Monday, May 16, 2011

Sampai bila kita harus merasa selesa?

Saya seringkali berfikir tentang pentingnya perdebatan secara terbuka bersama orang bukan Islam dalam konteks kefahaman mereka terhadap Islam. Islam dan penganut Islam di Malaysia sangat berada di dalam keadaan yang selesa, terpelihara oleh Raja dan Perlembagaan (seperti yang didakwa). Maka segala perbincangan berkaitan agama Islam (bersama penganut bukan Islam) secara kritis dan terbuka akan dihalang dan dinafikan. Antara ketakutannya ialah bimbang kesucian agama Islam tercemar, salah tafsir oleh bukan Islam dan alasan yang takut diungkap, kegagalan untuk kita (penganut Islam) menjawab persoalan mereka (bukan Islam).

Sampai bila kita harus berada di dalam keadaan selesa ini? Keadaan selesa yang menjadikan pemikiran kita semakin lesu dek terhanyut oleh mimpi-mimpi palsu. Kita harus sentiasa mencabar pemikiran, melihat Islam lebih dari sekadar buku dan teks-teks lama. Kita harus melihat Islam dari kacamata mereka (bukan Islam) dan kembali menerangkan kepada mereka tentang hakikat Islam. Apa yang berlaku pada kebanyakkan kini, kita menyuap mereka tentang apa yang kita rasa mereka tidak dan perlu tahu. Kemudian jawapan itu lebih kepada perbincangan satu hala. Walhal mereka sebenarnya memerlukan jawapan kepada persoalan-persoalan yang sangat kritikal, dan saya yakin kebanyakkan dari kita akan gagal untuk menjawab soalan-soalan mereka (termasuk diri yang menulis).  

BBC The Big Questions: Is Islam Tolerance? Part 1



BBC The Big Questions: Is Islam Tolerance? Part 2

Link Terpilih

Blog Widget by LinkWithin