OBAMA: Untung & rugi umat ISLAM


Mungkin aku agak terlewat sket untuk bagi komen tentang kemenangan Mr Obama dalam piliharaya US baru2 nie.. Aku dah baca beberapa komen tokoh2 besar dunia, masing2 memberikan komen2 yg positif.. Terutamanya masyarakat islam yg memandang Obama sebagai harapan baru mereka.. Aku taknak komen tentang kemenangan Obama yg semestinya didokong oleh pelobi yahudi, 2 sememangnya menjadi syarat wajib utk menjadi Presiden US.. Tapi aku rasa lebih baik kalau kita lihat dalam konteks yg mana lebih kurang memudaratkan umat Islam.. McCain semua dah tau hanya meneruskan kesinambungan corak pemerintahan G. Bush, menyokong kewajaran perang di Iraq..
Aku ada beberapa fakta menarik tentang Obama yg aku jumpa dlm beberapa sumber yg aku percayai.. Fakta menarik ini perlu kita umat islam renungkan dan fikir kemana arah tuju kita dalam corak pemerintahan polis dunia yg telah bertukar pemerintahnya..


Petikan dari blog Ustaz Maszlee Malik (Pensyarah UIA):

1) Di kalangan calon2 Presiden AS (pre-penentuan calon Republik dan Demokrat), beliau seperti yang lain2 amat komited dgn isu Israel. Namun, menurut Mearshmeimer dan Walt (2007) di dalam ‘Israel Lobby and US Foreign Policy’, kenyataan beliau merupakan yang paling sederhana.(Tapi tetap komited di dalam menjaga isu keselamatan Israel).
2) Joe Biden yang merupakan pengerusi U.S. Senate Committee on Foreign Relations, telah dipilih untuk menjadi naibnya. Biden di dalam wawancara Shalom TV (TV kabel Zionis) pada tahun 2007 telah mengatakan ““I am a Zionist. You don’t have to be a Jew to be a Zionist.” lihat: http://uk.youtube.com/watch?v=yAZmO80dLfE
3) Obama juga bukanlah ancaman kepada Israel menurut analisis di akhbar Haarezt, Israel. (lihat: http://www.haaretz.com/hasen/spages/1033949.html)
4) Beliau juga telah mendapat lampu hijau dari mantan pengerusi World Jewish Congress yang pro-Zionis, Edgar Bronfman. (lihat: http://www.haaretz.com/hasen/spages/1033267.html)
5) Beliau juga mempelawa Rahm Emanuel untuk menjadi ketua kakitangan Rumah Putih. Rahm yang dikenali ramai sebagai pro-perang Iraq di dalam parti Demokrat. Pada tahun 2006, beliau telah melakukan kempen di dalam pemilihan Democrat untuk menjatuhkan golongan anti-perang di dalam parti tersebut. (lihat: http://www.jwharrison.com/blog/2008/11/06/who-is-rahm-israel-emanuel/).
Eamnuel juga anggota aktif di dalam AIPAC dan telah berjaya menjayakan lobi pertubuhan tersebut untuk menjatuhkan Paul Findley, ahli kongress Republican yang lantang mengkritik dasar AS terhadap Israel. Beliau juga telah mengiringi Obama untuk memberikan ucapan di AIPAC Policy Conference, dan telah menyatakan sokongan terbuka kepada Obama selepas ucapan tersebut. (lihat: http://www.observer.com/2008/emanuel-endorses-obama-after-aipac-speech)
6) Obama juga menyenaraikan Colin Powell untuk kembali sebagai setiausaha luar AS. Bukankah Powell yang telah menipu di UN untuk menjustifikasikan peperangan ke atas Iraq?
7) Menurut laporan National Election Pool USA, Sebanyak 43 % pengundi kulit putih telah memilih Obama, manakala 55% memilih untuk mengundi McCain. Di kalangan Kulit Hitam pula, 95% memilih untuk mengundi Obama, manakala 4% sahaja yang memilih McCain. (http://news.bbc.co.uk/1/hi/world/americas/us_elections_2008/7709852.stm)
Persoalannya, siapakah yang lebih bersikap perkauman? kulit putih atau kulit hitam?
Oh ya, Hispanic sebanyak 66% memilih McCain dan 31% sahaja yang memilih McCain. Menurut statistik Financial Times (6/11/2008), 77% dari kalangan Yahudi di AS memilih Obama.
9) Ironiknya, golongan Kristian Evangelis yang pro-Zionis pula hanya memberikan lebih kurang 25% undi kepada Obama, dan memberikan lebih 70% kepada McCain. Apakah signifikannya undi tersebut? (http://news.bbc.co.uk/1/hi/world/americas/us_elections_2008/7709852.stm)

Petikan dari blog Ustaz Zaharuddin (Pakar Fiqh Kewanagan Islam):

Di samping seluruh andaian dan ramalan tersebut, saya terpaksa menyatakan lega dan agak gembira apabila semalam (17 Nov 2008) apabila Obama muncul buat kali pertama dalam interview di sebuah stesyen television dan disiarkan di seluruh United Kingdom bahawa beliau akan :-
1) Menamatkan perang di Iraq dan mengundurkan semua tenteranya yang berada di sana DALAM MASA 16 BULAN lagi. Saya lega kerana umat Islam di Iraq kini akan berpeluang bebas dari kezaliman tentera US di Iraq yang berterusan setiap saat dan minit.
2) Menutup penjara Guantanamo yang penuh dengan penderaan. Apa itu Guantanamo ? ia adalah berikut
The Guantanamo Bay Naval Base, established in 1898, surrounds the southern portion of the bay. Since 2002 the base has hosted a detainment camp for suspected militant combatants from Afghanistan and from around the world, but specifically not for captives taken in Iraq, who qualify for POW status. ( wikipedia.org)
Dengan pengunduran daripada Iraq ini, saya amat juga berharap agar penjara Abu Gharib di Iraq yang menjadi tempat penderaan seksual terhadap tahan Islam lelaki dan wanita, siksaan mental dan fizikal umat Islam juga bakal ditutup. Apa itu Abu Gharib?
The Abu Gharib prison (Arabic: سجن أبو غريب‎; also Abu Ghurayb) is in Abu Ghraib, an Iraqi city 32 km (20 mi) west of Baghdad. It became internationally known as a place where Saddam Hussein’s government tortured and executed dissidents, and later as the site of Abu Ghraib torture and prisoner abuse scandal where the United States military’s torture of Iraqi detainees was revealed in a series of photographs published in worldwide news media. ( wikipedia.org)
Sebahagian yang dinyatakan terbuka ini telah sebelum ini tercatat di manifesto webnya.
Namun kini ia disebut dengan maha jelas dalam berita semalam.
Saya tahu dan faham, anda boleh mengandakan pelbagai idea canggih di sebalik kenyataan Obama ini. Anda juga pastinya akan skeptic dengan rancangannya dan pasti akan menjangka US akan menguasai Iraq secara diplomatik pula dan lain-lain. Namun, saya tetap merasa sedikit lega dengan kenyataan pengunduran itu.
Kesimpulannya, setakat ini ada sedikit kelegaan dalam janji dan kenyataan media terbaru Presiden Obama ini. Adapun yang bakal menjelma, sama-sama kita lihat, nilai dan doa agar ia tidak merupakan bala buat Islam dan dunia.
Saya juga bukanlah pakar politik antarabangsa yang bijak menganalisa berita dan kenyataan. Justeru, anda tidaklah terikat sama sekali untuk menyokong entry ini atau menolaknya. Sebagai orang awam, saya rasa agak gembira.

Aku secara peribadi pun rasa Obama nie lagi Ok dari Mc Cain, sebab dia pun rasanya ada sket2 asas islam.. Aku rasa dlm hal ni, kita terpaksa gunakan konsep “ambil yg kurang memudaratkan dari yg jelas memudaratkan”..

Comments