Masa aku tengah li kat rawang, aku diberitahu oleh membe aku yang ada kisah2 misteri yg dah berlaku kat Kampus Induk UTeM DT.. dgr cite ade 2 org staff UTeM yang meninggal dunia d'sebabkan benda nie.. aku pun la.. la.. jela, xda nak percaya sgt.. tapi bila aku masuk dalam forum fs utem, aku tgk ramai gak student utem yg tau benda yg sama.. tapi ade byk versi la, mana punya perawi da.. tsiqah ke idak xtau le..
aku sebenarnya tertanya2 apa hukum wat benda nie.. dose ke.. buleh ke.. tapi pada andaian awal aku, aku xsetuju la dgn benda2 nie.. lawak pun ada kalo dipk2kan secara logik.. namun untuk mendapatkan kepastian yg lebih, aku dah ajukan soklan nie pada org2 yg tinggi ilmunya dlm bidang agama.. jawapan beliau buleh dibaca kat bawah nie...
SOALAN:
salam ustaz..
saya ada kemuskilan.. di sebuah fakulti di universiti saya ada tertampal dengan banyak kertas2 yang tertulis sesuatu diatasnya.. dipercayai tujuan kertas itu ditampal utk menghindari gangguan mahluk halus @ jin kerana terdapat dakwaan berlakunya gangguan di kawasan tersebut.. diatas kertas itu tertulis ayat bismillah dgn byk dan tertulis juga satu arahan menyuruh penghuni asal keluar kerana tempat itu akan diduduki..
1. apakah kertas itu boleh dianggap sebagai tangkal?
2. apakah hukumnya menurut islam? haram @ dibenarkan sebagai salah satu kaedah menghalau mahluk halus?
sekian, wassalam..
JAWAPAN:
Pertamanya: Saya merasa lucu dengan perbuatan tersebut. Terbayang ia bagaikan filem pontianak atau hantu di raja China dari Hong Kong. Barangkali orang yang melakukannya terpengaruh dek terlampau banyak menyaksikan filem-filem sebegitu.
Kedua: Jika kertas-kertas itu tujuannya sebagai pemberitahuan kepada jin-jin yang ada di situ, maka ia adalah kerja sia-sia kerana tidak dapat dipastikan samada mereka dapat membaca dan memahaminya. Siapakah ang dapat memastikan jin-jin itu boleh membaca, memahami seterusnya mengikut arahan dalam kertas makluman itu?
Ketiga: Satu lagi kemungkinan ialah kertas-kertas itu adalah sejenis tangkal. Jika ia adalah tangkal maka amaran dan ancaman terhadap perbuatan menggantung tangkal adalah sangat berat. Antaranya ialah sabda Rasulullah SAW:
مَنْ عَلَّقَ تَمِيمَةً فَقَدْ أَشْرَكَ
Maksudnya: Barangsiapa menggantung tangkal, maka dia telah syirik.
(HR Ahmad dan al-Hakim dengan sanad yang kuat dan disahihkan oleh al-Albani)
Oleh demikian, meninggalkan perbuatan berisiko tinggi seperti itu adalah sangat dituntut.
Wallahu a'lam,
Ustaz Rasyid bin Idris
Presiden Institut Al-Qayyim
*maklumat lanjut tentang Institut Al-Qayyim boleh didapati di sini: link
Comments
baru2 ni sy ke DT, memang byk kertas mcm ni tertampal.tapi yang musykil, kita (warga utem) tidak diberi penjelasan oleh siapa yg bertanggungjawab dlm mengedarkan risalah tampal tersebut.
mungkin entry ini patut diusulkan pada persatuan pelajar untuk memperbetulkan apa yang sedang berlaku..
bebudak mpp yg baru nie, senyap je.. entah la.. den pun xtau nak jawap pe.. huhu..