TANJUNG PIAI - MAHU BACA SEBAGAI APA?



1. Aku tak nak komen terlalu detail tentang result PRK Tanjung Piai, sebab jujurnya aku tak terlibat secara langsung waktu kempen. Tak adil untuk aku bagi komen secara spesifik isu yang mungkin bersifat lokal disana.

2. Tapi aku nak kongsi pengamatan aku terhadap pemerintahan PH selama 1 tahun setengah ini secara umum. Some how aku rasa ia ada beri kesan & bentuk persepsi umum rakyat.

3. Aku fokus kepada kelemahan utama dan fatal untuk diperbaiki.

4. Antara kelemahan (baca: kegagalan) utama kerajaan PH ialah penerangan / komunikasi sebagai kerajaan (baca: parti pemerintah) kepada rakyat.

5. Walaupun DAP ada Roketkini, Keadilan ada Keadilandaily, Amanah ada Malaysiadateline, Bersatu ada..... opss tak ada apa-apa. Kesemua unit media ini tidak mampu jadi entiti media yang berkesan. Update berita pun jarang yang amat. Satu hari entah berapa berita atau tulisan yang mereka kongsikan?

6. Aku yang update page ARMADA bahagian ini pun satu hari pun boleh dapat lagi banyak perkongsian dan 'likes'.

7. Umno-BN-Pas masih ada akhbar cetak berpengaruh besar seperti Utusan (sebelum lingkup), dan The Star. Mereka juga ada media online seperti The Star Online, Malaysia Gazette dan Harakahdaily. Paling penting, kehadiran mereka secara online amat dirasai.

8. Aku ulang sekali lagi, SANGAT-SANGAT dirasai. Entah tak terkira betapa banyak aku lihat unit media / penerangan mereka buat video propaganda, temubual, talk show, dan FB live bagi menghentam dan cipta persepsi mengenai kerajaan PH. View pula setiap kali siaran cecah puluhan ribu dan hingga ada yang cecah ratusan ribu hingga juta.

9. Itu belum kira soal betapa ramainya cybertroopers mereka yang gigih dan giat komen dan viralkan isu yang membentuk persepsi negatif terhadap PH.

10. Mereka juga ada beberapa figur besar media sosial yang rajin untuk menulis ciapan atau mengulas isu semasa. Figur ini yang selalu ciapan atau tulisan mereka dikongsi oleh ribuan pelayar internet. Hasilnya capaian mereka sangat luas dan organik.

11. Kerajaan PH tiada media cetak yang effektif dan bersifat perdana. Siaran TV milik kerajaan seperti RTM atau Bernama entah siapa lagi yang menonton. Di media online juga seperti hidup segan mati tak mahu. Figur besar media sosial yang boleh dijadikan rujukan juga hampir tiada.

12. Ada juga yang sebut kegagalan utama PH sebenarnya ialah kegagalan untuk tunaikan janji menifesto.

13. Disamping aku bersetuju dengan sebahagian kenyataan ini, aku tak rasa ia patut beri dampak yang sebesar ini (berdasarkan keputusan PRK Tanjung Piai). Banyak yang bertebaran soal janji ini bersifat persepsi, salah info dan twist pembangkang.

14. Aku bagi contoh soal janji nak hapuskan hutang PTPTN, dan harga minyak petrol RM1.50 / liter. Kedua-dua hal ini disebut di dlm buku manifesto harapan, tetapi isi janjinya berbeza.

15. Tetapi apa yang berlaku ialah sebahagian besar rakyat berpegang kepada "janji" ini yang tidak dibuat oleh PH. Janji untuk dilaksana dalam tempoh 5 tahun pun sudah seakan sepatutnya dilaksana hari semalam.

16. Sebenarnya ada banyak janji PH yang telah dilaksanakan, tetapi berapa ramai rakyat tahu / maklum dan adakah ia beri kesan langsung atau tidak langsung kepada mereka?

17. Pembangkang berjaya cipta "persepsi" bahawa PH tidak tunaikan semua janji dan telah "kencing" rakyat walaupun kenyataan ini tidak semestinya benar. Ini menunjukkan kegagalan jentera penerangan kerajaan / parti pemerintah.

18. Ini aku belum lagi sembang soal naratif Melayu & Islam terancam, DAP jadi macai Bersatu, Amanah khadam DAP, PKR vs PKR etc.

19. Aku kena bagi kredit juga, aku nampak sudah ada sedikit momentum untuk digerakkan jentera penerangan, ARMADA terutamanya.

20. Apa sebenarnya masalah dalaman PH (parti / kerajaan) berkaitan jentera penerangan aku sendiri tak pasti. Apakah masih berpegang kepada pendapat media perlu bebas tanpa keterikatan terhadap parti politik? Atau tiada dana khusus untuk bantu pertingkat dan perkemas jentera penerangan?

21. Atau sebenarnya Kementerian Multimedia & Komunikasi sedang dikepalai oleh seorang mahluk yang tak reti buat kerja atau dalam bahasa lain, tak kompeten?

22. Aku serahkan kepada pembaca untuk buat penilaian sendiri.

BIGGER ISSUE

23. Selain isu ini, aku foresee isu yang lebih parah. Pertembungan merentasi garis parti yang boleh membunuh gabungan PH dan juga Muafakat Nasional-BN.

24. Orang Cina secara general tidak kira penyokong DAP atau MCA memang konsisten mempertahankan isu pendidikan mereka. Mereka bersama dan satu hati jika dirasakan kepentingan pendidikan Cina terancam.

25. Ambil isu tulisan Jawi sebagai contoh. Orang Cina marah PH kerana isu ini. Orang Melayu juga marah PH kerana isu ini.

26. Kedua-dua kaum ini ambil sikap saling bertentangan pendirian. Orang Cina bantah jawi, dan orang Melayu pula sokong dan pertahankan tulisan jawi. Tetapi kesannya sama terhadap PH dimana sokongan oleh kedua-dua kaum merudum.

27. Jika yang jadi pemerintah ketika ini BN, aku sangat yakin trendnya akan sama kerana isu ini rentas politik kepartian.

28. Janji pengiktirafan sijil UEC akan tiba juga akhirnya nanti. Ini akan menjadi padang pertempuran yang rentas blok parti sekali lagi. Impaknya akan jadi lebih parah.

29. Bagaimana PH akan menguruskan isu ini kelak? Yang pasti, ambil jalan tengah akan menyebabkan kehilangan sokongan kedua-dua kaum.

30. Benar. Ia amat sukar.

MAHATHIR PERLU UNDUR

31. Ada dua tiga mahluk terkinja-kinja salahkan Mahathir apabila PH kalah teruk di Tanjung Piai. Semua kesalahan ingin diletakkan dibahu orang tua 94 tahun ini.

32. Ketika PH menang PRU14, berat pula nak terima hakikat percaturan Mahathir lah yang bawa pembangkang jadi kerajaan buat pertama kali didalam sejarah Malaysia.

33. Soalnya benarkah apabila Anwar naik ganti Mahathir, sokongan rakyat akan pulih?

34. Banyak komentator yang sebut hal ini ikut blok kepartian. Keutamaan rakyat lebih kepada isu ekonomi, pendidikan, kos sara hidup, kualiti hidup, perpaduan rakyat etc. Anwar PM8 entah number ke 32 atau 49.

35. Benar, Anwar adalah penganti Mahathir. Khalas. Tetapi isunya menaikkan Anwar sekarang belum tentu mampu menyelesaikan isu ini.

36. Bahkan 'civil war' didalam PKR mungkin bisa sahaja merebak dan memecahkan gabungan PH kelak.

Comments