Kenapa TAJDID?

OLEH KERANA RAMAI YANG MASIH TIDAK FAHAM MENGENAI TAJDID, MAKA PENULIS AKAN MENULIS SEMULA DENGAN PEMAHAMAN YANG LEBIH MUDAH. HARAP MAKLUM.























Ramai orang bercakap mengenai tajdid, perkataan itu juga sering kali dikaitkan dengan penulis. Namun penulis tidak pasti, yang memanggil penulis dengan gelaran itu faham atau tidak maksud sebenar perkataan itu. Maka itu, penulis coretkan sedikit info moga makalah pendek ini bermanfaat.

Maksud TAJDID

Tajdid berakar umbi daripada sebuah hadis riwayat Abu Hurairah radhiallahu ‘anh, dimana Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: ‘Sesungguhnya Allah membangkitkan bagi umat ini pada awal setiap seratus tahun orang yang mentajdidkan bagi (umat)nya, agamanya.’Hadis yang ringkas ini memiliki tujuan dan maksud yang luas. Syaikh Yusuf al-Qaradhawi hafizhahullah, dalam mengupas hadis di atas, menyebut tujuannya sebagai: “Hadis ini bertujuan membangkitkan rasa optimis pada jiwa kaum muslimin, bahawa agamanya tidak akan pernah mati, bahawa dalam setiap masa tertentu Allah akan mengutuskan orang yang mentajdidkan agama-Nya dan menghidupkan syari’at-Nya.” (ruj: Cabaran di Era Globalisasi Masa Kini, Kapten Hafiz Firdaus)

Tokoh MUJADDID

Sepanjang sejarah, tokoh-tokoh atau gerakan tajdid muncul melaksanakan berbagai usaha dan menghadapi berbagai cabaran. Berbagai-bagai bidang tajdid dilakukan demi kebaikan umat. Khalifah ‘Umar bin ‘Abd al-‘Aziz ialah tokoh tajdid (mujaddid) yang disepakati umat. Kemudian muncul berbagai tokoh lain yang dianggap mujaddid; seperti al-Imam al-Syafi’i (meninggal 204H), al-Imam Ibn Taimiyyah (meninggal 728H) dan lain-lain. (ruj: Tajdid Satu Keperluan Umat, Dr Mohd Asri Zainul Abidin)

Contoh TAJDID

Antara contoh pembaharuan ialah ketika pemerintahan Bani Umaiyah semakin terpesong daripada Islam; maka kedatangan Umar Abdul Aziz adalah membawa satu bentuk tajdid yang besar dari segi politik. Dia membawa semula Islam asal seperti pada zaman Khulafa al-Rasyidin atau seperti zaman Umar al-Khattab daripada segi pentadbiran, politik, ekonomi dan lainnya. Dalam konteks kita; apabila penjajahan Barat bermula dengan Perjanjian Pangkor pada 1874, maka bermulalah penjajahan asing ke dalam masyarakat Islam di Malaysia. Sehingga undang-undang Islam bertukar kepada undang-undang sekular Barat. Ekoran daripada itu, kefahaman masyarakat juga menjadi ‘lebih sekular.’ Dan ia berlaku secara besar-besaran di dalam pentadbiran, pemikiran atau politik. (ruj: Orang Melayu perlukan tajdid, wawancara bersama Profesor Madya Dr Mohamad Kamil Abdul Majid)

PERSOALAN:

Apa kaitan penulis dengan Tajdid?

Penulis merupakan penyokong kepada idea pembaharuan. Namun harus barang diingat, penulis bukan seorang mujaddid.

Mengapa perlu kepada Tajdid?

Ada dua alasan yang penulis fikirkan perlu. Pertama, Imej asal islam perlu kembali kepada wajah asalnya. Salah faham terhadap islam begitu banyak, usaha pembaikpulih harus dilakukan. Kedua, pemikiran lapok dan konservatif yang memenjarakan umat islam dalam kukunnya telah menghalang islam daripada menonjol menjadi agama yang progresif dan membangun agar selari dalam dunia yang serba moden ini.

Tajdid apa diblog ini?

Tajdid fikir. Satu usaha ke arah membuatkan pembaca blog untuk berfikir, bukan untuk menerima secara literal penulisan semata.

Jika ada sebarang persoalan tentang isu Tajdid dan blog ini, harap bertanya. Usah mentertawakan dan menyindir atas perkara yang kita tidak faham!

*serius siot apa yang aku nulis nie.. haha.. makin ramai bmcd yg dah berblog.. giler ah ding dong!

Comments

Anonymous said…
perlu ker bertajdid ni??bukankah segala ilmu telah terbentang luas oleh para2 ulama???fikir-fikir jugak,gerak kerja nyer di mana??
ajim said…
-perlu atau tidak, anda sendiri tau jawapannya..
-gerak kerja? fikirkan sendiri.. anda sendiri tau jawapannya..