Sunday, January 30, 2011

Awan Nano



Apabila aku menonton video ini, banyak yang mengingatkan diri aku tentang masa silam. Kenangan yang cukup gelap dan berbekas, sentiasa mengikuti aku sehingga ke hari ini. Aku mohon kebaikan dan keampunan Tuhan atas kesilapan aku dahulu, kejahilan yang menzalimi Awan Nano yang cukup melindungi.

Monday, January 3, 2011

Keliru

Perasaan ini seringkali melanda diri aku. Merasa suatu perasaan yang tidak keruan, atau lebih tepat KELIRU. Kadang kala aku merasakan diri ini hanyut dalam dunia yang sedia hanyut, lemas namun tak sedar.

Pernah bertanya pada diri sendiri, tentang masa depan, ke mana hala ingin aku corakkan? Sudah berjawapan soalan itu. Namun ia seakan khayalan dalam mimpi-mimpi aku. Masih jauh dia dihadapan, aku hanya mampu memandang suram.

Bangkitlah ajim dari dunia suram, kemalasan. Bangkitlah dari dunia keliru ciptaan kau sendiri! Apa kau fikir dunia ini akan memudahkan segalanya? Berbondong-bondong masalah dihadapan menanti. Kesabaran dan istiqamah itu sukar, namun bagai kau ada pilihan?

Link Terpilih

Blog Widget by LinkWithin