Boikot Harian Metro!


Harian Metro merupakan surat khabar Melayu yang paling ramai pembaca di Malaysia. Muka depan akhbar ini selalu memaparkan berita-berita yang bersifat sensasi, seksual, mistik dan gosip. Sebagai agen penyampai maklumat, Harian Metro seharusnya lebih peka terhadap isus-isu yang lebih penting dan membina jati diri masyarakat Islam terutamanya.

Laman ini diwujudkan bagi mendesak pihak editor Harian Metro supaya lebih bertanggungjawab dalam penyiaran berita dengan mengambil kira beberapa hal seperti berikut:

1. Tidak memberikan fokus yang keterlaluan kepada berita-berita yang bersifat seksual, mistik dan sensasi.
2. Menulis sesuatu berita dengan kadar yang sepatutnya dan tidak pula berlebihan dengan membawa maklumat 'tambahan' didalam beritanya.
3. Bertanggungjawab menulis sesuatu yang difikirkan membawa manfaat kepada masyarakat, bukan pula memikirkan keuntungan dan jualan semata.
4. Membuang semua iklan yang mempromosikan nombor ekor dan ramalan nasib. Kehadiran iklan-iklan seperti ini sangat melampau didalam sebuah akhbar yang majoriti pembacanya Muslim.

Laman ini akan dipadam sekiranya pihak editor Harian Metro memenuhi tuntutan seperti yang dinyatakan diatas.

Comments