SIS & Sebatan Syariah

1. Baru-baru ini, 3 orang wanita Islam disebat atas kesalahan moral iaitu berzina. Mahkamah menjatuhkan hukuman sebat ke atas mereka dibawah Seksyen 23(2) Akta Kesalahan Jenayah Syariah Wilayah Persekutuan 1997 (Persetubuhan Haram). Hukuman sebat tidak melebihi enam kali adalah satu daripada hukuman yang diperuntukkan di bawah bidang kuasa Mahkamah Syariah, di samping hukuman penjara tidak melebihi tiga tahun dan denda tidak lebih RM5,000.

2. Berita ini telah mendapat reaksi bantahan dan pertikaian oleh NGO seperti Sister in Islam (SIS) yang menyatakan bahawa tindakan merotan ini mencabul hak sama rata dan tiada diskriminasi yang dijamin oleh perlembagaan. Majlis Peguam juga memberikan reaksi yang sama terhadap isu ini. Isu sebat ini timbul rentetan daripada isu sebatan syariah kepada Kartika Sari Dewi kerana didapati bersalah meminum arak. `


3. Satu perkara penting yang semua wajib faham ialah, sebatan syariah berbeza dengan sebatan sivil. Sebatan sivil berbentuk hukuman yang boleh mendatangkan kecedaraan yang serius, manakala sebatan syariah umpama sebatan seorang ayah terhadap anaknya. Tiada kecederaan yang serius dan menakutkan akan berlaku.

Sebatan sivil

4. Executive Director SIS yang baru, Dr Hamidan Marican pernah menyatakan bahawa sebatan syariah kepada Kartika Sari Dewi sebagai 'extreme' dalam wawancaranya bersama Deborah Loh di The Nut Graph. Beliau menyatakan,

"Kartika's case is a problem where certain behavioural codes or requirements are codified and turned into crimes against the state. Islam is a religion of compassion. There are 107 verses in the Quran that talks about compassion and forgiveness, clearly indicating that God views us as mortal beings who are bound to make mistakes. And He's given us space to reflect and reform.

The syariah maximum sentencing provision of 3-5-6 [three years' jail, RM5,000 fine, and six strokes of the cane], is only a guide and should only kick in if you are a repeat offender who is causing harm to others. There is no evidence that Kartika was causing harm to others, so why the extreme punishment?

The situation that has emerged shows that many Muslims seem to confuse the concept of syariah with the content of syariah. The concept refers to syariah being a "path" or a body of law based on the Quran. The content, however, is the outcome of human interpretation. As such, interpretations will differ as we are mortal beings. Hence we see many schools of thought and law in Islam.

My invitation for dialogue and discourse is to examine this very content. Dialogue must involve all stakeholders, not just ulamak and scholars, using the same rigour and intellect used by earlier ulamak. Dialogue must also keep in view the current constitutional provisions, gender perspective, universal human rights, equality at large and the lived realities of today. We must ensure that we leverage the diversity of thought that has been a common thread in Islam."

Penulis tidak pasti, Dr Hamidah sedia maklum atau tidak tentang terdapat perbezaan ketara diantara kaedah sebatan syariah dan sivil. Namun, jika sedia maklum tetapi masih menganggap sebatan syariah sebagai satu hukuman yang 'extreme', maka ini satu keajaiban.

5. Jika dalam sebuah parti politik, terdapat peraturan dan undang-undang yang perlu dipatuhi, maka agama juga begitu. Hukuman terhadap mereka yang melanggar peraturan juga satu hal yang biasa, hatta sistem persekolahan juga terdapat hukuman bagi murid-murid yang melanggar peraturan sekolah. Ya, hukuman sebat.

6. Semak sahaja dalam mana-mana peradaban dunia, peraturan dan hukuman adalah satu perkara normal bagi mengawal manusia. Agama Islam, satu bentuk sistem lengkap kehidupan pastinya juga terdapat peraturan yang perlu dipatuhi. Hukuman dalam Islam adalah satu bab yang kecil sahaja, dan ia hanya melibatkan orang yang bersalah. Jika yang bersalah rela dan redha atas hukuman yang diterima, tetapi kenapa mesti ada 'lebih sudu dari kuah'?

Comments

dnasura said…
ajim, baru sy tahu sebat bagi keduanya adalah berbeza, thanx for this info. sangat berguna :)