Metaliti Minoriti

Gambar di edit dari: Link

1. Pertama kali penulis mendengar istilah ini diungkapkan oleh YB Dr Puad Zarkashi ketika dalam rancangan Hujah tv9 yang mana sedang membincangkan kesatuan politik Melayu-Islam di Malaysia. Istilah ini kembali segar apabila ia diungkapkan secara tidak langsung oleh seorang panel (lupa namanya) ketika berhujah tentang isu perlembagaan di dalam rancangan Di Luar Lingkungan RTM1.

2. Mentaliti minoriti merujuk kepada sikap dan pemikiran kaum atau kelompok majoriti yang merasakan ia berada didalam keadaan seperti kelompok minoriti. Istilah ini, ketika disebutkan ia merujuk kepada kaum Melayu-Islam di Malaysia. Kaum yang miliki sejumlah angka majoriti, tetapi menjadi minoriti dalam mentaliti.

3. Telah dikisahkan bahawa, orang Melayu-Islam kini bersifat sangat defensif (bertahan) kerana ia telah diserang dari segenap sudut. Hak keistimewaannya dicabar, status ketuanan agama Islam mulai kelihatan goyah, kuasa politik pula sedang retak menanti belah, dan penguasaan ekonomi negara hanya sekadar tempelan semata. Ia kelihatan telah diserang, tetapi ini satu keajaiban.

4. Norma kelompok majoriti di dalam mana-mana negara, kelompok itu bersifat agresif dan menyerang. Manakala kelompok minoriti lebih kepada sifat defensif. Lihat sahaja umat Islam di negara-negara barat, ia kelompok minoriti dan sedang ditindas. Hak-hak mereka dalam beragama sedang dinafikan. Maka umat Islam sedang berjuang bermatian mempertahankan haknya. Hal ini dapat dibuktikan dengan larangan memakai tudung, membina menara masjid, bantahan terhadap pembinaan masjid dan keganasan terhadap umat Islam seperti yang berlaku pada kes pembunuhan Merwa Sherbini di Jerman.

Almarhumah Marwa bersama suami dan anak.

5. Mentaliti minoriti ini berlaku kerana kelemahan Melayu-Islam itu sendiri. Bangsa Melayu tidak mampu berdiri sebagai bangsa dominan yang menguasai keadaan. Jika dulu Melayu-Islam berbangga menguasai pentas politik, kini atas dasar konon ingin menjadi 'liberal' dan 'progresif' ia sedang mula melonggarkan prinsip perjuangan. Benar, dasar liberal dan progresif itu membantu kepada perkembangan negara dan pemikiran, namun ia ada had dan jangan sampai memperjudikan nasib kepentingan umat Islam!

6. Parti politik yang dikuasai Melayu-Islam kini kelihatan begitu ghairah menarik undi bukan Muslim. Seolah-olah Melayu-Muslim itu sudah menjadi undi yang minoriti, atau mungkin undi Melayu-Islam itu rendah nilainya. Mentaliti minoriti bukan hanya menguasai golongan marhaein Melayu, namun terkena tempias juga pada pemain politik.

7. Peringatan ini buat diriku dan buat manusia yang suka diperingatkan.

Comments