Hujan masih belum mahu berhenti. Renyai-renyai
ia turun umpama irama lagu Allahyarham Tan Sri P. Ramlee, sekejap rancak,
sekejap mendayu-dayu. Bunyi hujan itu, walau tidak sampai ke dalam ruang
menunggu, namun masih jelas terasa kehadirannya. Mungkin kerana suhu di dalam
ruang menunggu lebih sejuk daripada kebiasaannya. Dalam ribuan manusia yang
sedang berpusu-pusu bergerak menuju dan mencari destinasi penerbangan mereka,
kelihatan susuk tubuh berwajah Melayu sedang duduk termenung. Pandangannya
tawar. Susuk tubuh itu masih setia menanti, kadang kala dia memandang ke kiri dan
ke kanan. Dia tidak pernah menyangka, pemandangan ini sudah tidak asing lagi
buat dirinya.
“Abang, kenapa tak di makan roti tu?”
“Abang, kenapa tak di makan roti tu?”
Suara wanita menyapa dari belakang. Perlahan-lahan dia
menoleh, melihat wajah isterinya yang baru kembali dari restroom.
“Roti ni tak sedap. Tak sesedap masakan isteri abang”
Tersenyum wanita bernama Siti Saleha mendengar usikan jawapan
daripada suaminya. Segera dia melabuhkan punggung untuk duduk di sebelah
suaminya. Diambil tangan suaminya dan di usap-usap keduanya. Terasa kehangatan
haba rindu dan gelisah.
“Abang, dah lama kita tak pulang ke Malaysia kan? Dah lebih
tujuh tahun rasanya. Abang rasa, kita sesat tak bila sampai Malaysia nanti?”
gurau Siti Saleha mahu mengambil hati suaminya. Naem hanya tersenyum. Lama dia
melihat wajah isterinya.
“Kalau tersesat, apa guna kita beli Papago ni?” Berdekah-dekah
mereka berdua tertawa.
Sekeliling mereka dipenuhi oleh segerombolan manusia yang
sibuk dengan hal masing-masing. Pemandangannya hampir sama sahaja setiap hari.
Semua wanitanya berjubah labuh dan majoritinya mengenakan warna hitam sebagai
tema. Kadang kala Naem tergelak sendiri apabila cuba membayangkan jika dia
menjadi wanita di negara ini, entah dia mampu bertahan dengan pakaian
sedemikian rupa. Namun, tiada siapa pun yang ambil peduli tentang kehadiran
mereka berdua. Mungkin kerana tiada seorang pun yang faham bahasa Melayu di situ.
“Sayang, laptop abang sayang bawa kan?” soal Naem pendek.
“Yes, of course dear.
Ada kat sini.” Siti Saleha mengeluarkan computer riba dari beg bimbit yang
terletak di sebelahnya.
“Abang nak buat apa? Nak check
email ke?” soal Siti Salehah sambil menghulurkan komputer riba kepada
suaminya. Siti Salehah memandang sahaja tingkah laku Naem yang tidak berjawab.
Namun dia membuat telahan sendiri.
“Check email office
ke abang sayang oi?” sindir Siti Saleha.
“Taklah sayang. Abang nak check
draft ucapan untuk majlis perasmian Pusat Intelek Muslim nanti. Abang takut
nanti bila dah sampai Malaysia, terlupa pula nak double check. Sementara masa senggang ni. Lagi pun abang dah lama
tak buat public speaking ni, masa
zaman universiti dulu selalulah.” Ujar Naem lembut. Saleha hanya mengangguk
faham. Tersenyum dia melihat suaminya yang menjawab soalannya tanpa menoleh ke
arahnya. Khusyuk sungguh dia!
Perjalanan masih lagi panjang walaupun belum bermula. Penerbangan
pulang ke Kuala Lumpur pada 2.00 pagi. Sekarang jam baru menunjukkan pukul
10.00 malam. Masih berbaki 4 jam lagi. Memang sudah menjadi tabiat mereka untuk
bersiap awal, walaupun kadang kala terlebih awal.
Akhirnya, Naem selesai menyemak draf ucapannya. Dia terlupa
untuk memberikan ucapan penghargaan pada bahagian penutup. Nasib baik isterinya
ada untuk menegur. ‘Masyarakat yang baik adalah masyarakat sentiasa mengenang
jasa setiap orang yang menyumbang ke arah kebaikan, tidak kiralah sama ada kecil
atau besar nilaian itu di mata manusia. Apa yang penting keikhlasan, namun itu
hanyalah ukuran Tuhan untuk menilainya.’ Kata-kata ini sentiasa tersemat di
dalam dada Naem, di ucapkan oleh guru kesayangannya.
Siti Saleha sudah tersandar di bahu Naem tertidur. Walaupun
rapi dia mengenakan niqab menutup sebahagian besar wajahnya, namun kelembutan isterinya
meredupkan wajah Naem yang melihatnya. Perlahan-lahan Naem membetulkan sandaran
isterinya agar duduk betul di ribanya. Dia lakukan dengan penuh berhati-hati,
takut benar dia isterinya akan terjaga. Selesai dia membetulkan sandaran
isterinya, dia menyandar ke belakang kerusi. Kepalanya di dongakkan ke atas. Di
melihat bumbung itu dengan penuh hairan. Sudah berpuluh kali dia menggunakan
lapangan terbang ini, tetapi ini baru pertama kali dia melihat secara teliti
reka bentuk bumbung lapangan ini. Tersenyum sendiri dia.
Bersambung.....
Comments