Isu caj kos
pentadbiran yang tinggi oleh Perbadanan Tabung Pinjaman Tinggi Negara (PTPTN)
telah mengheret perbincangan rakyat Malaysia kepada cadangan penghapusan
tunggakkan hutang PTPTN dan seterusnya mahu menjadikan pengajian tinggi percuma
kepada rakyat Malaysia. Kebanyakkan perbincangan yang bertebaran tidak
memberikan gambaran yang tepat. Banyak sentimen yang dimainkan oleh
pemain-pemain politik agar isu ini kelihatan memihak kepada kantung undi atau
poket mereka.
Penulisan
ini akan cuba membawakan perspektif yang berbeza dan menyeluruh dengan
mengambil contoh beberapa negara luar yang telah berjaya melaksanakan
pendidikan tinggi percuma, kemudian membawa pembaca kepada perbincangan pro dan
kontra pendidikan percuma dan akhirnya kepada persoalan mendasar, mampukah
Malaysia mengadaptasikan sistem ini?
Gerakan
Mahasiswa di Jerman
Menurut Deborah Hermanns1, gerakkan
menuntut pendidikan tinggi percuma di Jerman bermula pada tahun 1999 apabila
tertubuhnya Alliance Against Tuition Fees
yang mana terdapat gabungan 200 organisasi perwakilan pelajar, parti politik
dan kesatuan pekerja menyatakan komitmen mereka terhadap pendidikan percuma di
Jerman. Gerakan ini berterusan dan memuncak apabila 7 daripada 10 negeri di
Jeman barat mula memperkenalkan tuition
fees pada tahun 2006 dan 2007.
Secara
tradisinya, Jerman bukanlah negara yang bermula dengan mengenakan tuition fees kepada pelajar mereka,
tetapi ini hanya bermula apabila keputusan mahkamah persekutuan pada tahun 2005
menyatakan bahawa mengenakan yuran pendidikan yang sederhana dan ditampung
dengan pinjaman pendidikan tidak bercanggah dengan komitment Jerman terhadap “universal education”. Prof Howard Hotson2
menyatakan bahawa halangan terbesar untuk mengenakan yuran pendidikan di Jerman
adalah kerana terdapat undang-undang persekutuan yang menghalang kepada yuran
untuk dikenakan. Beliau menyebut, “but the main
obstacle was a federal law banning tuition fees, which echoed provisions
guaranteeing free education in the constitutions of individual states.” Keputusan mahkamah pada tahun 2005 seolah-olah cuba memberikan tafsiran baharu agar yuran
pendidikan boleh dikenakan terhadap pelajar.
Sebagai
reaksi balas, pelajar di serata Jerman mula melakukan demonstrasi jalanan sehingga ada pelajar di Hessen mula
menakluki universiti mereka. David Smith3 menambah, di Bavaria
demonstrasi yang hanya bermula dengan jumlah yang kecil pada tahun 2008 mula
meningkat dengan mendadak. Selain daripada gerakan yang radikal seperti
menakluki dataran universiti, mereka juga menganjurkan debat terbuka dan
aktiviti yang melibatkan partisipasi masyarakat yang lebih besar. Pada tahun
2013, pandangan umum masyarakat mulai berubah dan mula bersama dengan gerakan
menuntut pendidikan percuma di Jerman.
Kemuncaknya,
mereka berjaya mewujudkan satu petisen menuntut pendidikan tinggi percuma dan
ia telah ditandatangani oleh 1.3 juta pengundi, mewakili 15% daripada jumlah
penduduk Jerman. Beberapa hari kemudian, barulah State Premier mengumumkan untuk melupuskan tuition fees. Pada tahun
2014, Jerman menjadi negara yang secara keseluruhannya menyediakan pendidikan
percuma apabila Lower Saxony menjadi negeri terakhir di Jerman yang melupuskan
tuition fees. Memetik laporan portal atas talian GermanPulse4, Gabriel Heinen-Kjajic, Menteri Sains dan
Budaya di Lower Saxony menyatakan bahawa, “because
we do not want higher education which depends on the wealth of the parents.”
Kejayaan
Pendidikan Percuma di Finland
Sejarah pendidikan percuma di Finland sedikit
berbeza dengan Jerman. Hasil dapatan penulis dalam masa dan sumber yang terhad,
tiada gerakan radikal pelajar seperti yang berlaku di Jerman, mahupun United
Kingdom (walaupun ia gagal). Menteri Pendidikan Finland, Krista
Kiuru dalam satu temu bual menyebut, “We decided in the 1960s that we would provide a free quality education
to all. Even universities are free of charge. Equal means that we support
everyone and we’re not going to waste anyone’s skills.”5 Sejarah
pendidikan tinggi percuma di Finland sangat lama dan seringkali dijadikan bahan
rujukan kepada negara lain yang ingin mencontohi kejayaan negara ini.
Walaupun
Finland menyediakan pendidikan percuma, tetapi mutu dan kualiti sistem
pendidikannya tidak diabaikan bahkan telah diiktiraf dunia sebagai antara yang
terbaik. Dalam kajian Programme for
International Student Assessment (PISA)6, yang dilakukan tiga
tahun sekali oleh Organization for
Economic Co-operation and Development (OECD), pelajar Finland berjaya
menduduki antara 3 tempat teratas bersama Singapura dan Korea Selatan semenjak
dari tahun 2010 dalam subjek matematik dan sains untuk pelajar berusia 15
tahun. Kajian ini dilakukan menggunakan ujian yang sama pada pelajar dari 65
buah negara di seluruh dunia.
Kualiti
pendidikan diperingkat pengajian tinggi juga agak baik di Finland. Universiti
di Finland boleh dikatakan agak muda berbanding dengan universiti-universiti lain
di negara Eropah, tetapi ini tidak menghalang mereka untuk berjaya menempatkan 9
buah universiti mereka di dalam senarai antara 300 universiti terbaik dunia
menurut QS World University Rankings
2014/15.
Menurut
tinjauan ini, University of Helsinki berada
di kedudukan teratas dengan berjaya
menduduki tempat ke-67 terbaik dunia. Tinjaun ini dilakukan dengan mengambil kira
beberapa faktor seperti reputasi akademik, reputasi hasil graduan universiti
terbabit, rujukan hasil kajian universiti dan lain-lain. The Times Higher Education World University Rankings 2014-20157
pula menyenaraikan University of Helsinki
pada kedudukan ke 103 terbaik dunia. Kajian ini pula lebih terperinci kerana
mengambil kira lebih banyak faktor di dalam penilaian mereka.
Pendidikan
tinggi percuma di Finland bukan hanya dinikmati oleh rakyatnya sahaja, tetapi
ia turut terbuka kepada pelajar luar negara. Pada akhir tahun 2012, terdapat
usaha untuk mengenakan yuran pengajian kepada pelajar dari negara luar, tetapi
ianya telah dibantah keras oleh Kesatuan Pelajar Finland (SAMOK dan SYL). Dalam
satu kenyataan media, mereka menyebut, “baffled
by the legislative motion which takes Finnish higher education to the era of
tuition fees. The motion that introduces tuition fees to students from outside
the EU and the European Economic Area is based on false presumptions with no
support from research or evaluation results.”8 Pada tahun 2014,
kerajaan Finland telah membuat pusingan “U” dengan membatalkan hasrat mereka
untuk mengenakan yuran kepada pelajar luar. Selain negara Jerman dan Finland,
beberapa negara lain yang turut menawarkan pendidikan percuma juga membuka
ruang kepada pelajar bukan warganegara negara seperti Perancis, Norway, dan
Sweden seperti yang telah dilaporkan oleh The
Washington Post9.
Wujudkah
Istilah Percuma?
Kita telah
mendengar contoh dua buah negara yang telah berjaya melaksanakan pendidikan
percuma dengan kadar kemampuan masing-masing, namun adakah ia benar-benar
percuma seperti yang mana umum masyarakat di Malaysia faham? Kefahaman yang
dimaksudkan adalah seolah-olah tiada kos langsung yang terbabit. Di barat, ada
satu istilah yang sinikal digunakan untuk memberikan jawapan terhadap persoalan
ini.
“There's no such thing as a free lunch”
Suka atau
tidak, realiti hidup zaman ini, tiada yang percuma. Walaupun kita menggunakan
istilah percuma, sebenarnya benda yang kita dapat dan disangka percuma itu
kosnya telah dibayar oleh orang lain. Ini dinamakan memindahkan beban kos, ia
tidak pernah bermula dengan menjadi percuma.
Apakah
perbelanjaan untuk mendapatkan pendidikan percuma ini keluar dari poket
kerajaan? Pastinya tidak walaupun ada sebahagian dari kita yang menyangka
sebegitu. Kerajaan hanya bertanggungjawab menguruskan duit rakyat yang saban
tahun dikutip. Hal ini berlaku pada negara yang telah melaksanakan pendidikan
percuma. Negara-negara ini menggunakan kutipan cukai yang tinggi terhadap
rakyat mereka bagi menampung kos untuk menjadikan pendidikan “percuma” kepada
rakyat. Mengikut laporan yang dikeluarkan oleh Organization for Economic Co-operation and Development (OECD)10pada
tahun 2013, Jerman mencatatkan kutipan cukai kedua tertinggi di dunia dengan
peratusan 49.3%, manakala negara Finland berada pada kedudukan 7 dengan
peratusan 43.1%.
Country2
|
Total
Tax wedge 2013 as % of labour cost
|
Annual
change 2013/12 (in percentage points)3
|
|||
Tax
wedge
|
Income
tax
|
Employee
SSC
|
Employer
SSC4
|
||
(1)
|
(2)
|
(3)
|
(4)
|
(5)
|
|
Belgium
|
55.8
|
-0.19
|
-0.06
|
0.02
|
-0.16
|
Germany
|
49.3
|
-0.30
|
0.12
|
-0.21
|
-0.21
|
Austria
|
49.1
|
0.28
|
0.28
|
0.00
|
0.00
|
Hungary
|
49.0
|
-0.49
|
-0.49
|
0.00
|
0.00
|
France
|
48.9
|
-1.20
|
0.39
|
0.32
|
-1.92
|
Italy
|
47.8
|
0.08
|
0.08
|
0.00
|
0.00
|
Finland
|
43.1
|
0.56
|
0.57
|
-0.01
|
0.00
|
Sweden
|
42.9
|
0.07
|
0.09
|
-0.02
|
0.00
|
Czech
Republic
|
42.4
|
-0.09
|
-0.09
|
0.00
|
0.00
|
Slovenia
|
42.3
|
-0.16
|
-0.16
|
0.00
|
0.00
|
Greece
|
41.6
|
-1.35
|
-0.79
|
0.11
|
-0.67
|
Portugal
|
41.1
|
3.54
|
3.54
|
0.00
|
0.00
|
Slovak
Republic
|
41.1
|
1.51
|
-0.21
|
-0.27
|
1.98
|
Spain
|
40.7
|
0.05
|
0.05
|
0.00
|
0.00
|
Estonia
|
39.9
|
-0.51
|
0.30
|
-0.59
|
-0.22
|
Turkey
|
38.6
|
0.26
|
0.26
|
0.00
|
0.00
|
Denmark
|
38.2
|
-0.31
|
-0.33
|
0.01
|
0.00
|
Norway
|
37.3
|
-0.08
|
-0.01
|
0.01
|
-0.08
|
Luxembourg
|
37.0
|
1.09
|
1.09
|
0.00
|
0.00
|
Netherlands
|
36.9
|
-1.78
|
-0.91
|
0.48
|
-1.35
|
Poland
|
35.6
|
0.05
|
0.05
|
0.00
|
0.00
|
Iceland
|
33.4
|
0.05
|
0.14
|
-0.01
|
-0.09
|
Japan
|
31.6
|
0.37
|
0.00
|
0.18
|
0.18
|
United
Kingdom
|
31.5
|
-0.61
|
-0.60
|
0.00
|
-0.02
|
United
States
|
31.3
|
1.51
|
-0.29
|
1.82
|
-0.02
|
Canada
|
31.1
|
0.24
|
0.03
|
0.07
|
0.14
|
Australia
|
27.4
|
0.20
|
0.20
|
0.00
|
0.00
|
Ireland
|
26.6
|
0.69
|
-0.05
|
0.73
|
0.00
|
Switzerland
|
22.0
|
0.04
|
0.04
|
0.00
|
0.00
|
Korea
|
21.4
|
0.37
|
0.17
|
0.13
|
0.06
|
Israel
|
20.7
|
0.27
|
0.03
|
-0.04
|
0.28
|
Mexico
|
19.2
|
0.22
|
0.21
|
0.00
|
0.02
|
New
Zealand
|
16.9
|
0.50
|
0.50
|
0.00
|
0.00
|
Chile
|
7.0
|
0.00
|
0.00
|
0.00
|
0.00
|
OECD
|
35.9
|
0.14
|
0.12
|
0.08
|
-0.06
|
1. Single individual without children at the
income level of the average worker.
|
|||||
2. Countries ranked by decreasing total tax
wedge.
|
|||||
3. Due to rounding, the changes in tax wedge in
column (2) may differ by one tenth of percentage point from the sum of
columns (3)-(5). For Denmark, the Green Check (cash benefit) contributes to
the difference as it is not included in columns (3)-(5).
|
|||||
4. Includes payroll taxes where applicable.
|
|||||
Sources: country submissions, OECD Economic
Outlook Volume 2013 (No. 94).
|
Mengikut
laporan Forbes11, Jerman
walaupun mengenakan cukai yang tinggi terhadap rakyatnya, ekonomi negara itu masih
berada di dalam keadaan yang cemerlang. Jerman merupakan gergasi ekonomi di
Eropah dan merupakan yang ke 4 terbesar dunia jika diukur melalui Gross Domestic Production (GDP). Ekonomi
Jerman tetap kekal cemerlang walaupun negara ini telah melabur besar di dalam
menyediakan perkhidmatan sosial yang baik kepada rakyatnya.
Baik dan
Buruk Pendidikan Percuma
Jika
pendidikan tinggi diberikan secara percuma, pastinya ia akan memberikan dampak
yang positif kepada negara dan masyarakat. Ini kerana pendidikan tinggi percuma
akan meningkatkan jumlah bilangan graduan bagi memenuhi permintaan sektor
industri yang semakin membesar. Secara umumnya, negara yang menghasilkan
graduan yang tinggi akan meningkatkan daya saing dan inovatif negara terbabit
jika ilmu dan kepakaran mereka itu digunakan sepenuhnya.
Pendidikan
percuma juga akan memberikan ruang yang lebih adil kepada rakyat di dalam
menikmati kualiti pendidikan yang lebih baik tanpa mengira status latar
belakang pelajar terbabit. Mana mungkin sama, pelajar yang berasal dari
golongan kerabat diraja atau bangsawan dengan pelajar yang mana ibubapanya
berasal dari kampung dan hasil pendapatan mereka kurang daripada RM1500
sebulan. Pendidikan percuma akan memberikan ruang yang sama dan adil kepada
kedua pelajar ini.
Di samping
elemen yang terbukti sangat bermanfaat jika pendidikan percuma dilaksanakan,
kita harus akui bahawa terdapat juga beberapa perkara yang kurang menyenangkan
perlu diambil kira di dalam membahaskan isu pendidikan percuma.
Jika pendidikan
percuma secara penuh dilaksanakan, maka kos perbelanjaan tahunan kerajaan akan
meningkat. Kerajaan tidak mempunyai wang poketnya sendiri, maka ia perlu
menyalurkan peningkatan kos ini kembali kepada rakyat. Hampir semua negara yang
melaksanakan pendidikan percuma mempunyai kadar kenaan cukai yang tinggi
terhadap rakyatnya seperti yang telah dinyatakan sebelum ini. Kos pendidikan
saban tahun akan meningkat selari dengan peningkatan kos harian. Maka rakyat
perlu bersedia untuk sama terbeban dengan peningkatan kadar cukai yang akan
dikenakan kepada mereka.
Selari
dengan peningkatan jumlah pelajar yang akan mendaftar diperingkat pengajian
tinggi, maka infrastruktur kolej atau universiti perlu dipertingkatkan.
Bilangan pensyarah terlatih juga perlu ditambah. Semua ini perlu dilakukan bagi
memastikan kualiti pendidikan tidak terjejas dengan pertambahan jumlah bilangan
pelajar. Sejumlah besar pelaburan perlu dilakukan bagi memastikan hal ini
berlaku dan sekali lagi ia akan melibatkan urusan pertambahan perbelanjaan.
Terdapat
juga kebimbangan pertambahan jumlah graduan akan menyebabkan lambakan graduan
menganggur tanpa pekerjaan. Terdapat kajian daripada Office for National Statistics12 di UK yang menyatakan
47% daripada graduan bekerja dengan kerja yang tidak setaraf dengan taraf
pendidikan mereka. Walaupun statistik ini tidak mengambarkan isu pengangguran,
tetapi dari sudut yang lain ia mengambarkan satu pembaziran tenaga kerja dan
tidak produktif.
Mampukah
Malaysia Melaksanakan Pendidikan Percuma?
Sebelum
menulis panjang, satu perkara yang perlu dijelaskan ialah, Malaysia bukanlah
negara yang mengenakan kos penuh pendidikan kepada rakyatnya. Pendidikan
peringkat rendah dan menengah di Malaysia boleh dianggap hampir percuma secara
umumnya apabila kerajaan telah mengumumkan untuk memansuhkan yuran persekolahan
pada tahun 2012. Maka perbincangan akan memfokuskan kepada isu disekitar
pengajian tinggi sahaja.
Menurut
data yang telah dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), kos
subsidi pendidikan tinggi adalah berjumlah 95% daripada kos yang sebenar. Ini
bermaksud, jika ada pelajar yang mengambil jurusan perubatan di universiti
awam, kos sebenar pengajian dianggarkan berjumlah RM166, 000 tetapi pelajar
hanya perlu membayar yuran sebanyak RM 9000 sahaja. Sebagai bukti komitmen
kerajaan kepada sektor pendidikan, penerima peruntukkan terbesar saban tahun di
dalam pembentangan bajet adalah sektor ini. Pada tahun 2014, kerajaan
memperuntukkan RM 56 billion iaitu bersamaan 21% daripada jumlah keseluruhan
peruntukan pada tahun itu.
Agak sukar
untuk penulis mendapatkan angka yang tepat bagi memberikan jumlah sebenar kos
pengurusan IPTA di Malaysia. Hasil dapatan di alam maya tidak dapat memberikan
angka yang tepat dan konklusif dari sumber KPM. Namun menurut ahli Parlimen Pandan
saudara Rafizi Ramli, anggaran perbelanjaan tahunan bagi IPTA ialah sekitar RM
7.5 bilion13 untuk menampung operasi 20 universiti awam. Beliau
menganggarkan kos tambahan sebanyak RM 600 juta diperlukan bagi melupuskan
yuran universiti berdasarkan kiraan jika 10% baki perlu ditanggung oleh
kerajaan.
Jika mahu
mengambil pendekatan negara Jerman dan Finland dalam menyerap kos perbelanjaan
pendidikan, maka Malaysia perlu menaikkan kadar cukai yang dikenakan kepada
rakyat. Seperti yang dinyatakan sebelum ini, kutipan cukai di Jerman dan
Finland adalah antara yang tertinggi di dunia dengan masing-masing mengutip
49.3 % dan 43.1%. Kutipan cukai Malaysia berada pada kadar sederhana iaitu
0%-26%. Adakah kita bersedia jika kutipan cukai dinaikkan? Dari sudut perbandingan
kekayaan dan saiz ekonomi negara pula, Jerman dan Finland jauh meninggalkan
Malaysia apabila Jerman menduduki tempat ke 18, Finland tempat ke 24, manakala
Malaysia berada di kedudukan ke 55. Senarai kedudukan ini berdasarkan Gross
Domestic Product (GDP) dari tahun 2009 – 201314.
Terdapat
cadangan dari beberapa pihak yang mahu menggunakan dana daripada Petronas bagi
menampung kos tambahan terbabit. Cadangan ini hadir niat yang baik untuk
mengelakkan beban tambahan kos itu pergi kepada rakyat dengan berlakunya peningkatan
cukai yang akan terpaksa dikenakan. Namun cadangan ini bukanlah bersifat jangka
panjang kerana seperti yang umum sedia maklum, sumber minyak akan mencapai
tahap dimana ia akan habis. Kebergantungan kerajaan Malaysia terhadap hasil
Petronas juga amat tinggi dimana ia menjana hampir 40%15 sumber
kewangan negara. Lewat tahun 2014 juga menyaksikan penurunan harga minyak
secara mendadak dan menyebabkan hasil keuntungan Petronas menguncup. Secara
tidak langsung hasil pendapatan kerajaan juga akan menurun. Ini membuktikan bahawa
cadangan untuk membebankan lagi Petronas dengan tambahan kos bukanlah cadangan
yang bersifat holistik.
Kajian
Politik Untuk Perubahan (KPRU), sebuah kumpulan thinktank ada mengeluarkan satu ulasan yang panjang lebar mengenai
pendidikan percuma di Malaysia. Kumpulan ini mempertikaikan pembaziran projek
pendidikan tajaan kerajaan yang berkos tinggi tetapi menemui kegagalan. Memetik
ulasan mereka, “Pembaziran seperti dasar
Kementerian Pengajian Tinggi untuk memantau para mahasiswa yang ditaja
Kementerian untuk memastikan mereka telah memenuhi syarat kelayakan Kementerian
untuk sekurang-kurangnya 60 peratus staf akademik IPTA dilengkapi dengan sijil
PhD atau setaranya pada tahun 2010. Pembaziran sebanyak RM1.02 bilion telah
dibelanjakan pada tahun 2006 sehingga tahun 2011 bagi tujuan ini. Akan tetapi,
program tersebut menemui kegagalan. Menurut Kementerian, faktor-faktor yang
menjejaskan keputusan dasar ini adalah masalah keluarga, melepasi had umur dan
para calon tidak bersedia untuk menghadapi dasar ini.”16
Ulasan
seperti ini menarik untuk kita hadam kerana selain dari mencari dana atau
peruntukan tambahan, adalah lebih baik pengurusan kewangan dan perbelanjaan
negara di kemas kini terlebih dahulu. Masalah ketirisan ekonomi jika ditangani
dengan baik, pastinya berbilion ringgit mampu diselamatkan. Timbalan Perdana
Menteri, Tan Sri Muhyidin Yassin pernah mengakui masalah ketirisan yang berlaku
ketika Majlis Perasmian Persidangan Puteri, Pemuda, dan Wanita UMNO pada tahun
2014. Walaupun beliau menyebut dalam konteks kegagalan Dasar Ekonomi Baru
(DEB), namun ia menjurus kepada permasalahan yang sama iaitu ketirisan ekonomi.
Dengan jumlah yang besar ini pasti mampu menampung perbelanjaan kos tambahan jika
benar pendidikan tinggi percuma mahu dilaksanakan.
Sekadar
Menurut atau Pemikir?
Sebahagian besar
pendukung idea pendidikan tinggi percuma terkadang menjadi terlalu ambil mudah, lebih malang apabila ada dikalangan
mereka itu berlabelkan status mahasiswa. Mereka seringkali menjual nama negara luar
seperti Finland untuk membuktikan bahawa Malaysia patut mencontohi negara
terbabit tanpa mengetahui rinci beza keadaan ekonomi dan sosial. Untuk
mengambil contoh negara yang telah berjaya melaksanakan pendidikan percuma
tidak salah, tetapi untuk mengambil sikap ambil mudah seolah menganggap ia
mudah untuk dilaksanakan itu yang salah. Akhirnya ia menjadi bahan perbalahan
yang lucu dan sia-sia.
Kita harus
lebih bertanggungjawab apabila memperjuangkan sesuatu isu. Dikalangan kita
sudah terlalu ramai yang menjadi “pak
sorak” dari “pak pemikir”. Kita lebih
selesa menurut dan mempercayai cakap-cakap pelakon pentas politik. Kadang kala
apa yang mereka cakap itu terlalu “too
good to be true”, tetapi kita tetap percaya kerana kita malas untuk
berfikir. Jarang kita lakukan semakkan terhadap apa yang telah mereka katakan.
Ini kerana pada sebahagian kita, apa yang mereka hujahkan tentang pendidikan
percuma itu amat enak untuk halwa
telinga. Walhal pentas itu barangkali sudah penuh berbaldi dengan air
kencing.
Perjuangan
menuntut pendidikan tinggi percuma itu memang baik, tetapi kalau sekadar
menjadi pak turut tidak cukup. Jadilah pemikir dalam perjuangan ini, agar
sekurang-kurangnya kita faham tentang apa kita perjuangkan.
Biar sesat
dalam berfikir, jangan lemas dalam hancingan orang.
Rujukan:
- Germany is scrapping tuition fees – why can’t England? (The Guardian, 7 Oct 2014)
- Germany’s great tuition fees U-turn (Times Higher Education UK, 13 Feb 2014) Howard Hotson is professor of early modern intellectual history at the University of Oxford.
- Germany scraps tuition fees after mass student protests cause shift in public opinion (Economy Watch, 7 Oct 2014)
- Lower Saxony Becomes Final German State To Eliminate University Tuition Fees (GermanPulse, 1 Oct 2014)
- Finnish Education Chief: 'We Created a School System Based on Equality (The Atlantic, 17 Mar 2014)
- What Americans Keep Ignoring About Finland's School Success (The Atlantic, 29 Dec 2011)
- The Times Higher Education World University Rankings 2014-2015 list the best global universities and are the only international university performance tables to judge world class universities across all of their core missions - teaching, research, knowledge transfer and international outlook. The top universities rankings employ 13 carefully calibrated performance indicators to provide the most comprehensive and balanced comparisons available, which are trusted by students, academics, university leaders, industry and governments.
- Move towards tuition fees for non-European students (Jan Petter Myklebust and Dr. Ian R Dobson, University Worlds News, 2 Feb 2013)
- 7 countries where Americans can study at universities, in English, for free (or almost free) (Rick Noack, The Washington Post, 28 Oct 2014)
- Organization for Economic Co-operation and Development (OECD)
- Countries With The Highest And Lowest Taxes (Marc Davis, Forbes, 21 Jan 2011)
- Almost half of university leavers take non-graduate jobs (Jasper Copping, The Telegraph, 19 Nov 2013)
- RM 6 bilion untuk beri pendidikan percuma (Media Selangorku, 27 Feb 2013)
- The Richest Countries in the World (Global Finance Magazine, 27 Jan 2015)
- Putrajaya perlu semak bajet ekoran kemerosota harga minyak, kata pakar ekonomi (The Malaysian Insider, 3 Jan 2015)
- Pendidikan Percuma di Malaysia: Bukan Sebuah Fantasi (Kajian Politik untuk Perubahan - KPRU, 3 Mei 2013)
Comments