Kekayaan Kerabat Diraja Johor



TMJ menyebut di twitter bahawa kerabat Johor kaya disebabkan oleh mereka berniaga sejak sekian lama. Hasil carian di google, berikut merupakan sebahagian perniagaan yang melibatkan kerabat diRaja Johor.
1. Menjual tanah di Johor kepada syarikat asing.
a) Sultan Johor menjual tanah di JB kepada syarikat China, Guangzhou R&F Properties Co Ltd bernilai RM4.5 bilion.
b) TMJ menjual 9.23 hektar tanah di JB kepada syarikat Singapura (Rowsley - pemilik oleh Peter Lim) melalui syarikat yang dimiliki oleh TMJ iaitu Vantage Bay Sdn Bhd (30% kepentingan). Transaksi ini bernilai $358 juta.
2. Konsesi menjual pasir di Johor.
a) Kerabat Johor mempunyai perniagaan menyedut pasir di perairan Johor melalui syarikat Mados Sdn Bhd. Syarikat ini dimiliki oleh Almarhum Sultan Iskandar dengan pegangan 99.95%, manakala baki dimiliki oleh isteri kedua dan anak-anaknya.
Syarikat ini memegang konsesi menyedut pasir di Ramunia Shoal PTD 2346 dan Kukup PTD 2923. Aktiviti menyedut pasir di PTD 2346 diluluskan tanpa mendapat laporan kebenaran dari EIA seperti yang dilaporkan oleh Laporan Audit 2009.
3. Forest City - Pelaburan $100 bilion dari syarikat China
a) Projek pulau buatan sebesar hampir 2000 hektar ini hasil kerjasama syarikat China dan negeri Johor. Syarikat Garden Pacific View Sdn Bhd ditubuhkan untuk menjadikan projek ini sebagai realiti.
b) Syarikat China menguasai 66% peratus kepentingan, manakala pegangan Johor melalui syarikat Esplanade Danga 88 Sdn Bhd pula sekitar 34%.
c) Kumpulan Prasarana Rakyat Johor (KPRJ) menguasai Esplanade Danga 88 hanya 20%, manakala baki oleh Sultan Johor (64.4%) dan Daing A Malek (15.6%). Daing A Malek merupakan "Royal Court Advisor" kepada Sultan Johor dan pernah memenangi jawatan Ketua Bahagian UMNO (Kota Tinggi) pada tahun 2013.
d) Forest City menyasarkan untuk menampung 700,000 penghuni apabila siap sepenuhnya. Majoriti harga rumah melebihi RM 1 juta ringgit per unit. Menurut timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, 93% unit rumah di Forest City telah dijual kepada warga negara dari China.
4. Pemilikan saham Sultan Johor di syarikat milik taikun, Tan Sri Vincent Tan.
a) Berjaya Times Square (10.09%)
b) 7Eleven Malaysia Holdings (15.5%)
c) MOL Accessportal Sdn Bhd (15%)
d) U Mobile Sdn Bhd (15%)
5. Syarikat Power Plant di Johor
a) Sultan Johor memiliki equiti 30% di dalam syarikat SIPP Energy Sdn Bhd, mana kala baki 70% dikuasai oleh YTL Power International. Kemudian, YTL telah meninggalkan konsortium SIPP kerana terdapat salah faham.
b) Syarikat SIPP Energy pernah mendapat kebenaran oleh kerajaan untuk membina Power Plant (1440MW) di Pasir Gudang, Johor. Pada tahun 2014, projek ini dikenali sebagai 4A dan telah dikritik hebat kerana dianugerahkan secara terus kepada konsortium SIPP tanpa melalui proses tender terbuka yang kompetetif.
6. Syarikat keselamatan di Iskandar Malaysia, Johor.
a) Anak Sultan Johor, Tengku Abdul Rahman bekerjasama dengan syarikat Soverus Group yang dimiliki oleh Peter Lim (ahli perniagaan Singapura) akan memberikan servis keselamatan premium termasuk pengawal keselamatan bersenjata dan tidak bersenjata.
b) Kerjasama ini telah menimbulkan kebimbangan apabila melibatkan sejumlah 600 orang yang bersamaan dengan satu batalion tentera dan mereka akan ditempatkan pada kawasan yang strategik. Kebimbangan ini pernah disuarakan oleh Adun Kempas pada 1 Jun 2014 ketika sidang DUN negeri Johor.
Mungkin ada lagi yang aku terlepas pandang. Sekadar perkongsian dan moga bermanfaat.

Comments