BANGSA JOHOR PERNAH MENENTANG & MELUCUTKAN TAHTA SULTAN MELAYU

1.       Wakil British bagi rundingan Malayan Union, Sir MacMichael tiba melawat negeri Johor dahulu atas sebab yang sangat jelas kerana Johor merupakan negeri terkaya dan Sultan Johor (Sultan Ibrahim ketika itu) merupakan ciptaan pihak British.



2.       MacMicheal memberi masa Sultan Ibrahim semalaman untuk membaca surat  perjanjian (Malayan Union) sementara dia menunggu di rumah tamu.

3.       Setelah membaca surat perjanjian itu, Sultan Ibrahim tidak memaklumkan kepada Council of Ministers atau mana-mana badan perundangan di Johor tentang kandungan perjanjian itu dan selepas dua hari baginda terus menandatangani surat perjanjian itu.

4.       Tidak lama selepas itu, pada 3 Dec 1945, Sultan Ibrahim secara tergesa-gesa pergi ke negara yang dicintainya iaitu England.

5.       Selepas Sultan Ibrahim bersetuju dengan perjanjian Malayan Union, Sultan lain turut bersetuju dengan perjanjian ini. Hampir semua Sultan Melayu tidak senang dengan perjanjian ini (kecuali Sultan Ibrahim), malah Sultan Kedah ketika itu menyatakan “masa yang paling menyedihkan dan menyakitkan dalam hidupnya.”

6.       Namun hakikatnya, mereka menyerahkan kuasa dan kedaulatan Tanah Melayu kepada British dengan mudah sekali dan hanya dalam tempoh 71 hari, semua negeri Melayu jatuh kepada British.

7.       Penasihat Sultan Ibrahim, Dato’ Onn Jaafar hanya tahu tentang hal ini apabila Sultan selesai menandatangai perjanjian Malayan Union dan telah mengkritik keras perbuatan Sultan Ibrahim kerana menurut beliau tindakan ini akan menyebabkan kuasa negeri akan hilang dan diperintah oleh British yang berpusat di Kuala Lumpur.

8.       Beberapa orang Melayu Johor yang diketuai oleh 7 orang anak kelahiran Muar seperti Datuk Abdul Rahman Yassin (Pegawai Kewangan negeri Johor), Hj Hassan Yunos (Mufti Johor), Cikgu Kosai Saleh, Dr Awang Hassan (kemudian menjadi Gabenor Pulau Pinang), Cikgu Ahmad Sulaiman, Cikgu Supiah Sulaiman, dan Sulaiman Abdul Rahman mengetuai gerakan menentang perbuatan Sultan tersebut.

9.       Oleh kerana Sultan Ibrahim sudah berada di London, mereka menghantar telegram kepada baginda yang berbunyi;

“Berdasarkan alasan-alasan diatas (menyerahkan Johor kepada British), kami orang-orang Melayu di Johor Bahru sebulat suara memutuskan untuk tidak lagi menerima Tuanku sebagai Sultan di negeri ini.”   

10.   Setelah menerima telegram tersebut yang mengancam untuk melucutkan tahta Sultan miliknya, baginda (dan Sultan Kelantan) mengubah minda untuk tidak menyokong Malayan Union. Sultan Ibrahim menulis surat kepada Colonial Office dari rumahnya di London dengan membawa maksud menarik balik tandatangan sokongan terhadap Malayan Union.


11.   Setelah para Sultan mengubah sokongan mereka, barulah mereka diterima kembali dalam masyarkat Melayu, tetapi peranan mereka telah berubah. Mereka bukan lagi menjadi pusat kepada politik dan identiti Melayu. 

sumber rujukan:
- Kajian oleh Hans Antlov bertajuk Rulers in Imperial Policy Sultan Ibrahim Emperor Bao Dai dan Sultan Hamengku Buwono IX (Imperial Policy & Southeast Asian Nationalism (2013)
- terjemahan bahasa melayu banyak di rujuk di dalam Buku Antara Dua Darjat: Agihan Pendapatan di Malaysia ditulis oleh Dr Muhammed Abdul Khalid.

Comments