Kartunis Zoy dan Berita Harian tiada Sensitiviti?


Hari ini (13/3/2011) kecoh dengan isu berkenaan kartunis Zoy dan Berita Harian yang dikatakan tidak sensitif dengan perasaan rakyat Jepun apabila menyiarkan kartun seperti diatas. Lukisan kartun berkenaan berkisar watak Ultraman yang sinonim dengan masyarakat Jepun yang sedang cemas melarikan diri daripada ombak tsunami. Isu ini semakin menjadi hangat apabila ia mula mendapat perhatian media antarabangsa seperti CNN. Sila rujuk link ini.

Isunya kelihatan amat berat, berkisar sensitiviti. Namun, terdapat persoalan yang timbul, dibahagian manakah pada kartun itu yang dikatakan tiada unsur sensitiviti? Apakah watak kartun Ultraman yang sedang berlari daripada ombak tsunami itu menghina rakyat Jepun? Ataupun mungkin watak kartun itu tidak sesuai, wajar ditukarkan kepada watak Naruto atau Doraemon? Atau mungkin disebabkan kartun ini dikeluarkan di Berita Harian, maka ia amat menghina dan sangat tidak sensitif!

Ruangan kartun kelolaan kartunis Zoy di Berita Harian acapkali sinis dalam penyampaian. Memang normal untuk kita melihat para kartunis yang acapkali melukis dalam bentuk penyampaian yang berbentuk sinis, kadangkala ia sukar pula untuk ditafsirkan. Namun kartun yang dilukis oleh kartunis Zoy tidaklah sebegitu sukar untuk difahami, bahkan tidak pula memerlukan kita untuk mendapatkan segulung ijazah. Semua orang sedia maklum, watak Ultraman amat sinonim dengan Jepun dan sudah pastinya watak itu mewakili negara Jepun dengan kemegahannya sebagai kuasa besar bukan sahaja di Asia bahkan dunia. Ombak tsunami yang sedang 'mengejar' Ultraman itu tidak perlu kepada terjemahan. Jelas ia bencana alam, atau lebih tepat kuasa TUHAN. Bukankah mesej yang disampaikan cukup jelas? Ultraman sedang 'cemas' dilanda tsunami. Jika masih tidak jelas, Jepun sedang dilanda ombak tsunami! Kartunis sedang memberikan gambaran sebenar keadaan di Jepun dalam bahasa seorang kartunis.

Jika anda mahu kepada ulasan atau terjemahan maksud kartun itu yang lebih mendalam dan sinis, boleh sahaja. Begini, watak Ultraman bukan sahaja melambangkan Jepun dengan kemegahannya, namun ia melambangkan juga kuasa manusia yang dikira 'sangat hebat' dengan pelbagai kejayaan membangunan teknologi-teknologi baru tetapi akhirnya terpaksa akur dengan MAHA hebat kuasa penciptanya. Setinggi mana kejayaan manusia atau mana-mana negara, akhirnya ia perlu tunduk dengan kekuasaan Tuhannya. Cukup positif bukan mesejnya?

Mungkin selepas ini ada yang menuduh penulis juga tiada sensitivi bahkan biadap! Sebelum menuduh penulis sebegitu, tolong jelaskan bahagian mana pada kartun itu yang dikatakan menghina dan biadap terhadap mangsa-mangsa tsunami di Jepun?

Kadangkala penulis terfikir, kita tiada sensitiviti atau terlebih rasa sensitif?

Comments

kyo_9 said…
Tiada masalah bila yg beragama Islam melihat kartun tersebut.. Tp bila di lihat orang Jpon, mereka melihat kartun ni jelas memperbodohkan budaya mereka.. Tulah realiti nya.. Kartunis tuh mungkin dah belajar satu oengajaran yakni jgn masuk campur hal negara lain kerana perkara nih boleh memalukan negara bila masyarakat dunia @tersalah tafsir" niat murni yg ingin kartunis tu sampaikan..
Anonymous said…
saudara,

izinkan saya berkata2 di sini. saya seorg pelukis amatur. juga seorg pekerja yg bekerja di jepun. pada 11hb saya juga mengalami gegaran gempar bumi dan melihat sendiri kesan2 dr bencana yg berlaku di sekeliling saya.

saya juga ade melihat kartun zoy itu sebelum ini. melihat sahaja kartun tersebut terus saya berase sedih. saya sedih kerana tidak sangka media malaysia membenarkan kartun sebegini dterbitkan.

ingin saya memberitahu pendapat saya kpd saudara,
tidak kesah lah apa yang difikirkan oleh pelukis ketika melukis. yang penting ialah apa yg difikirkan oleh pembaca yg melihat lukisan itu.

pelukis zoy terkenal dgn lukisan satu panelnya dan melukis sesuatu yg senang difahami oleh pembaca pembaca yg terdiri drpd rakyat biasa adalah tugas utama beliau.

jadi apa yg dilukiskannya mestilah memenuhi harapan(pemikiran) pembaca terhadap lukisannya. bukannya sesuatu lukisan yg mempunyai pelbagai makna seperti apa yang saudara ungkapkan.

dan apa yang boleh dilihat di lukisan ini nyatalah sesuatu yang sinis. saya rasa kebanyakan rakyat jepun dan rakyat serata negara akan mengatakan lukisan ini amat sinis. ini kerana ianya seperti mengejek 'jepun yg selama ini amat berbangga dgn teknologinya akhir nya tumpas kepada tsunami.'

cuba saudara pergi berjumpa anak ketua kampung saudara yg baru kehilangan ayahnya dan beritahu 'akhirnya ayah anda meninggal juga ya'. apakah tiada suara sinis disitu??

ingin juga saya beritahu bahawa di jepun menjaga sensitif org lain adalah budaya mereka. seperti saudara makan dengan tangan kanan (jika saudara seorg melayu).

contohnya seperti video tsunami yg ditunjukkan di televisyen. sumuanya tiada langsung video org yg mati mahupun yg diseret ombak tsunami(malah gambar mayat selepas tsunami pun tidak ada).

contoh lain pula ialah pada saya sendiri. saya masuk ke dalam syarikat jepun pada april tahun lepas. selang seminggu selepas itu mereka membuat jamuan makan bersama. mereka tahu saya tidak makan daging tidak halal jadi jamuan utk 50 org dibuat di sebuah kedai seafood hanya kerana saya sahaja. inilah yg dikatakan dgn menjaga sensitiviti. belajar dulu ttg sesorg dan berfikir dahulu sebelum bertindak.

apa yang saya lihat di dalam lukisan zoy ini ialah dia langsung tidak belajar ttg jepun dan langsung tidak peke dgn keadaan yang melanda. pendek kata tidak belajar dan berfikir sebelum melukis.

maaf kerana menulis dgn panjang.
saya cuma berharap perkara ini tidak berulang sahaja. nanti jika ada seorg pelukis yg bernama ah choi melukis pahlawan melayu yg bersampin dan berkeris berkial kial dikejar ombak jgn melenting pula.
ajim said…
terima kasih atas komentar.
Anonymous said…
saudara...

saya merupakan bekas pelajar tajaan jpa ke jepun di bawah dasar pandang ke timur.. walaupun saya rasa bersyukur kerana saya tiada di sana waktu kejadian tapi saya turut merasa sedih bila mendengar jepun di landa gempa bumi dan tsunami yang dasyat.. sebagai seorang yg pernah merantau ke sana.. belajar budaya mereka saya rasa amat sayu melihat keadaan di sana sekarang.. hati saya bertambah sedih bila melihat kartun zoy dan kesedihan saya bertambah parah bila membaca blog saudara... memang benar mungkin ada maksud tersirat yg cuba disampaikan pelukis... sehebat mana pun teknologi ciptaan manusia pasti tak mampu melawan kekuasan Yang Maha Esa... saya ingin menjawab soalan saudara dimanakah dikatakan menghina dan biadap terhadap mangsa-mangsa tsunami di Jepun? tidak kah saudara sedar atau tahu selalu nya kartun dikaitkan dengan bahan humor atau bahasa mudahnya bahan lawak? jarang rasa nya org menangis melihat atau membaca kartun.. jadi sudah pasti bila rakyat jepun melihat kartun ini merasakan kesusahan mereka dijadikan bahan lawak oleh rakyat malaysia...
maaflah kalau saya terpaksa mengatakan saudara memang biadap... saya sedih dengan kebiadapan saudara.. dalam keadaan mangsa tsunami berusaha meneruskan kehidupan ada juga pihak seperti pelukis dan saudara yang melukis dan menulis tanpa memikirkan kesengsaraan orang lain... nak berdakwah biarlah kena tempat nya... islam mengajar kita cara berdakwah secara berhemah bukan cara ini... jangan sampai orang bukan islam hilang hormat pada kita umat islam bila melihat kartun ini dan membaca kenyataan saudara..
pikir-pikirkanlah saudara.. kerana pulut santan binasa....