Friday, May 29, 2009

Kassim Ahmad dan Pemikirannya

Kassim Ahmad mungkin nama yang asing bagi sesetengah masyarakat Malaysia, terutamanya generasi muda yang lahir pada tahun lewat 80-an dan 90-an. Namun bagi mereka yang sentiasa aktif dalam membaca isu-isu berkaitan tentang politik dan agama Islam, pastinya nama Kassim Ahmad ini sinonim dengan kontroversi di dalam kedua-dua lapangan ini. Penulisan ini akan memperkatakan tentang sejarah hidupnya secara ringkas dan penumpuan akan diberikan pada corak pemikirannya yang agak kritikal.

Biografi Kassim Ahmad

Kassim Ahmad dilahirkan pada 9 September 1933 Kampung Kubang Tampang, Kubang Pasu. Nama asal beliau sebenarnya Osman, namun ditukar kepada Kassim kerana menurut kepercayaan masyarakat Malayu lama nama bayi perlu ditukar jika bayi itu kerap sakit. Ayahnya bernama Ahmad Ishak, seorang guru agama manakala ibunya bernama Ummi Kalthum Hj Ahmad. Antara pendidikan awal beliau adalah di Kolej Sultan Abdul Hamid iaitu sekolah terbaik dan tertua di negeri Kedah. Kemudian beliau melanjutkan pelajaran ke Universiti Malaya (ketika itu masih di Singapura) dengan menghasilkan tesis yang bertajuk ‘Characterization in Hikayat Hang Tuah’ yang mana akhirnya tesis ini mencetuskan revolusi pada pemikiran masyarakat Melayu ketika itu apabila beliau mengemukakan idea baru pejuang bangsa dengan watak Hang Jebat ditampilkan sebagai pejuang. Buku ‘Hadis-Satu Penilaian Semula’ (1986) merupakan buah tangan beliau yang paling kontroversi apabila berlaku tuduhan dan kecaman yang dasyat terhadap beliau. Hal ini berlaku gara-gara kandungan buku itu yang mengkritik hadis yang bercanggah dengan Al-Quran sehingga beliau dituduh sebagai golongan ‘Anti-Hadis’. Buku ini telah diharamkan beberapa bulan selepas penerbitannya, namun isi kandungan buku ini tersebar luas ke luar negara apabila ada usaha untuk mengalih bahasa kepada bahasa Inggeris. Pencapaian cemerlang beliau dalam bidang politik adalah apabila menjawat jawatan Pengerusi Parti Sosialis Rakyat Malaysia selama 18 tahun (1966 - 1984) sehingga beliau mengambil keputusan untuk berhenti. Beliau dan rakan sealiran dengannya telah menubuhkan Jemaah Al-Quran Malaysia (JAM) pada 11 Jun 1995 dengan bertujuan menyeru masyarakat Malaysia dan dunia kembali kepada ajaran Tuhan melalui kitab-Nya iaitu Al-Quran.

Pemikiran Kassim Ahmad

1. Di depan Masjid itu, konon, seorang pembela hantu tinggal. Saya tidak ingat namanya. Orangnya besar dan tinggi. Kononnya, bila dia meninggal, nyawanya amat susah mahu keluar ................... Saya tidak percaya akan segala khurafat ini. saya ceritakan ini – dan saya menyaksikan sendiri banyak kejadian – untuk menunjukan bahawa masyarakat kita banyak mengandungi adat-adat mundur yang menruntun kemajuan kita. Bagaimana kita menghuraikan adat-adat mundur ini?(ruj m/s 27: Mencari Jalan Pulang – Daripada Sosialis Kepada Islam, Kassim Ahmad)

- Penulis amat bersetuju untuk kita membendung sikap sesetengah masyarakat Melayu yang senantiasa mengikat pemikirannya pada cerita karut-marut hasil daripada warisan nenek moyang yang belum tentu miliki kebenarannya. Banyak adat warisan ini mengekang pemikiran umat Melayu Islam agar terus berfikir secara saintifik dan mementingkan kebenaran sesuatu fakta.

2. ‘Walaupun bapa saya guru agama, belajar agama di sekolah pondok selama lapan tahun, beliau tidak pernah menyuruh saya membaca Quran dalam bahasa Melayu atau bahasa Inggeris yang saya fahami. Demikian juga guru agama kami di kolej itu, Sheikh Abdul Hamid, yang juga Guru Besar di Sekolah Ma’had Alor Star................Inilah tradisi: faham atau tidak faham,Quran dibaca dalam bahasa Arab. Tidak digalakkan dibaca dalam bahasa Melayu atau Inggeris!’ (ruj m/s 53-34: Mencari Jalan Pulang – Daripada Sosialis Kepada Islam, Kassim Ahmad)

- Ini suatu fakta dan realiti yang menarik untuk difikirkan. Kita rajin membaca sesuatu yang kita sendiri tidak faham. Pemikiran tradisionalis sentiasa menganggap membaca itu sudah memadai, namun untuk memahami kita perlu belajar ke negara Arab. Kita harus membezakan istilah memahami dan mentafsirkan Quran. Kita boleh memahami isi kandungan Al-Quran tanpa perlu belajar sehingga ke Al-Azhar, pelbagai buku dan terjemahan sedia ada untuk membantu kita memahami Al-Quran. Namun untuk sampai ke tahap mentafsirkan isi kandungan Al-Quran, itu memerlukan tahap kesarjanaan yang tinggi dalam ilmu Islam.

3. ‘Apabila buku Hadis Keluar, masyarakat Islam di Malaysia memandang serong saya. Mereka cap saya ‘Anti-Hadis’, walaupun saya tidak menolak semua hadis. Saya hanya menolak hadis yang terang-terang bercanggah dengan ajaran-ajaran Quran. ‘ (ruj m/s 64: Mencari Jalan Pulang – Daripada Sosialis Kepada Islam, Kassim Ahmad)

- Penjelasan mengenai terdapatnya hadis yang seakan bercanggah dengan Al-Quran telah pun dijelaskan oleh beberapa tokoh agama di Malaysia dan dunia umumnya. Antaranya Kapten Hafiz Firdaus melalui bukunya ‘20 Hujah Golongan Anti Hadis & Jawapan’. Contoh jawapan kepada kekeliruan yang ditimbulkan dalam bukunya itu ialah:

Hadis-hadis dua kalimah syahadah yang diajar oleh Rasulullah sallallahu-alaihi-wasallam: “Aku bersaksi bahawa tiada tuhan selain Allah dan aku bersaksi bahawa Muhammad adalah pesuruh Allah” adalah bercanggah dengan syahadah yang diajar oleh al-Qur’an melalui lisan Nabi Ibrahim alaihi-salam:

Aku serahkan diri (tunduk taat) kepada Tuhan Yang Memelihara dan mentadbirkan sekalian alam [al-Baqarah 2:131]

Penjelasan:Dakwaan wujudnya percanggah ini adalah sangat lemah kerana jika dikaji ucapan Nabi Ibrahim alaihi-salam tersebut, ia adalah sebagai menyahut firman Allah Subhanahu waTa’ala kepadanya:

(Ingatlah) ketika Tuhannya berfirman kepadanya: “Serahkanlah diri (kepadaKu wahai Ibrahim) !” [al-Baqarah 2:131] Mendengar firman Allah ini maka menjawablah Nabi Ibrahim alaihi-wasallam:

Nabi Ibrahim menjawab: “Aku serahkan diri (tunduk taat) kepada Tuhan Yang Memelihara dan mentadbirkan sekalian alam”. [al-Baqarah 2:131]

Sesiapa yang menelusuri firman Allah Subhanahu waTa’ala kepada Nabi Ibrahim alaihi-salam dan jawapannya sepertimana dalam ayat di atas akan mendapati ia tidak sedikitpun memiliki erti mengatasi, membatalkan atau menyanggahi syahadah: “Aku bersaksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku bersaksi bahawa Muhammad adalah Rasul Allah.” Syahadah yang diajar oleh Rasulullah ini terbahagi kepada dua bahagian: Syahadah pertama bererti bahawa seseorang itu sedia mentauhidkan Allah Subhanahu waTa’ala sebagai Tuhan yang satu-satunya layak disembah dan sedia mengakui bahawa semua urusan langit dan dunia tertakluk kepada kekuasaan dan kehendak-Nya. Syahadah kedua bererti seseorang itu sedia menerima dan mengiktiraf Nabi Muhammad sallallahu-alaihi-wasallam sebagai Perutusan Allah, yakni dengan menerima dan mentaati segala perintah-larangan syari’at agama yang dibawanya. Perkataan saksi dalam kedua-dua kes di atas bukanlah bererti saksi sepertimana dalam kes mahkamah, tetapi bererti ikrar, pengakuan pengesahan, pembenaran dan pembuktian. Persaksian ini tidak lengkap dengan sebutan mulut sahaja tetapi hanya setelah ia tersemat kukuh di jiwa dan dibuktikan dengan perbuatan harian. Oleh itu seseorang yang bersyahadah tetapi dia masih menyembah berhala atau enggan solat sepertimana Rasulullah solat, maka syahadahnya tidaklah dikira sah. Dua kalimah syahadah yang diajar oleh Rasulullah ini memang tidak terdapat lafaznya di dalam al-Qur’an, tetapi maksudnya adalah merupakan terbitan dan rumusan dari seluruh keterangan, ajaran dan perintah al-Qur’an itu sendiri. Tiada siapa yang akan mempersoalkan hakikat ini kecuali orang yang benar-benar tidak mengenal al-Qur’an.

(ruj: 20 Hujah Golongan Anti Hadis & Jawapannya, Hafiz Firdaus Abdullah)


4. ‘Singapura-ala-Lee Kuan Yew, suatu pulau kecil di dalam lautan budaya Melayu, suatu kemustahilan pada jangka panjang............. Singapura harus kembali ke pangkuan ibunda. Tiada tempat bagi Singapura sebagai benteng imperialisme dalam abad ke-21 ini.’ (ruj m/s 86: Mencari Jalan Pulang – Daripada Sosialis Kepada Islam, Kassim Ahmad)

- Suatu perasaan yang dikongsi oleh ramai insan di Malaysia, masyarakat negeri Johor terutamanya. Walaupun hubungan Malaysia dalam konteks semasa disifatkan sebagai ‘duri dalam daging’, namun ia umpama mencincang air yang tidak akan putus. Survival negara pulau kecil ini akan terus bergasak dalam keadaan geografinya yang semakin mendesak kepada perluasan daerahnya. Singapura juga akan terus mendabik dada selagi mana kuasa imperialisme yang mendukungnya masih bertahan, namun itu dalam jangka masa yang boleh dijangkakan.

5. ‘Yang menghalang umat Islam daripada mencapai kekuatan ini ialah mereka sendiri. Sesetengah negara Islam lebih percaya kepada kaum penjajah Inggeris-Amerika daripada rakyat mereka sendiri. Perang Teluk satu contoh yang jelas. Mereka mengutamakan keuntungan-keuntungan material yang mereka boleh dapat dari kuasa-kuasa Barat ini. Mereka harus ingat bahawa kekuatan material yang mereka mahu itu boleh kita bangunkan dengan menggunakan sumber-sumber dan tenaga kita sendiri. Mereka harus ingat juga bahawa kuasa-kuasa Barat yang "menolong" mereka ini mempunyai niat jahat mereka sendiri yang merugikan umat Islam.’ (ruj: Umat Islam Mestiah Berani Keluar Dari Kejumudan Mereka, Kassim Ahmad)

- Fakta dan realiti yang sedang berlaku, bukan hanya didunia Arab, hatta di alam Melayu juga ia telah berlaku dan masih terus berlaku. Dalam banyak hal, kita boleh mencontohi negara Iran yang mana membangunkan negaranya menggunakan kebanyakkan usahanya sendiri. Maka hala tuju negara itu berhak untuk sendiri ia tentukan, banyak dasar-dasar luar negara Iran begitu vokal dan sentiasa ‘telling the truth’ kepada kuasa dunia. Kebebasan dan kelantangan suara mereka dibayar oleh usaha gigihnya yang tidak mengikat dirinya pada mana-mana kuasa imperialisme dunia seperti United States (US) dan juga British.

Kesimpulan:

Kassim Ahmad mempunyai pemikiran yang berhaluan kiri dan sosialis pada awal penglibatannya dalam dunia pemikiran, namun beliau sifatkan dirinya sudah menemui jalan pulang apabila kembali kepada ajaran Al-Quran. Walaupun ada sebahagian pemikirannya dilihat sedikit memesong daripada neraca ilmu, namun sebahagian yang lain ia mempunyai nilai yang tinggi. Pemikiran kritikal dan sentiasa ingin berfikir pada luar kotak tradisionalis seharusnya wajar dikongsi bersama pemikir Melayu yang lain. Sikap sebahagian umat Melayu yang suka melabel tanpa menjawab isu pokok amatlah dikesali, nasib Kassim Ahmad seharusnya tidak berlaku pada pemikir yang lain. Jika ada yang tersesat jalan, maka jalan keluar harus diberikan. Kita usahlah meletakkan mereka pada suatu sudut, dan kemudian semua telunjuk kesalahan diletakkan pada mereka semata!

Nota kaki: Buah tangan terbaru Kassim Ahmad iaitu ‘Mencari Jalan Pulang – Daripada Sosialisme Kepada Islam’ sewajarnya menjadi bacaan rakyat Malaysia. Buku berbentuk pengalaman hidupnya ini ditulis kata pengantar oleh Tun Dr Mahathir yang mana pernah menyifatkan Kassim Ahmad sebagai musuh politiknya. Namun akhirnya mereka kini berkongsi meja membincangkan permasalahan umat Melayu dan Islam.


Oleh: Ajim
http://www.ajimtajdid.blogspot.com/

Sunday, May 24, 2009

ye kak, nak ikan?

Tatkala cuti2 yang takda koje nie.. aku kadang2 mengiatkan diri menjadi suri rumah tangga separuh masa.. so, kadang2 kena pegi pasar beli barang dapur (ank sapa la nie! hahaahaaa).. kebetulan, membe aku keje dgn bapak die kat pasar.. tapi kedai 2 die yg jaga la, rajin giler la die.. walaupun asal niat aku bila dtg kedai dia nak beli barang sekejap aje, tapi akan jadi lama sebab aku dok bantai sembang dgn die.. mamat nie kira antara bes fren aku mase sek kat bukit gambir la.. tgh dok bantai bersembang, tibe2 dia tanya aku satu soklan..

‘Ko bile nak kawen jim........?’

Apa kejadahnya dia tibe2 tanya soklan 2 kat aku? Aku masih muda ag rasanya.. haha.. aku pun bg jawapan yang agak tipikal la bg student2 cam aku nie..

‘aku blaja ade ag setaun.. pas 2 nak cari umah ag.. nak beli kete… myb 30-an kut..’

Tipikal kan? Sgt tipikal bagi aku.. tapi bagi member2 sek lama aku, yg xda rezeki nak sambung blaja.. ramai yg dah pk nak kawin.. dan ade yg dah kawin pun.. aku mula2 agak terkejut badak la bila membe aku bgtau yang sorg membe lama aku dah kawin (bunyi cam bese kan?), dan dah ade 3org anak!! (luar besekan bg umur 22 taun?)

bila aku tanya dia keje ape skang, membe aku cakap dia keje menyawit.. pergh, tough guy! Sbenarnya ramai ag membe2 lama yg dah kawin.. dah ada ank pun ramai.. tapi, paling record 3org anak la setakat nie yg aku tau.. aku pun perbualan cite pasal kawen2 nie..

‘sekarang nie duit hantaran pun dah mahal, nak2 rm7000 skang. Ko dah kumpul duit ke? ‘

Aku xtau kenapa aku tanya soklan 2, myb sebab dia dah ade kerja sendiri kot.. aku xingat apa jawapan die.. tapi yg pasti dibaluti oleh senyum dan ketawa.. dia calon pun dah ade.. mak bapak pun dah selalu jumpe..

‘ye kak.. nak ikan ape?’

Tibe2 dtg seorg pelanggan dtg kekedai membe aku 2.. maka terbantutlah perbualan aku dgn die.. kdg2 jeles gak, diorg dah merasa nikmat perkahwinan.. haha.. aku sebenarnya xtau kenapa aku wat posting nie.. korg pk la sendiri! Askm..

*silalah ke kedai membe aku 2 kat pasar tani bukit gambir.. sokonglah peniaga muslim.. hehe..

Wednesday, May 20, 2009

Bercakap Dengan ZIONIS (siri akhir)

Penjelasan mengenai gerakan Zionism telah pun dibincangkan pada siri yang lalu, oleh itu, siri kali ini akan mengupas isu gerakan sekumpulan golongan Yahudi Orthodoks yang tidak bersikap pro-Zionis dan memilih untuk berbeza pendirian dengan kumpulan Yahudi Sekular yang berfahaman Zionism.

Penulis sebelum ini pernah menyatakan tentang fakta bahawa tidak semua Yahudi adalah Zionis dan begitu juga sebaliknya. Kewujudan kumpulan Neturei Karta (The Guardians of The City) telah membuktikan kebenaran fakta ini. Menurut kefahaman mereka, gerakan Zionis dan penubuhan negara Israel adalah bertujuan untuk merosakkan agama Yahudi. Mereka juga mendakwa gerakan Zionism tidak sesekali mewakili bangsa Yahudi secara keseluruhan dan mereka yang berpegang kepada fahaman Zionis ini dianggap kafir oleh mereka. Gerakan ini diasaskan di Jerusalem, Palestin pada tahun 1938 hasil dari serpihan pecahan kumpulan Agusdas Yisroel. Agusda Yisroel pada awalnya wujud menentang aliran Zionism, tetapi akhirnya mula melemahkan pegangnya apabila ramai dikalangan pengikutnya mulai terpengaruh dengan gerakan Zionism. Masalah ini berlarutan apabila Rabbi Cook the Elder mengeluarkan fatwa wajib bagi bangsa Yahudi seluruh dunia menyokong gerakan Zionism berdasarkan tafsiran semula Talmud. Bagi mereka yang masih berpegang teguh pada kepercayaan asal dan meneruskan penentangan terhadap Zionis, mereka menyisihkan diri daripada kumpulan Agusdas Yisroel dan membentuk Neturei Karta.

Antara perbezaan yang ketara di antara Neturei Karta dengan golongan Zionis adalah sikap mereka terhadap isu negara Israel di Palestin. Kumpulan Neturei Karta sama sekali menentang pembinaan negara Israel (Erez Yizrael) kerana beranggapan bahawa ini hak Tuhan mereka untuk menentukannya, apatah lagi pembinaan negara Erez Yizrael menumpahkan banyak darah serta mengambil hak orang lain. Mereka berpegang pada apa yang disebut di dalam Tenach, "not with armed force and not with power, but in My spirit says the Lord of Hosts." Mereka sebenarnya yakin terhadap kedatangan ‘Messiah’ yang telah dijanjikan Tuhan untuk pulang bersama ke Palestin dan hidup aman dan harmoni dengan penduduk lain dalam keadaan beriman kepada Tuhan. Sesuatu yang menarik untuk dikongsi bersama, terdapat kisah ‘Messiah’ dalam versi agama Kristian, Yahudi dan juga Islam, namun apakah kebenaran disebalik cerita ‘Messiah’ ini dari sudut Islam?

Sesuatu yang menarik untuk dikongsikan, kumpulan ini bukan hanya tidak mengiktiraf gerakan Zionism, mereka banyak mengeluarkan kenyataan-kenyataan yang menyatakan kerelaan mereka untuk bernaung dibawah kerajaan Islam berbanding dibawah pemerintahan Zionis. Kenyataan ini dibuat di dalam akhbar-akhbar mereka sejak dari tahun 1944 lagi. Mereka juga sering kali mengeluarkan kenyataan-kenyataan mengutuk kerajaan Israel dan sering kali menggantung bendera Israel separa tiang apabila tiba hari sambutan kebangsaan penubuhan negara Israel yang dilakukan pada setiap tahun. Kenyataan paling berani yang pernah dikeluarkan oleh mereka adalah mengenai kesediaan mereka untuk hidup bersama-sama kaum muslimin di dalam sebuah negara Islam Palestin. Hal ini telah mendatangkan tindak balas yang negatif oleh pihak Zionis apabila penempatan mereka di Mea Sherim telah dikacau dan dihuru-harakan oleh rejim Zionis. Akhirnya, mereka mengambil keputusan untuk keluar berhijrah meninggalkan wilayah Palestin.

Gerakan Neturei Karta kini telah mempunyai 60 000 keahlian diserata dunia dan berpusat di Brooklyn, AS. Mereka juga sering berhubung dengan United Nation (UN) untuk menyuarakan pandangan-pandangan mereka terhadap isu Palestin dan menggesa UN agar tidak mengiktiraf kewujudan negara Israel. Usaha mereka juga meliputi masyarakat antarabangsa apabila ia menyeru masyarakat dunia agar tidak mengiktiraf kewujudan negara Israel dan ia perlu digantikan dengan negara Palestin yang merdeka.

Terdapat juga segelintir golongan Yahudi yang merasa tidak selesa dengan gerakan Zionis terutamanya ‘Christian Zionist’. Mereka merasa tidak selesa disebabkan oleh beberapa isu seperti ‘Christian replacement theology’,’ evangelical proselytizing’ dan hal-hal berkaitan dengan isu politik domestik. Mereka juga merasakan bahawa Kristian Zionis adalah lebih konservatif terhadap isu di Palestin lebih daripada orang Yahudi sendiri. Apabila kerajaan Israel memberi sebahagian kawasan Israel kepada penduduk Palestin, berlaku kritikan yang hebat daripada golongan Kristian Zionis. Golongan Kristian Zionis beranggapan bahawa negara Israel adalah pemberian kepada bangsa Yahudi oleh Tuhan. Pat Robertson menyatakan bahawa, “It’s an absolute disaster...I don't think the holy God is going to be happy about someone giving up his land.” Dia juga mendakwa bekas Perdana Menteri Israel, Ariel Sharon jatuh sakit adalah sebagai balasan kerana menyerahkan sebahagian Israel kepada rakyat Palestin.

Kesimpulan

Isu yang melibatkan negara Palestin bukan membabitkan pertempuran diantara umat islam dengan bangsa Yahudi semata, hakikatnya jika isu ini dinilai dari kacamata yang lebih luas, umat Islam sebenarnya berhadapan dengan hampir keseluruhan kuasa besar dunia yang menganuti akidah Zionis. Usaha untuk melahirkan kembali tokoh pahlawan Islam sehebat Sallehudin Al-Ayubi hasil usaha tajdid oleh Imam Al-Ghazali bukan mampu untuk direalisasikan dalam masa puluhan tahun, bahkan ia mungkin mengambil masa ratusan tahun. Kewujudan negara haram Israel moden masih boleh dianggap terlalu baru, sejarah telah membuktikan hal ini. Usaha menyedarkan umat islam tentang hakikat pertemburan yang sedang berlaku di antara gerakan Zionism (terutamanya Kristian Zionis) dengan agama Islam perlu dicanangkan secara meluas. Perlu juga penulis ingatkan,usahlah kita terlalu mendabik dada dengan sejumlah besar bantuan kewangan yang disumbangkan saban tahun kepada rakyat Palestin, kerana belum pasti sumbangan kita itu sampai ke kumpulan sasaran. Di sekeliling bumi Palestin, ramainya jasad Islam yang mati jiwanya namun Zionis mindanya kerana sentiasa ingin memenuhi kantong poket dengan darah saudaranya!

Rujukan:

  1. Zionis-Musuh Sebenar Kaum Yahudi, Maszlee Malik (UIA)

  2. Christian Zionism, David Krusch (Jewish Virtual Library)

  3. Zionism versus Judaism, Dr Azzam Tamimi (Pemikir Politik Islam, UK)

  4. The Great Gulf Between Zionism & Judaism, G. J Neuberger (Member of Neturei Karta)


Oleh: ajim

http://www.ajimtajdid.blogspot.com


Saturday, May 16, 2009

Bercakap Dengan ZIONIS (siri 2)

Pada siri yang lepas, kita telah dapat lihat bagaimana kaitan kejatuhan Empayar Islam Uthmaniyyah dengan usaha secara terancang pihak kuasa besar dunia dalam memecahkan negara Palestin daripada kekuasaan Uthmaniyyah. Pastinya ada pembaca yang terfikir, apakah kaitan dengan kuasa besar dunia itu dengan bangsa Yahudi? Siri ini akan mengupas bagaimana dan mengapa gerakan Zionism didukung kuat oleh kuasa besar yang berkerajaan Kristian.
Gerakan Zionism



Nama tokoh Yahudi selaku ‘Pioneers’ gerakan Zionis seperti Theodore Herzl (1860-1904)pastinya dikenali ramai, namun hakikatnya ia telah dipelopori sejak ratusan tahun lalu seperti Shabbetai Zvi (1626-1676), Judah Alkalai (1798-1878), Moses Hess (1812-1875), dan Leo Pinsker (1821-1871). Gerakan Zionis telah dilancarkan oleh Theodore Herzl pada tahun 1897 dan diperakui dalam ‘World Zionist Congress’ di Basle pada 27-29 Ogos 1897. Gerakan ini telah menjadi satu usaha diperingkat global untuk mewujudkan sebuah negara Israel di Palestin dan seterusnya mendapatkan sokongan kepada kewujudannya. Herzl mewujudkan hubungan diplomatic yang kuat bagi mendapatkan sokongan kuasa besar ketika itu dan memujuk British untuk terlibat sama dalam ‘Jewish Project”.

Sebenarnya, negara Palestin merupakan bukan pilihan utama sebagai tempat penubuhan negara Yahudi, tetapi Herzl memilih sebuah negara di Afrika iaitu Uganda sebagai pilihannya namun ditolak sewaktu ‘Second Zionist Conference’. Pada tahun 1898 sewaktu lawatannya ke Palestin, dia tidak merasa berminat dengan Palestin kerana negara Palestin ketika itu kotor dan telah berlaku pencemaran. Akhirnya, untuk mengekalkan strategi agar terus berkuasa, Herzl bersetuju memilih Palestin sebagai pilihan penubuhan negara Israel. Antara usaha yang dilakukan oleh Herzl adalah menawarkan bantuan kewangan kepada Sultan Abdul Hamid (Kerajaan Uthmaniyyah) sebagai pertukaran kepada kewujudan negara Israel di Palestin, namun Sultan Abdul Hamid mengambil keputusan untuk menolak cadangan itu. British mengambil alih ‘Zionist Project’ apabila World Zionist Organization tajaan Herzl gagal mencapai kejayaan yang besar dan akhirnya British berjaya mendapatkan negara Palestin pada september 1918.

Semasa kekuasaan British di Palestin (1918-1948), pintu negara Palestin telah dibuka dengan seluas-luasnya untuk menerima kemasukan pelarian Yahudi dari seluruh dunia. Bilangan penduduk Yahudi meningkat secara mendadak dari 55 000 orang (1918) kepada 646 00 orang (1948). Selepas perang Dunia ke-2 dan penubuhan negara Israel di Palestin, pihak Zionis mengalami kesukaran untuk memujuk lebih ramai bangsa Yahudi masuk ke dalam Palestin. Jika hal ini berterusan, negara Israel akan mengalami masalah dari segi demografi penduduk apabila rakyat asal Palestin berjumlah jutaan orang. Namun peristiwa ‘Holocaust’ yang berlaku di Eropah seakan satu konspirasi untuk kembali memaksa bangsa Yahudi di Eropah kembali memikirkan semula perpindahan mereka ke Palestin.

Kristian Zionism


Mungkin istilah ini sesuatu yang baru dan asing, hakikatnya ia merupakan tulang belakang yang banyak membantu penubuhan dan seterusnya mengekalkan negara Israel di bumi Palestin. Kristian Zionism ini boleh diertikan sebagai penganut kristian yang menyokong kepulangan bangsa Yahudi ke wilayah Palestin mengikut ramalan Bible. Ia merupakan satu kepercayaan dikalangan sebahagian penganut agama Kristian yang mana mempercayai kedatangan ‘Messiah’ ke bumi dan pemerintahannya sebagai Raja. Kristian Zionis menafsirkan ‘Torah’ dan ‘New Testament’ sebagai ramalan masa hadapan bagaimana dunia ini berakhir dengan kedatangan ‘Jesus’ dari syurga yang akanmemerintah dunia. Kewujudan negara Israel dianggap sebagai titik pusat terhadap visi mereka itu. Merujuk kepada risalah yang dikeluarkan oleh Prebyterian Church (U.S.A), golongan Kristian Zionis ini mengaitkan tafsiran literal Genesis 12:3 adalah merujuk kepada Israel iaitu, “I will bless those who bless you, and the one curses you will curse.”


Sokongan golongan ini bukan baru, tetapi bermula seawal tahun 1880 apabila William Hechler membentuk satu komuniti Kristian Zionis untuk membantu pemindahan bangsa Yahudi Rusia ke Palestin. Beberapa tahun kemudian, dia berkawan dengan Theodor Herzl selepas membaca buku Herzl yang bertajuk ‘The Jewish State’ dan turut membantu meningkatkan sokongan terhadap gerakan Zionism. Pada tahun 1980, Jerry Falwell iaitu pengasas Moral Majority (gerakan pro-Zionism) berkata tentang negara Israel, “I firmly believe God has blessed America because America has blessed the Jew. If this nation wants her fields to remain white with grain, her scientific achievements to remain notable, and her freedom to remain intact, America must continue to stand with Israel.”

Melalui kerja-kerja kebajikan, sokongan politik dan bantuan kewangan kepada Israel, Kristian Zionis telah menunjukan bahawa mereka adalah seteru terbaik kepada kewujudan negara Israel. Terdapat beberapa contoh yang membuktikan fakta ini, antaranya ialah; Pastor John Hagee telah berjaya memungut USD 4.7 Million untuk disalurkan kepada United Jewish Communities, Pat Robertsons dari Christian Broadcasting Network telah mendermakan ratusan ribu dolar untuk membantu Yahudi diseluruh dunia untuk berpindah ke Israel. Dalam konteks semasa, kita dapat melihat sokongan kerajaan Amerika Syarikat dan barat secara amnya terhadap negara Israel dengan pemberian bantuan kewangan berbillion dollar dan sokongan ketenteraan atas alasan keselamatan.


*siri berikutnya akan mengupas tentang satu pertubuhan Yahudi non-Zionis yang mana menentang penubuhan negara Israel dibumi Palestin..


Rujukan:
1. Christian Zionism, David Krusch (Jewish Virtual Library)
2. The Reality of The Zionist & Their Propaganda, Dr Mohsen Salleh (Al-Zaytouna Centre For Studies and Consultantions)
3. The Downfall of Islam (Ottoman Empire) & The Creation of The ‘Illegal’ State of Israel, Dr Roslan Mohd Nor (University Malaya)
4. Christian Zionism, Prebyterian Church (U.S.A)
5. Wikipedia; Christian Zionism


Oleh: ajim
http://www.ajimtajdid.blogspot.com/

Thursday, May 14, 2009

Bercakap dengan ZIONIS (siri 1)

Penulisan ini merupakan satu usaha pendedahan terhadap gejala Zionism yang sedang berlaku dalam konteks sejarah dan kaitannya dengan isu yang berlaku di Palestin. Kebanyakan rujukan yang dibuat adalah berdasarkan pembentangan kertas kerja oleh panel di Konvensyen Berakhirnya Agenda Zionis di PWTC (9 Mei 2009) anjuran PEMBINA & AMAN Palestin, penulisan Maszlee Malik dan pembacaan penulis.


Ramai dikalangan khalayak masyarakat yang menyamakan istilah Zionis dengan bangsa Yahudi dan negara Israel, namun hakikatnya ia berbeza walaupun masih mempunyai kaitan secara langsung. Istilah Zionis sebenarnya merujuk kepada satu gerakan yang mendukung idelogi penubuhan sebuah negara untuk bangsa Yahudi di negara Palestin. Penulis mengatakan istilah Zionis tidak merujuk bangsa Yahudi secara keseluruhannya kerana bersandarkan fakta yang mana tidak semua orang Yahudi mendukung fahaman Zionis ini. Penulis akan memberikan fakta yang menarik terhadap sekumpulan bangsa Yahudi non-Zionis pada siri-siri yang akan datang. Istilah Zionis sebenarnya berasal dari perkataan ‘zion’ yang mana merujuk kepada sebuah gunung di Jerussalem yang mana akhirnya membawa kepada makna ‘Land of Israel’.
Gerakan Zionis ini muncul secara nyata apabila tumbangnya kerajaan Islam Uthmaniyyah di Turki pada 29 Oktober 1923 hasil percaturan negara-negara kuasa dunia ketika itu. Ketika inilah dominan gerakan Zionism mula menampakan sifatnya. Biasanya kita hanya mengaitkan nama Kamal Al-Tarturk terhadap insiden ini, hakikatnya terdapat beberapa faktor yang lebih besar yang mendorong kepada kejatuhan kerajaan Islam ketika itu. Antara faktor-faktor utama ialah:

1. Faktor ekonomi
Kerajaan Uthmaniyyah menghadapi kesukaran membayar hutang kepada bank-bank di Eropah. Pinjaman ini diuruskan oleh pihak Perancis dan British dengan beberapa syarat-syarat tertentu dan akhirnya membawa kepada kehilangan wilayahnya kepada pihak Eropah. Kebanyakkan negara islam merupakan jajahan takluk kerajaan Islam Uthmaniyyah ketika itu, termasuklah wilayah Palestin.

2. Arab Revolt 1916
Kebangkitan semangat nasionalis dikalangan masyarakat arab telah mewujudkan satu usaha untuk memisahkan negara arab dari kawalan kerajaan Islam Uthmaniyyah. Gerakan ini mendapat sokongan yang kuat daripada pihak penjajah secara rahsia. Pihak British memainkan peranannya dengan cukup baik apabila menyedari terdapat sentimen anti-Uthmaniyyah dikalangan masyarakat arab. Arab saudi dilihat sebagai satu peluang yang baik untuk pihak British memulakan gerakan pemisahan apabila berlakunya ‘exchanged corresponde’ oleh sherif Makkah iaitu Hussein Ibn Ali dengan Mc Mohan selaku Pesuruhjaya Tinggi United Kingdom di Mesir.

3. Perjanjian Sykes-Picot 1916
Perjanjian rahsia ini berlaku di antara pihak Perancis, Russia dan British pada 16 Mei 1916 dengan jangkaan bahawa Kerajaan Islam Uthmaniyyah akan tumbang. Perjanjian ini membahagikan kawasan tanah arab kepada beberapa kek wilayah. Pihak British dibenarkan untuk menguasai wilayah Trans-Jordan, Perancis menguasai Turki, utara Iraq, Lubnan dan Syria manakala Russia menguasai Konstantine, selat Turki dan wilayah Uthmaniah Armani. Palestin pada awalnya dijadikan wilayah antarabangsa namun akhirnya jatuh ke tangan British.
Setelah wilayah Palestin jatuh ke tangan British, maka bermulalah kemasukkan ‘Jewish People’ ke dalam negara Palestin secara terancang. Walaupun pada awalnya ramai dikalangan masyarakat Yahudi di serata dunia tidak yakin, namun akhirnya akur apabila berlaku pembunuhan beramai-ramai oleh pihak Nazi Jerman terhadap kaum Yahudi di Eropah. Balfour Declaration Mandate dilaksanakan bagi memberikan pihak British mandat:

“His Majesty's Government view with favour the establishment in Palestine of a national home for the jewish people, and will use their best endeavour to facilitate the achiement of this object, it being clearly understood that nothing shall be done which may prejudice the civil and religious right of existing non-Jewish communities in Palestine, or the right and political status enjoyed by Jews in any other country.”

*siri berikutnya akan mengupas tentang kewujudan zionis dalam bentuk gerakan dan apa kaitannya dengan kuasa besar ketika itu..


Rujukan:
1. The Downfall of Islam (Ottoman Empire) & The Creation of The ‘Illegal’ State of Israel, Dr Roslan Mohd Nor (University Malaya)
2. Wikipedia; Zionism

Oleh: ajim
http://www.ajimtajdid.blogspot.com/
Sambungan: SIRI 2

Tuesday, May 12, 2009

TAJDID Fikir @ Media


*petikan dalam majalah i (bulan mei 2009)

Li.. oh.. li.. (siri akhir)


Ini merupakan siri yang terakhir, oleh itu aku akan merumuskan segala benda and apa yg aku dapat mase buat internship program..

1. mula2, sebelum nak wat li nie.. rasa excited giler, yela.. benda baru, sapa yang tak excited.. tapi, masa first day aku masuk company 2.. macam2 yg aku fikirkan, aku tgk operator diorg wat keje bagai nak rak.. dah la aku masuk department QA, lari dari main coz aku.. mechanical design.. aku mula pk, ‘aku dah salah masuk company nie…’

Pengajaran Pertama: bukan semua apa yang kita fikirkan itu sama seperti dengan realiti.. ramai jugak yg aku tgk engineer yg keje xda kaitan dgn coz diorg masa kat U.. deg yg kita dapat itu hanya saduran kelayakan dari segi ilmu shj sebenarnya..

2. Antara benda yang paling aku xsuke or boleh dikategorikan sebagai dibenci adalah apabila aku kena masuk line jadi QC Inspector. Aku dah citer kenapa aku rasa cam 2 pada siri2 yang lepas.. apa yang aku fikirkan, keje nie terlalu berat utk aku and aku dah disalahgunakan oleh company tu..

Pengajaran kedua: nak jadi engineer, kena ada hands on skill n lots of knowledge about each process in the company.. ada banyak benda yg eng xtau n harapkan explaination drp supervisor or operator.. kdg2 aku tgk diorg pandang rendah n kdg2 sampai tahap memperlecehkan engineer.. kalau xnak kena main dgn org bawahan, kita kena rasa and tau sume benda dalam company.. jadi operator pun operator la... haha...

3. Aku pelik sebenarnya tgk engineer dalam QA, sentiasa sibuk memanjang je.. padahal aku tgk eng depart lain relex je.. kdg2 tu bz gak la.. maka aku selalu pk.. “diorg nie mengelat ke hapa? Xpun ada keje tapi bnyk tangguh keje..”

Pengajaran ketiga: Dalam QA department, kita bukan hanya kena dealing dgn setiap department lain, kita jugak kena tau sume process.. setiap spec part yg masuk n kuar.. quality items.. maintain quality requirement.. structure of part.. kena wat daily inspection.. dan benda yg paling menakutkan adalah apabila ada issue occurs kat costumer.. maka kenalah find root cause, argue ag.. wat cauntermeasure.. aku penah lalui sume nie and it is so hard..

4. Tatkala org sibuk balik kul 5.40ptg.. aku tgk eng masih ag lepak dalam office.. still wat keje.. kdg2 bila aku wat OT, aku tgk diorg balik dalam kul 7-8 malam.. fuh, memang xda social life!

Pengajaran keempat: masa kita bila dah bergelar engineer byk dihabiskan dalam office.. duk depan comp.. solving cases or issue yg occurs.. attend meeting, vendor briefing,present to costumer n top management, bla2.. maka rambut aku cerah utk mengalami masalah keguguran rambut dimasa hadapan..

5. Aku sebenarnya byk gak merungut kat member2 aku.. tapi xdala aku merungut dgn staff company aku 2.. tapi xdalah teruk sgt rungutan aku tu, sebab byk hnya berkisar bila aku jadi operator.. tu la benda yg selalu aku rungutkan, bukan hanya aku seorg, tapi rakan2 seangkatan yg sama praktikal dgn aku..

Pengajaran kelima: hidup kalau byk sgt merungut, satu benda pun tak jalan.. haha..

Akhirnya, aku berjaya menamatkan siri cerita yang 1st time aku rajin menulis secara bersiri.. sebelum nie penulisan aku lebih kepada penulisan berbentuk rencana dan memilih tema yg agak berat.. pape pun, aku sebenarnya berbangga dan berterima kasih pada semua staff Fuji Seats (M) Sdn Bhd yg byk tolong aku mase aku wat li kat c2.. terutamanya kat yus, abg azmi, yan, abg bahari, chong, ijoi, taha, mr cody, abg ramesh, abg nizam, abg acat, wak, zul, abg pesot, dil bahadur, keshab, abg usop dll.. ada rezeki, aku jumpa lagi la korg.. hahaa.. sekian, askm!

*setelah aku dok pk2.. akhirnya, aku dah dapat idea baru untuk siri yg akan datang.. tajuk yg agak best dan jarang org nulis pasal benda nie.. aku dapat idea masa dtg konvensyen anjuran Pembina dan Aman Palestin kat PWTC baru2 nie.. so, wait n see.. Bercakap dengan ZIONIS The Series!

Monday, May 4, 2009

Li.. oh.. li.. (Siri 6)

Fuh… Alhamdulillah!

Akhirnya, aku dah abes presentation poster n submit technical report.. macam2 benda yang berlaku masa nak present.. time present pun macam2.. apa yang menarik time presentation 2, aku kena tembak secara berduet oleh dua org lect.. diorg cakap poster aku kurang cite pasal project or activity yang aku buat kat company 2, sebenarnya aku hanya ikut contoh format poster yang FKM bagi.. kena ada company profile, process dalam company 2, mesin2 yang ada, list activity, conclusion, suggestion and advantages.. 2 pun aku kena hentam, adoyai.. tapi xpela, past is past.. now I’m looking forward! Hahaa..

Antara benda yang best, aku jumpe membe2 yang dah macam berkurun xjumpe.. maka masing2 sibuk berkongsi cite mase li.. fuh, ada yg suke.. ada gak yg duke.. aku ingat aku sorg je yang bertungkus lumus masa li.. ghupenya ada yang lebih dasat, keje mengalahkan system nazi jerman.. tapi ada gak yang duk bersenang-senang.. ujung bulan tunggu elaun masuk.. tapi pastinya pengalaman diorg xmeriah yang bertungkus lumus bagai nak rak 2.. hahaa..

Dulu sebelum li, aku dah rancang konon2nya nak keje kat company swasta.. nak cabaran and nak lari dari sifat tipikal melayu yang nak keje dengan kerajaan je.. tapi kini aku mula memikirkan kembali, pengalaman berli nie betul2 membasuh minda aku terhadap apa itu kerja.. walaupun dulu aku pernah keje kat fast food and promoter kat shopping complex, tapi pengalamannya berbeza.. sekarang nie, ekonomi downturn.. taun 2010 belum tentu ekonomi akan kembali OK, oleh itu.. celah mana company yang nak bagi peluang kat fresh graduate? Kadang2 sakit atie jugak bila baca the star ari sabtu… peluang keje bukan main banyak, tapi sumenya nak experience punya worker.. kalo xbg peluang, macam mana nak ada experience????? Kata2 itulah yang selalu aku lafazkan.. Akhirnya, kita akan melihat government sector as our alternative utk cari keje..

Cuti nie nak buat apa? Entah.. aku xtau ag, tapi for sure aku nak teruskan aktiviti membaca aku 2 yang xpenah abes.. nak keje part time pun dah xda mud.. tapi yg pasti pertengahan bulan 5 nie aku kembali ke Fuji Seats, elaun bulan 4 aku xamek lagi.. cecah satu rat ke idak, aku xsure.. keje satu minggu lebih je..

I hate working!

*siri berikutnya merupakan siri terakhir.. aku rasanya nak menulis satu siri baru.. tapi tajuk aku xpk lagi.. tapi yg penting bukan cerita tentang diri aku.. hahaa…

Link Terpilih

Blog Widget by LinkWithin