pernah dilakukan oleh Barisan Nasional (BN). Kebodohan, keangkuhan dan kesombongan! Resipi yang pernah dicipta oleh BN, kini PR mewarisinya. Tunggu PRU 13, nasib PR mungkin lebih teruk daripada apa yang pernah BN alami pada 2004.

Kenapa penulis kata begitu? Akan dijelaskan kemudian dalam kiriman mendatang!

Wednesday, March 3, 2010

Presiden MCA, Jam tangan dan Zionis

1. Baru-baru ini, Datuk Seri Ong Tee Kiat menerima jam tangan yang dikatakan bernilai lebih setengah juta ringgit dari seorang pembuat jam Hong Kong. "Jam tangan itu diberikan kepada saya selaku presiden parti dan saya akan simpan sebagai momento atas nama parti juga," katanya memetik dari laporan Malaysiakini.

2. Apa yang menarik bukan nilai harga jam tangan itu semata, tetapi nilai jam tangan yang didakwa mempunyai corak keagamaan. Keagamaan apa? Lihat pada gambar dibawah.

Sumber gambar: Malaysiakini

Cuba lihat pada lambang dan tulisan pada kotak jam itu, tertulis perkataan 'Hatikva Israel' dan terdapat bintang lambang negara Israel.

3. Apa maksud Hatikva Israel? Biar sheikh wikipedia yang menjawabnya.

"Hatikvah (Hebrew: הַתִּקְוָה‎, lit. The Hope) is the national anthem of Israel. The anthem was written by Naphtali Herz Imber, a secular Galician Jew from Zolochiv (today in Lviv Oblast),[1] who moved to the Land of Israel in the early 1880s.

The anthem's theme revolves around the nearly 2000-year-old hope of the Jewish people to be a free and sovereign people in the Land of Israel, a national dream that would eventually be realized with the founding of the modern State of Israel in 1948."

4. Kiriman ini hanya bermaksud ingin mencetuskan persoalan kepada pembaca blog ini, apa kaitan diantara Presiden MCA, jam tangan dan Zionis? Ada sesiapa yang mampu merungkaikannya?

Link Terpilih

Blog Widget by LinkWithin