BOIKOT: Rasional @ Emosional?



BOIKOT!! BOIKOT!!

Bertalu-talu media massa memainkan isu nie.. kekejaman rejim zionis laknat bebenar menimbulkan kemarahan umat islam diseluruh dunia.. namun seperti biasa, hanya mampu marah.. bercakap tentang kemarahan, maka ramai umat islam bercadang untk memboikot produk2 yahudi dan US sebagai tanda protes.. cadangan ini merupakan suatu yg amat dialu-alukan, tanda umat islam prihatin terhadap isu di palestin.. aku sendiri secara dasar amat2 bersetuju tentang cadangan nie.. diulangi, secara DASARnya.. namun bagaimana perlaksanaannya dalam konteks negara Malaysia dan dunia umumnya?

Aku sangat tidak bersetuju bila kita nak bantu org lain, kita terpaksa memudharatkan org lain yg tak bersalah.. aku amik contoh mudah, ramai yg suruh kita boikot fastfood dari US spt McD n KFC.. org akan senang cakap, nie produk US.. jgn beli.. biarkan company dari US nie lingkop.. mudahnya org menyuruh itu dan ini.. ramai yg tak sedar @ pura2 tak tahu tentang betapa ramainya pekerja islam & bkn islam yg bekerja dibawah compny nie.. menurut Tan Sri Ali Hashim (JCorp), ade lebih kurg 22 000 pekerja dibawah naungan KFC dan juga Pizza Hut.. tu tak campur lagi dgn McD n lain2.. kalaulah company 2 lingkop hasil dari boikot umat malaysia, mana kita nak sumbat 22 000 org 2? Baru2 nie Datuk Subramaniam selaku menteri sumber manusia menyatakan sekarang ada lebih kurang 12 000 pekerja baru diberhentikan kerja.. ditambah lagi dgn penutupan kilang2 akibat kemeleset ekonomi.. namun masih ada lagi 16 000 peluang pekerjaan.. kalau math korg dapat A, cuba kira ada balance ++ or –? Lu pk la sendiri!

Aku rasa kita perlu jadi manusia yg realistik dan bukan idealistik .. jadi manusia yg bercakap berdasarkan fakta dan keadaan semasa dan bukan hnya tahu berteori itu dan ini.. ada segelintir manusia yg bertindak kejam atas sikap prejudis sendiri, kalau org lain tak bersetuju boikot.. maka akan dituduh kita tidak prihatin dgn isu palestin.. manusia nie aku lihat hanya ada satu hala pemikiran.. dunia mereka hanya ada dua warna, hitam @ putih.. aku pernah tulis tentang sikap nie dalam puisi aku yg bertajuk tahi cicak dlm posting sebelum nie..

Boikot secara terancang? Pernah membe aku usulkan benda nie merujuk ckp dr Mahathir.. aku pun tanya, terancang mcm mana? Kelu bisu seribu bahasa die xdapat nak jawab.. bagi aku, kalau nak boikot sesuatu produk.. kita harus memikirkan tentang alternative.. kalau betul kita nak boikot KFC, kita tak boleh hanya terjumud dlm konteks tak beli ayam kentuki 2.. kerajaan wajar mengharamkan terus kemasukan francais makanan 2 ke malaysia.. begitu juga company2 lain yg mempunya link dan bukti terlibat dalam penyaluran dana ke zionis laknat.. baru terasa kesan kuasa boikot 2 terhadap ekonomi mereka.. tetapi sebelum dilaksanakan, WAJIB dipastikan peluang pekerjaan alternative telah wujud dan memenuhi syarat spt pekerjaan sblm nie.. soalnya ia banyak bergantung pada pemerintah.. sudah termampukah kepimpinan kita?Aku lebih gemar jika kerajaan Malaysia dan dunia islam yg lain menggurangkan kebergantungan nilai dollar dalam urus niaga mereka.. kita mmpunyai alternative spt dinar emas dan matawang euro, sebab tu aku rasa nie antara jalan terbaik.. bila kita laksanakan hal benda nie, aku tak rasa die ada bagi big impact pada rakyat bese.. nilai dollar pun semakin xstabil dgn krisis sub-prima diorg yg semakin teruk.. industry auto kat US pun dah semput2.. GM pun rugi dah byk.. nasib baik US government bg pinjam billion2.. euro merupakan antara matawang yg paling stabil.. kerajaan patut pandang serius benda nie.. kalaupun mungkin agak payah, gunakan saluran NAM, OIC or Komanwel untuk wujudkan kerjasama antara negara anggota sebagai permulaan.. biarkah nilai dollar US terus lemah, bg die bankrup terus.. haha..

Kepada mereka yg masih ingin terus memboikot, aku boleh beri satu cadangan yg amat baik.. mari memboikot produk rokok yg jelas keharamannya seperti yg dikatakan oleh ramai ulama’ dunia.. benda mcm nie yg wajib kita boikot! Bila aku nulis benda pasal benda nie, bukan bermakna aku xsetuju dgn boikot memboikot nie.. sebab aku pun 4ward msg2 boikot pada membe2 yg lain.. Cuma kita kena banyak membuat kajian dan analisa, biarlah kita dilihat sebagai umat islam yg sentiasa rasional dan bukan yg emosional!


*tertarik dgn idea Tan Sri Ali Hashim agar kita teruskan usaha menguasai pengurusan KFC di US.. aku yakin, usaha sebegini dilihat lebih rasional dari sudut jangka masa panjang..

Comments

rillys said…
aku dan family dah pun boikot tapi cam ner lak ngan lelain tu? mejoriti barangan malaysia adalah barangan luar termasuk la minyak....
dnasura said…
saya setuju dengan ajib. untuk menjadi manusia yg realistik dan bukan idealistik.

saya cuba menaikkan martabat barangan Malaysia dan barangan yang halal apabila terdapat persaingan antara product kita dan product Asing.

Cuma apabila isu tidak ada pesaing bagi product asing, mungkin memerlukan kita berkompromi.

maka berbaliklah pada fardu kifayah, yang mewajibkan sekurang2nya seorang melakukan sesuatu bagi masyarakat islam untuk menyelamatkan umat yang lain dari berdosa.

sokonglah product muslim. boleh dapatkan maklumat lebih dari laman web PPIM (persatuan pengguna Islam Malaysia)