Isu nama Allah


1. Keputusan mahkamah membenarkan mingguan Herald menggunakan nama Allah dalam penerbitan menimbulkan pelbagai reaksi, ada yang positif, dan ada juga yang negatif. Maka timbul pula persoalan, bolehkan penganut agama lain menggunakan nama Allah apabila merujuk kepada tuhan terutamanya bagi penganut agama Kristian.

2. Mengikut pandangan beberapa orang ulama', kelihatan Islam tiada masalah dalam pengunaan nama Allah bagi penganut agama Kristian. Antara sandaran nasnya ialah:

Dan sesungguhnya, jika kamu (Wahai Muhammad) bertanya kepada mereka: "Siapakah yang menciptakan mereka?" sudah tentu mereka akan menjawab: "Allah!". (jika demikian) maka bagaimana mereka rela dipesongkan? Dan (Dia lah Tuhan Yang mengetahui rayuan Nabi Muhammad) yang berkata: Wahai Tuhanku! Sesungguhnya mereka ini adalah satu kaum yang tidak mahu beriman!" (al-Zukhruf : 87-88).
Menurut Dr Dzulkefly Ahmad, Dr Yusuf Qardhawi, penerima anugerah Tokoh Maal Hijrah 1431H dan Sheikh Dr Wahbah Zuhaili, Tokoh Maal Hijrah 1429H berpandangan bahawa penggunaan nama "Allah" adalah dibolehkan kepada penganut-penganut agama Nabi Allah Ibrahim yakni Islam, Kristian dan Judaism. Bekas Mufti Perlis, Dr MAZA juga memberikan respons yang hampir serupa, namun meletakkan beberapa garis panduan terhadap penggunaan nama Allah agar ia tidak disalah guna. Laman web IslamToday (seliaan Sheikh Salman Al-Aodah) juga memberikan komentar mengulas isu ini.

3. Tetapi, dari sudut kesesuaian perlaksanan di Malaysia, kelihatan penggunaan nama Allah ini sedikit membawa implikasi yang agak negatif dari sudut pemahaman agama. Ustaz Zaharuddin memberikan alasan seperti ini:

"Lebih lagi, apabila mengenang keadaan umat Islam yang ada hari ini terlalu amat lemah. Keadaan missionary bukan Islam yang amat galak untuk menggunakannya dengan tujuan-tujuan tertentu serta kemunculan beberapa kumpulan bukan Islam yang diyakini akan menyalahgunakan nama Allah dalam tulisan mereka secara berleluasa sehingga membawa kekeliruan bagi penganut Islam. Jika dilakukan kajian teliti terhadap hal mudarat ini, elok benar tindakan KDN untuk melarang."
Beliau juga mempertikaikan, mengapa hanya di Malaysia, Indonesia, Mesir dan negara Arab sahaja nama Allah diperjuangkan oleh penganut agama Kristian, tetapi tidak pula di negara-negara majoriti penduduknya beragama Kristian. Fakta ini dapat dilihat melalui filem-filem Hollywood yang hanya menggunakan istilah Lord dan God sahaja apabila merujuk kepada tuhan.

Gambar ehsan Malaysiakini

4. Isu ini memasuki fasa baru apabila berlaku serangan ke atas beberapa rumah ibadat milik penganut agama Kristian di sekitar negeri Selangor. Majoriti pemimpin politik dan agama mengutuk perbuatan ini sambil menyifatkan ia pertentangan dengan prinsip Islam. Kejadian ini berlaku beberapa jam sebelum perhimpunan umat Islam selepas solat jumaat berlangsung bagi membantah penggunaan nama Allah oleh penganut Kristian.

ULASAN PENULIS:

1. Menjadi tabiat negara berbilang bangsa dan agama, isu seperti ini sememangnya menjadi sesuatu yang boleh dijangkakan akan berlaku.

2. Rentetan daripada semua hal yang telah berlaku, dialog atau perbincangan secara serius perlu dibuat membabitkan kepimpinan tertinggi politik dan agama di antara penganut agama Islam dan juga Kristian bagi mencari solusi terhadap isu nama Allah. Ruang toleransi perlu diwujudkan agar situasi 'win-win' dalam diterjemahkan dalam ruang lingkup yang dibenarkan.

3. Sebagai seorang Islam, kita perlu profesional dan rasional apabila berhadapan dengan isu ini. Sewajarnya jika kita ingin membantah terhadap sesuatu perkara, kita perlu menggunakan ruang lingkup yang dibenarkan mengikut lunas agama dan undang-undang. Apabila isu itu melibatkan perundangan, maka kita juga perlu menggunakan saluran undang-undang. Sikap yang tidak rasional dan emosional tidak benyak membantu menyelesaikan masalah, bahkan ia hanya akan memburukkan lagi keadaan.

Himpunan aman di Masjid MITC, Melaka

4. Dalam ruang negara demokrasi, hak berhimpun secara aman dan bersuara memang ada. Menurut The Universal Declaration of Human Rights, dalam artikel 20 (1) menyatakan bahawa 'Everyone has the right to freedom of peaceful assembly and association.’

5. Politikus jangan hanya pandai berpolitik apabila mengambil kesempatan di atas isu ini dengan menunjukkan siapa jaguh kaum atau agama masing-masing. Ahli politik perlu berperanan sebagai orang yang mententeramkan keadaan dan melihat isu ini dalam konteks Malaysia, bukan pula berfikir tentang sokongan yang bakal diperoleh apabila memperjuangkan mana-mana pihak.

6. Di Melaka, khutbah jumaatnya (8/1/10) berkisar tentang Zakat. Tatkala umat sedang kalut tentang nama Allah, khutbahnya sibuk membicarakan soal duit. Ya, duit Zakat!

7. Dalam keriuhan negara membincangkan isu nama Allah, jangan pula kita terlupa tentang isu-isu lain seperti kehilangan enjin pesawat dan kenaikan harga gula. Isu kehilangan enjin benar-benar mencalarkan kredibiliti Kementerian Pertahanan Malaysia apabila ia memperlihatkan betapa keselamatan negara begitu mudah diniagakan!

8. Barisan Nasional harus bijak menangani isu ini. Kebanyakkan penganut agama Kristian berada di Sarawak dan Sabah, negeri yang menjadi benteng terakhir BN dalam pilihanraya 2008 dan mungkin juga pada PRU-13. Penulis ternanti-nanti tindakan DS Najib menangani hal ini.

9. Jadilah manusia yang rasional dengan bertindak atas nama ilmu, fakta, dan menggambarkan anda sebagai seorang Islam.

Comments

Anonymous said…
ko g smayang jumaat pn bawak kamera so called DSLR jgk ke?
ajim said…
aku pakai camera hp ler.
dnasura said…
hairan kenapa ada yg bawa isu ni ke mahkamah, sedangkan telah termaktub bahawa ISLAM agama rasmi malaysia. dan tidak ada sesiapa pun boleh mempertikai hak istimewa agama ini. kalau agama lain telah menggunakan istilah yg sama sedikit sebanyak akan mengelirukan umat yg masih cetek pengetahuan agama..saya bantah penggunaan kalimah ini bagi agama lain..sangat2 tidak setuju..tp nampaknye ada pula pihak yg sengaja membuka ruang perbincangan kononnya utk mencari kesefahaman antara agama, tapi sebenarnya semua sekadar kata-kata kosong, yg terhakis sedikit demi sedikit adalah agama..
ajim said…
terima kasih kerana memberikan komentar yg berbeza.