Kehidupan Baharu

Alhamdulillah. Aku kini telah mula berkerjaya, suatu hal yang selalu aku impikan sewaktu berada di darjah enam. Walaupun pekerjaan aku berstatus 'komersial' iaitu Engineer, namun aku mula memikirkan bagaimana kehidupan sosial aku kehadapan. Pengalaman baru bekerja selama seminggu lebih mengambarkannya, hampir setiap hari lewat malam baru aku balik. Blog ini pastinya selepas ini akan lebih sunyi, aku sendiri tidak pasti masih sempatkan aku mencuri masa selepas ini untuk menulis.

Apa yang mampu aku harapkan kini, moga Tuhan memberikan aku kekuatan untuk terus bertahan pada hidup yang penuh liku dan cabaran. Kerna aku sendirian tidak mampu menguruskannya. Tapi aku yakin, Tuhan tidak pernah menimpakan sesuatu pada manusia melebihi kemampuan manusia itu. Aku harus optimis!

Comments

Azlan said…
jangan khuatir ajim
aku sentiasa ade dibelakang ko.
haha
dnasura said…
da keje ke? tahniah. selamat menjalankan tugas sebagai sorg engineer.all the best.