Antara TAJDID dan POLITIK

Member2 aku sekarang suka bebenar melabelkan aku dengan dua benda ni, TAJDID dan juga POLITIK. Kdang2 rasa kelakar, apalah yg diorg suka sangat melabel aku dengan dua gelaran ni. Secara jujur, memang niat aku nak promosikan perkataan tajdid pada member2 aku. Walaupun bdk2 ni mula2 blur2 xfhm maksud tajdid, akhrnya diorg faham jugak walaupun faham dalam konteks yg umum. Apa yang diorg faham tajdid adalah baru/perubahan/reform. Okaylah 2, sekurang2nya diorg faham walaupun masih xjelas pada apa mesej yang cuba aku sampaikan melalui perkataan 2. Aku sebenarnya peyokong pada tajdid yang meliputi bidang agama dan politik (yg lain2 aku sokong gak, cuma yg utama 2 bidang ni la..) Arus TAJDID sekarang ni amat mendesak, kalau kita tidak melakukan tajdid, maka dikhuatiri umat islam akan terus tertinggal dan lari jauh dari agama islam yang asli tanpa ada campurtangan manusia. Imej umat islam jugak aku rasa perlu dilakukan perubahan, kadang2 aku tgk pengisiannya masa lesu je.. seolah-olah islam tu macam dah tak releven pada zaman moden ni. Padahal islam sangat progresif dan fleksible, cuma manusia ni seringkali pandang islam pada kacamata yg jumud. Imej islam sekarang yg tertonjol adalah seperti agama yg menghukum.. ini tak boleh.. ini haram.. Padahal dalam islam banyak yg tak haram, yg ditonjolkan benda2 yang haram je.. Oleh itu TAJDID penting untuk dilaksanakan dalam memperbaiki pemahaman org islam dalam agama mereka..



Apa yang aku buat sekarang, kdg2 member aku nak kaitkan dengan politik. Aku tgh dengar ceramah agama diorg kata aku tgh berpolitik, aku tgh baca paper diorg kata aku tgh berpolitik juga. Semua benda yang aku buat nak dipolitikan, nasib baik kalau aku masuk jamban diorg tak kata aku berpolitik gak.. haha.. Aku kadang2 tak faham, pemikiran kita ni sempit sangat. Takkanlah bila kita ni amik tahu perkembangan isu semasa kita dituduh seorg yg gila politik? C’mon la wei.. Kita bukannya budak sekolah menengah, takkan nak amik tau just sport and entertaiment je.. Isu semasa ni sesuatu yang penting untuk kita amik tau, benda2 macam ni lah yang mampu menjadikan kita mahasiswa yang mampu berfikir. Bukan sekadar amik tak kisah, kita ni bukan bangsa yang berjaya.. kita ni bangsa yang akan sentiasa “terancam”, tapi ancaman bukan dari anasir luar, tapi dari sikap diri kita sendiri! Sikap ni lah ancaman terbesar umat islam! (aku serius nie..)


Satu benda lagi, aku bukan penyokong Anwar Ibrahim (AI). Aku tak pernah pun mendaftar jadi mana2 ahli parti politik. Kalaulah aku defend AI dalam satu2 isu, tak bermakna aku akan sokong dia dalam semua benda.. Kalaulah benda tu fitnah dan tak betul tentang AI, takkanlah aku nak percaya? Mestilah aku defend AI.. Aku anggap diri aku ni berdiri atas fakta dan bukti, aku hanya akan menyebelahi mana2 pihak yg bercakap berdasarkan fakta dan bukti. Bukan sekadar cakap2 politik, sedap berbunyi.. habuk pun tarak.. Aku org yang tak ada prinsip? Tak setia pada yang satu? Orang politik dan orang agama itu bukannya maksum, so aku rasa tak perlu nak taksub pada mana2 individu atau parti mahupun jemaah.

**Posting paling serius dari aku.. haha..

Comments