Siapa penganti SS Mufti Perlis?


Akhir bulan ini, maka berakhirlah tugas SS Dr Mohd Asri Zainul Abidin (Dr MAZA) selaku Mufti Perlis. Hampir 2 tahun memang jawatan ini, pelbagai isu yang telah dibangkitkan oleh dr maza. ada yang digemari kawan, dan ada yang dibenci lawan. kini timbul plak persoalan, siapa yang bakal menggantikan tempat SS dr maza? menurut laporan akhbar online malaysiakini dan mstar, kerusi panas ini mungkin akan digantikan oleh sahabat dr maza sendiri iaitu Dr Azwira, pensyarah di UKM atau Dr Juanda Jaya, bekas naib Mufti Sarawak. apa2 pun, perkara ini masih belum diputuskan secara rasmi, ia terletak dibawah kuasa Raja Perlis.


menggantikan kerusi Mufti Perlis merupakan satu cabaran yang sgt hebat, ini kerana dr maza telah meletakan kerusi Mufti Perlis sebagai kerusi yang menjadi tumpuan masyarakat. masyarakat mula melihat peranan mufti lebih aktif, suara2 org agama mula kedengaran dalam memberikan pandangan agamanya dalam perlbagai isu. bukan hanya dalam konteks agama, tapi dalam juga konteks isu semasa spt politik dan juga ekonomi.

petang semalam aku berkesempatan melihat perbahasan diparlimen, maka aku telah mendengar perbahasan kurang “cerdik” oleh seorang YB yang menyatakan kebimbangan terhadap tulisan2 orang agama dan juga mufti dalam surat khabar. aku terfikir, kenapa begitu sempit pemikiran seorang YB yang tidak memahami tugas seorang ulama’? adakah dia fikir ulama’ hanya layak bercakap soal hukum shj? ini haram dan itu halal? hai YB berfikrah melayu tulen, sempitnya pemikiran YB.. jika aku pengundi ditempat anda, maka dukacita aku memilih YB sebagai pemimpin.


aku mengharapkan kerusi yang bakal terisi nanti akan diisi oleh tokoh agama yang sama fikrahnya dengan SS dr maza, berfikiran kritis dan matang. kita memerlukan seorang mufti yang berani bersuara, bukan hanya sekadar dikenali sebagai pembaca doa dimajlis2 yang dihadiri oleh “org besar”. maka rakyat pun tidak mengenali siapa mufti mereka. walaupun ada suara2 sumbang terhadap manhaj yang dipegang oleh dr maza, kita lupakan shj pandangan ini. selama ini kebanyakan mereka pun hanya pandai mengangguk, sukar sungguh utk menggelengkan kepala, apatah lagi bersuara..

lawati laman web SS Dr MAZA: http://www.drmaza.com

Comments