Isu nama Allah 2



Sumber gambar YB Zul4kulim

1. Anda keliru tatkala membaca petikan di atas? Adakah kefahaman akidah Islam anda telah terjejas?

2. Jika fahaman akidah Islam anda tidak terjejas walaupun sedikit, ini bermakna anda mempunyai kefahaman akidah Islam yang jelas dan utuh. Mungkin anda telah menghayati dengan penuh firman Allah dalam surah Al-Ikhlas.

3. Jika anda keliru, dan mula meragui akidah Islam anda, maka ada suatu kelemahan yang perlu diperbaiki. Isu akidah merupakan perkara fundamental yang perlu dipegang utuh oleh setiap orang Islam.

4. Penulis yakin, terdapat dua kelompok orang Islam di Malaysia yang mempunyai ciri seperti di atas. Kelompok yang merasakan akidah mereka tidak terjejas, pastinya tiada halangan terhadap isu penggunaan nama Allah oleh penganut Kristian. Manakala kelompok yang lain, mungkin beranggapan ia bermasalah.

5. Penulis masih tidak tahu, membenarkan nama Allah digunakan oleh penganut Kristian lebih membawa manfaat atau mudharat. Tetapi, Allah itu lebih tahu!

Comments

fauzisabri said…
Jika kefamanan akidah Islam orang melayu ini mantap, maka tidak ada sebab gmbar tersebut mengelirukan.

masalah skrg ialah apabila org melayu yg mengaku beragama islam itu sendiri gagal memahami akidah agamanya sendiri.

Mungkin ada yg menghafal sifat 20 tapi tak mengerti apa-apa pun.

Justeru "KELIRU" menjadi sbb kita halang org lain guna kalimah ALLAH. kenapa kita terus keliru?

Salahkan cara ajar akidah kita selama ini sehingga begitu rapuhnya? betapa gusarnya kita?

Kita sepatutnya MENGEMBANGKAN ISLAM bkn sekadar MEMPERTAHANKAN sahaja. Islam tidak berkembang jika kita hanya bertindak MEMPERTAHANKAN. Seolah-olah kita ini duduk di kandang org salah...yg dituduh dgn mcm-mcm kesalahan...terkial-kial utk menepisnya...
ajim said…
saya setuju dgn pendapat bro fauzi, akidah umat islam sendiri yg masih terkeliru..
Fauzi Sabri said…
Justeru itu, fahamkan akidah Islam kpd teman-teman di sekeliling kita.

Jika akidah kita mantap, tiada sebab untuk kita lari apabila didatangi oleh mubaligh kristian. Malah kita juga boleh mempertikaikan akidah mereka.

Sepatutnya kitalah menjadi pendakwah, mempromosikan agama yang benar ini kepada rakan taulan yang bukan islam.

Malang sekali apabila rakan non-muslim mula berbicara ttg agama, cuba membuat perbandingan...kita kelu seribu bahasa. Sbb apa? sbb kebykkan kita sendiri tidak kenal agama yg dianutinya sendiri.

Dahulu kita pelik & hairan, bagaimana seorang gadis yg HAFAL YASIN boleh murtad? Soalan saya: al-Quran itu diturunkan oleh ALLAH SWT & diwariskan kepada kita oleh Rasul SAW sekadar utk dihafalkah?

al-Quran ada pada kita untuk DIFAHAMI. Nabi berhujah menggunakan al-Quran.

**************************

Jika akidah kita lemah, maka melihat gmbr di atas itu pun menimbulkan was-was dlm hati & fikiran.

Maka jika timbul was-was...apakah perlu kita berterusan was-was? bukalah tafsir al_Quran, carilah buku, bertanyalah kepada org yg berilmu. Maka kita akan dapat kepastian.

Jgn sesekali membiarkan diri berterusan dlm was-was.

Islam bukan agama yg paling benar. TETAPI ISLAM ADALAH SATU-SATUNYA AGAMA YANG BENAR!

Betulkan slogan kita daripada "ALLAH EKSLUSIF UNTUK ORANG ISLAM" atau ALLAH HAKMILIK ORG ISLAM" kepada "ALLAH TUHAN SEMESTA ALAM, DUNIA DAN KESELURUHAN ISINYA INI ADALAH HAK MILIK MUTLAK ALLAH SWT."

Justeru, di samping MEMBANTAH agama lain guna kalimah ALLAH, adalah lebih baik kita mantapkan akidah sendiri.

Kerja Nabi SAW & para sahabat adalah MENGEMBANGKAN ISLAM, bukan sekadar MEMPERTAHANKAN shj.

Jika KELIRU menjadi punca, maka TUGAS berat kita adalah untuk menghilangkan KEKELIRUAN itu di kalangan teman-teman yg TERKELIRU.

Sekadar menentang hari ini, mungkin esok-lusa, tahun depan, dekad depan mereka bangkitkan semula.

Allah lebih mengetahui.
ajim said…
insyaAllah, sama2 kita usahakan.
Ayasu Kuro-Obi said…
was-was tu "penyakit" juga kan? ini antara dugaan.

Saya bersetuju dengan kefahaman kalimah Allah yg sudah diguna sblm Nabi kita dtg utk membetulkan akidah ahli kitab. Info lain yg saya faham terma Allah diketahui oleh Musyrikin Jahili juga, dan kalimah ini hanya diketahui oleh penduduk Arab. Jadi kalimah Allah diguna pakai oleh kristian di tanah Arab spt Jordan, Lubnan etc adalah biasa bagi mereka.

Saya bersetuju dgn komen saudara2 ttg pemantapan pemahaman. Namun saya rasa majoriti muslim di M'sia adalah Melayu, yg Islamnya diperkenal oleh bangsa Arab dan kalimah Allah tidak diketahui sblm kedatangan Islam di sini, justeru menjadi sinonim otomatik bahawa Allah itu Tuhan Islam. Bahkan penjajah yg membawa mubaligh kristian ke Tanah Melayu tidaklah pula membawa kalimah Allah.

Pendapat saya, pengawasan lebih teliti perlu ada. Akidah muslim Melayu dan akhlak pada masa ini tergugat sebelum isu penggunaan kalimah ini timbul lagi. Maknanya bebanan dan risiko salah-faham terhadap Tauhid akan bertambah.

Saya juga berpendapat prinsip perundangan Islam berupa "saddu-zarai'" perlu dikuatkuasa iaitu mencegah sebelum parah.

Sekadar pendapat sampingan. Saya bersetuju dgn "ALLAH TUHAN SEMESTA ALAM, DUNIA DAN KESELURUHAN ISINYA INI ADALAH HAK MILIK MUTLAK ALLAH SWT." ... Itu yg patut diadakan.
Anonymous said…
sayang betulah orang macam u dah jadi wahabi..