Manifesto BN vs PH vs GS: Tawaran mana yang lebih baik?


1. Semua parti atau gabungan parti bertanding telah mengemukan manifesto masing-masing. Jika kita membandingkan dari sudut tawaran sosial dan ekonomi, masing-masing ada solusi yang ingin ditawarkan kepada pengundi. Kesemua nampak mengiurkan.
2. Tetapi sebenarnya ada garis jelas yang membedakan ketiga-tiga manifesto ini, iaitu komitmen untuk melakukan reform institusi tertentu yang menyumbang kepada masalah korupsi dan salah guna kuasa dinegara ini.
3. Manifesto BN ada menyentuh bab ini, tetapi tumpuan hanya diberikan kepada peringkat PBT sahaja. Seolah-olah isu utama dinegara ini adalah korupsi diperingkap PBT.
4. Gagasan Sejahtera yang dikepalai oleh Pas, ada juga menyentuh isu tadbir urus, tetapi masih tidak lengkap dan menyeluruh. Pas tidak menyentuh “kunci” utama isu tadbir urus yang baik, kecuali komitmen meletakkan SPRM dibawah Parlimen. Ada disentuh yang lain, tetapi tidak diperincikan pula cadangan tindakan yang akan diambil.
5. Pakatan Harapan (PH) pula berbeza dan mengambil langkah berani.
  • PH akan mengehadkan tempoh PM kepada hanya 2 penggal sahaja.
  • Menjadikan SPRM sebagai badan bebas dan punyai kuasa autonomi yang tidak melapor terus kepada PM, sebaliknya melaporkan terus kepada Parlimen Malaysia.
  • Memisahkan Pejabat Pendakwaraya Negara daripada Pejabat Peguam Negara.
  • Mengembalikan wibawa institusi Parlimen dengan memastikan Speaker Dewan rakyat lebih adil, bertanggungjawab dan non partisan. Ketua pembangkang juga akan diberikan status dan peruntukkan yang sama seperti seorang menteri.
  • Membebaskan SPR dari kawalan politik kepartian dan meletakkannya dibawah pemantauan Parlimen.
7. Ada banyak lagi yang ditawarkan kepada pengundi oleh PH bagi memperbaiki institusi awam ini. Selebihnya boleh dirujuk kepada Buku Harapan.
8. Adalah penting sebagai pengundi untuk tidak hanya melihat kepada pembangunan ekonomi, sosial dan “gula-gula” politik, tetapi juga kepada penambaikkan / reform kepada institusi negara.
9. Tidak guna jika pelan atau tawaran pembangunan tampak menarik dan mempersonakan, tetapi akhirnya akibat ketirisan dan salah guna kuasa, pembangunan itu akan berakhir dengan penjahanaman duit rakyat.
10. Undilah gabungan parti yang akan memberikan jaminan serta tawaran bagi menjadikan ahli politik sukar atau amat mustahil bagi melakukan korupsi atau salah guna kuasa jika memerintah. Tidak kiralah siapa pun yang akan memegang tampuk kuasa, PH, BN atau pun GS.

Comments