Kuiz Ramalan Facebook membahayakan AKIDAH!

Seperti yang aku pernah janjikan, aku dah tanya masalah berkaitan hukum bermain kuiz ramalan di Facebook kepada Ustaz Abu Umair. Berikut merupakan jawapan yang beliau tulis dalam bentuk artikel pendek, moga mereka yang bersungguh-sungguh mempertahankan hal ini dapat menyedari kesilapan..

Kuiz Ramalan Nasib di Facebook

kuiz

Bagi mereka yang mendaftarkan akaun Facebook dan aktif menggunakannya pasti sedia maklum bahawa antara aplikasi menarik di dalam Facebook ialah membuat kuiz. Sesiapa sahaja yang mempunyai akaun Facebook boleh mencipta apa sahaja kuiz dengan hanya mengikuti aturan-aturan yang mudah. Kini, kedapatan lambakan bentuk kuiz yang tersedia dalam Facebook, dan sesetengah pengguna menjadi ketagih dengan kuiz-kuiz ini.

Dari sisi positif, aplikasi kuiz ini boleh dimanfaatkan sebagai satu medium dakwah yang menarik. Iaitu dengan mencipta kuiz-kuiz berbentuk ilmiah dan keagamaan. Sekurang-kurangnya pencipta kuiz boleh mempelajari skill membuat soalan yang berkesan dan pengguna yang menyertainya pula dapat mengulangkaji maklumat-maklumat yang mungkin sudah lama ditinggalkan.

Malangnya, kebebasan mencipta kuiz di Facebook telah disalahgunakan oleh sesetengah pengguna dengan membuat kuiz-kuiz yang boleh mencemarkan akidah dan kepercayaan. Antaranya kuiz horoskop, kuiz ramalan nasib, kuiz ramalan jodoh, kuiz ramalan di mana dan bila anda mati dan lain-lain.

Contohnya, dalam kuiz ‘Singkap Rahsia di Sebalik Nama’, jika seseorang bernama ALI menyertainya, setelah mengikuti aturan ringkas, jawapan yang akan diberikan adalah seperti di bawah:

ALI: 1+3+9=13
1 + 3 = 4

Nombor Rahsia disebalik nama anda ialah : 4

Mereka hanya akan bertindak apabila faham sepenuhnya tentang apa yang sepatutnya mereka lakukan.

Jika anda mengikuti kuiz ‘Singkap Rahsia Nombor Lahir Anda’ pula, dan anda memasukkan sebagai contoh tarikh 1 Januari 1979, maka ramalan yang tertera ialah:

1 + 1 + 1979 = 1981
1 + 9 + 8 + 1 = 19
1 + 9 = 10
1 + 0 = 1
Nombor Tarikh Lahir anda ialah :1
Golongan ini merupakan yang paling jujur dan boleh mempelajari dengan baik teknik diplomasi.

Tidakkah satu kejahilan tentang agama dan kebebalan yang melampau, apabila sikap seseorang insan boleh diketahui melalui ejaan namanya atau susunan tarikh lahirnya? Sejak bilakah Allah Taala menjadikan ejaan nama seseorang dan susunan tarikh lahir sebagai alamat bagi sifatnya?

Malah, terdapat juga kuiz-kuiz yang lebih dahsyat seperti kuiz meramalkan di mana dan bilakah anda mati. Berdasarkan soalan-soalan dalam kuiz seperti ini, saya percaya bahawa orang yang membuat kuiz ini hanya main-main sahaja. Tidak berdasarkan kepada mana-mana teori atau falsafah.

Contohnya, saya menjawab secara rambang satu kuiz bertajuk ‘Di mana kamu mati’. Jawapan yang tertera ialah:

Di Rumah.
Lu mati jatuh dari tangga paling atas ke bawah tanggal 03 Maret 2014.

KEWAJIPAN MEMELIHARA AKIDAH

Berdepan dengan kemunculan tukang ramal dan tukang nujum moden di dalam Facebook, kita sebagai orang beriman wajib mempelajari dan memelihara akidah yang sahih. Agar dapat mengelak daripada kemurkaan Allah, dan membezakan antara hak dan batil.

Ramalan nasib, ramalan kematian, dan ramalan jodoh yang berasaskan kepada kaedah nama, warna kegemaran, dan seumpamanya adalah satu pencemaran dalam akidah Qadha’ dan Qadar. Kerana ilmu tentang perkara ghaib adalah hak mutlak Allah Taala, yang tidak dikongsikan dengan sesiapa pun kecuali yang dikhabarkan kepada rasul-rasulNya.

Allah menegaskan dalam Al-Quran:

عَالِمُ الْغَيْبِ فَلا يُظْهِرُ عَلَى غَيْبِهِ أَحَدًا إِلا مَنِ ارْتَضَى مِنْ رَسُولٍ

Maksudnya: “Tuhanlah sahaja yang mengetahui segala yang ghaib, maka Dia tidak memberitahu perkara ghaib yang diketahuiNya itu kepada sesiapapun. Melainkan kepada mana-mana Rasul yang di redaiNya. (Al-Jinn: 25-26).

HUKUM BERTANYA TUKANG RAMAL

Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam telah melarang umatnya daripada bertemu dengan tukang ramal, apatah lagi mempercayai ramalannya.

Sabda baginda:

من أتى عرافا فسأله عن شيء لم تقبل له صلاة أربعين ليلة

Maksudnya, “Sesiapa mendatangi tukang ramal lalu bertanyakan sesuatu kepadanya, maka tidak diterima sembahyang baginya selama empat puluh malam”. (Direkod oleh Muslim).

Di dalam hadis lain:

مَنْ أَتَى كَاهِنًا أَوْ عَرَّافًا فَصَدَّقَهُ بِمَا يَقُول فَقَدْ كَفَرَ بِمَا أُنْزِلَ عَلَى مُحَمَّد

Maksudnya, “Sesiapa mendatangi tukang ramal lalu mempercayai apa yang dikatakannya, maka dia telah kufur kepada apa yang diturunkan ke atas Muhammad”. (Direkod oleh Ashab Al-Sunan).

Mendatangi tukang ramal bukanlah satu kekufuran atau syirik secara mutlak. Menurut Syeikh Al-Utsaimin, ia boleh dibahagikan kepada tiga katagori.

Pertama: Orang yang datang kepada tukang ramal untuk bertanya ramalan sesuatu, tetapi tidak mempercayainya. Perbuatan ini adalah haram, dan balasannya ialah tidak diterima sembahyang selama 40 hari.

Kedua: Orang yang bertanya tukang ramal, dan mempercayai apa yang diramalnya. Perbuatan ini selain haram, ia menyebabkan jatuh kafir kepada Allah. Kerana mempercayai bahawa tukang ramal mengetahui perkara-perkara ghaib yang merupakan hak mutlak Allah. Ia juga satu bentuk mendustakan ayat-ayat Al-Quran yang menegaskan bahawa ilmu ghaib adalah kepunyaan Allah semata-mata.

Ketiga: Orang yang bertanya tukang ramal kerana maslahah untuk menyelidiki dakwaannya. Supaya dapat dijelaskan pendustaannya atau diambil tindakan terhadapnya. Tindakan ini adalah harus sebagaimana Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam pernah bertanya beberapa soalan terhadap Ibn Shoyyad.

Justeru, sebelum pengguna Facebook menyertai kuiz-kuiz ramalan, pastikan dulu dia termasuk dalam kategori manakah.

SEKADAR MAIN-MAIN

Sesetengah penagih kuiz-kuiz ini mempertahankan tindakan mereka dengan hujah kuiz-kuiz ramalan itu hanyalah satu bentuk permainan merehatkan minda sahaja, tanpa mempercayainya.

Sedarkah mereka bahawa dalam perkara Akidah, kita dilarang menjadikannya sebagai main-mainan dan olok-olokan? Bolehkah akidah tentang qadha dan qadar dijadikan main-mainan? Akidah bahawa Allah sahaja yang mengetahui perkara ghaib boleh dijadikan bahan mainan?

Di samping itu, adakah kita pasti kuiz-kuiz seperti itu langsung tidak memberi kesan kepada akidah pengguna Facebook yang rata-ratanya adalah remaja dan muda-mudi? Bagi saya, kuiz-kuiz ramalan di dalam Facebook adalah satu fitnah terhadap pengguna-pengguna Muslim, terutama mereka yang cetek ilmu agama.

Mereka yang bertanggungjawab mencipta kuiz-kuiz ini, hendaklah bertaubat kepada Allah kerana perbuatan mereka boleh membawa fitnah dan bencana kepada akidah orang Islam lain. Allah berfirman:

إِنَّ الَّذِينَ فَتَنُوا الْمُؤْمِنِينَ وَالْمُؤْمِنَاتِ ثُمَّ لَمْ يَتُوبُوا فَلَهُمْ عَذَابُ جَهَنَّمَ وَلَهُمْ عَذَابُ الْحَرِيقِ

Maksudnya, “Sesungguhnya orang-orang yang menimpakan bencana untuk memesongkan orang-orang lelaki yang beriman dan orang-orang perempuan yang beriman, kemudian mereka tidak bertaubat, maka mereka akan beroleh azab Neraka Jahanam dan mereka akan beroleh lagi azab api yang kuat membakar. (Al-Buruj: 10).


Abu Umair (link)
Madinah, KSA.

Comments

hubahuba said…
artikel yang baik. semoga allah meramaikan lagi orang macam saudara. saya sendiri takde kesanggupan untuk membuat artikel macam ni [probably kurang ilmu + kurang yakin]
ajim said…
oh, bukan artikel saya.. saya amik dari ustaz abu umair.. ada link blog die yg saya letak.. artikel yg lain 2, saya tulis la.. uhuhuu..
zidlan said…
Angkara facebook, rifqa murtad..
Angkara internet

IA sepatutnya cuma satu kes perselisihan biasa keluarga yang bolehberlaku di mana-mana pun, antara anak remaja yang memberontak denganibu bapa yang sekadar menjalankan tanggungjawab mereka. Malangnya,gara-gara campur tangan pihak ketiga yang bermula menerusi internet,pertikaian itu berlanjutan dari rumah ke mahkamah, daripada seorangIslam menjadi murtad.

Inilah nasib pasangan suami isteri Sri Lanka yang menetap di AmerikaSyarikat, Mohamed Bary dan Aysha Risana, selepas anak kesayangan,Fathima atau turut dikenali Rifqa, 17, memeluk Kristian dan lari darirumah.

Dalam insiden Julai lalu, Rifqa Mohamed Bary, meninggalkan keluarganyadi Ohio dan ke Orlando selepas perkenalan singkat dengan sekumpulanmubaligh Kristian, Global Rovolution Church di Orlando pimpinan paderi,Blake Lorenz dan isterinya, Beverly, di laman sembang popular,Facebook. Rifqa kini tinggal di rumah keluarga angkat beragama Kristianitu sementara menunggu kes mahkamah berhubung nasib dirinya, selesai.

Belum pun air mata Mohamed Bary dan Aysha Risana kering selain cercaansebagai ibu bapa zalim, kini mereka berdepan perebutan hak penjagaanRifqa selaku waris yang sah, dengan kumpulan mubaligh berkenaan.

Dalam sekelip mata, kontroversi yang menjadi tumpuan mediaantarabangsa, bualan di alam siber selain mencetuskan perbalahan agamaantara kumpulan Islam yang menyifatkan insiden itu masalah keluargayang dimanipulasi pihak tertentu, manakala pertubuhan Kristianmenganggapnya isu kebebasan beragama dan bukti betapa 'perang suci'Kristian-Islam semakin ketara.
zidlan said…
Tidak ramai menyedari, di sebalik tuduhan dilemparkan, hakikatnyakeadaan masih terkawal kerana toleransi masyarakat Islam Amerika yangtidak mudah melatah dengan kejadian itu. Bayangkan keadaan yang pastilebih buruk jika Rifqa adalah remaja Kristian yang melarikan diri kerumah pendakwah Islam yang mungkin disusuli tunjuk perasaan sertatuduhan jenayah culik.

Apa dikesali, kejadian itu bukan lagi bertumpu kepada keluarga yangkehilangan anak serta kesalahan jenayah pasangan mubalighmenyembunyikan gadis bawah umur selama tiga minggu, tetapi cubaan jahatpihak tertentu menonjolkan Mohamed Bary dan Aysha sebagai ibu bapakejam yang mahu membunuh Rifqa atas alasan ‘pembunuhan bermaruah,’biarpun seperti kenyataan polis Columbus, Ohio, menyatakan tiada buktibagi menyokong dakwaan itu.

Malah jika dilihat, ada dua versi berbeza mengenai kemelut diri Rifqaini iaitu beliau murtad selepas berkawan baik dengan pasangan mubalighGlobal Revolution Church yang ditemui di Facebook, manakala versi lainpula mendakwa Rifqa murtad lebih setahun lalu selepas berkawan rapatdengan anggota kumpulan gereja itu di sekolahnya.

Namun dalam kebanyakan laporan, termasuk kecaman media tempatan yangmempertikaikan peranan mubaligh itu yang menyebabkan Rifqa murtad danlari dari rumahnya. Jika tidak, mana mungkin remaja yang biarpunberusia 17 tahun tetapi bentuk tubuhnya yang kecil menyamai gadis 13tahun memperoleh tiket bas yang membawanya ke rumah Blake.

Hanya selepas tiga minggu, barulah Blake memaklumkan keluarga Rifqamengenai kehadiran remaja itu di rumah mereka. Belum pun reda kejutanitu, ibu bapa Rifqa hanya mampu beristighfar melihat kemunculan anakgadis mereka di internet yang dalam dakapan Blake, menangis danmendakwa diugut bunuh oleh ibu bapanya yang marah dengan tindakannyamendekati Kristian.

“Ayah mahu membunuh saya atau mungkin menghantar saya pulang ke SriLanka, ke rumah khas untuk orang murtad seperti saya,” katanya berulangkali, seolah-olah melontarkan skrip atau dialog disediakan pihak ketiga.

Rifqa mendakwa dirinya bakal menjadi mangsa ‘pembunuhan bermaruah’ yangdilakukan segelintir masyarakat Muslim di pedalaman Pakistan danbeberapa negara Arab yang lebih mengutamakan adat daripada mematuhiperaturan sebenar Islam.

“Saya sedih melihatnya. Dia bukan seperti Rifqa yang saya kenali.Fikirannya sudah diracuni pihak lain,” kata Mohamed Bary yangmenyangkal tuduhan anaknya.

Peguam Mohamed Bary, Craig McCarthy berkata, keluarga Rifqa amatterkejut dengan dakwaan gadis itu kerana hakikatnya baik ibu mahu punbapanya bukanlah jenis zalim. Buktinya, Rifqa selama ini bebasmelakukan apa saja, termasuk memakai skirt dan menyertai pasukan sorakyang tidak mungkin dilakukan gadis Muslim yang berasal dari keluargaalim.

Timbul persoalan, mungkinkah beliau diajar Global Revolution Churchsupaya menggambarkan kezaliman Islam dan ibu bapanya? Tanpa rasa takutBlake secara terang-terang membuat pengakuan kepada wartawan beliauyakin tindakannya itu sebahagian ‘perang suci’ memerangi Islam.

“Ini adalah saat-saat akhir, detik di hujung zaman. Konflik Kristiandan Islam ini akan terus berleluasa. Konflik antara yang baik dansyaitan ini akan semakin ketara,” kata Blake, seperti dilaporkan media

dipetik dr forum cari
ajim said…
oh, trimas atas komentar..